Akhir akhir ne terlalu banyak berita tentang kematian. Kematian yang tak disangka sangka dan ianya adalah ketentuan dari Yang Maha Esa.Tapi yang peliknya ada pulak yang nak bunuh diri.
Difahamkan, gadis itu cuba membunuh diri kerana menghadapi masalah cinta dengan teman lelakinya.
Saksi kejadian, Mohd Syah Azrul Afandi Yusof, 25, berkata, sebelum menyaksikan aksi mendebarkan itu, dia melihat gadis berkenaan mundar-mandir di tingkat berkenaan dan terkejut apabila dia cuba mengelar lengannya dengan pisau.
“Sebelum jam 4 petang, saya lihat dia di berlegar-legar di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall. Dia juga dilihat cuba mengelar leher dan lengannya.
KOTA BHARU: Sekeping tilam yang dipinjam dari premis berdekatan memisahkan seorang gadis berusia lingkungan 20-an dengan maut selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, gadis berkenaan yang memakai baju-T putih dan berseluar jeans biru, sempat mengacukan pisau kepada anggota bomba yang cuba menghalangnya dari terjun dari ketinggian kira-kira 30 meter.
Saksi kejadian, Mohd Syah Azrul Afandi Yusof, 25, berkata, sebelum menyaksikan aksi mendebarkan itu, dia melihat gadis berkenaan mundar-mandir di tingkat berkenaan dan terkejut apabila dia cuba mengelar lengannya dengan pisau.
“Sebelum jam 4 petang, saya lihat dia di berlegar-legar di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall. Dia juga dilihat cuba mengelar leher dan lengannya.
Untuk keterangan lebih lanjut : mymetro
Apa kes?Orang lain berdoa nak panjang umur,dia boleh pulak senang senang cari inisiatif untuk pendekkan umur.Ya Allah.Jauhkanlah kami dari cetekan emosi begini.Kawan kawan please jangan buat begini ok.Walau ape pom yang berlaku dalaam hidup kalian,bersabar adalah tunggak utama.Ada hikmah disebalik semua tu.Jangan hanya kerana ujian kecil dari Yang Maha Esa,kita mencari jalan penyelesaian singkat.Tak bagus tau.LG nak berkongsi ngan korang sume tentang hukum membunuh diri.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.
Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.
مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ تَحَسَّى سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Thabit bin Dhohak R.A. (ثابت بن الضحاك), sabda Nabi S.A.W.:
مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَيْءٍ فِيْ الدُّنْيَا عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (جندب بن عبد الله), katanya Nabi S.A.W. bersabda:
كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ بِهِ جُرْحٌ فَجَزِعَ فَأَخَذَ سِكِّينًا فَحَزَّ بِهَا يَدَهُ فَمَا رَقَأَ الدَّمُ حَتَّى مَاتَ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى بَادَرَنِي عَبْدِي بِنَفْسِهِ حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)
Hukum Orang Bunuh Diri
Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.
Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.
Daripada Jabir bin Samurah (جابر بن سمرة) R.A. katanya:
أُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ بِمَشَاقِصَ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ
Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.”(Muslim)
Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut:
“Hadith ini menjadi dalil bagi ulama yang berpendapat tidak disembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dia lakukan, inilah mazhab ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz dan al-Auza’ie. Manakal al-Hasan, al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie dan kebanyakan ulama berpendapat: Disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri. (Jumhur) kebanyakan ulama ini menjawab tentang hadith ini yang baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu disembahyangkan oleh para sahabat…”
Sumber: Koleksi Soal Jawab Agama
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Oleh itu,jangan terlalu ambil ringan hal macam ni.Biar apapun dugaan dan cabaran yang kita tanggung,sama samalah kita bersabar dan mencari jalan penyelesaian sebaiknya.Bagi adik adik yang baru sahaja mendapat keputusan SPM,jangan bersedih ok kalau result tak sebagus rakan rakan yang lain.Kita sudah cuba yang terbaik.Percayalah akak cakap,dunia baru adik baru sahaja bermula.Banyak lagi peluang lain yang adik adik akan tempuhi.Jadikan pengalaman itu satu perkara yang membuatkan kita tegar dalam kehidupan.Sedih sangat bila mendengar berita tentang kematian seorang pelajar beberapa tahun yang lepas kerana membunuh diri.Sanggup lakukan apa saja hanya kerana kecewa dengan keputusan UPSR.Kita perlu tau,Yang Maha Esa sudah menyediakan sesuatu untuk kita sebenarnya.Dia sayangkan kita.Dia tau apa yang terbaik untuk kita.Jadi sama sama kita renungkan.Wahhulam.
p/s: percayalah,sesuatu yang hilang
akan digantikan sesuatu yang baru
yang lebih baik
8 comments:
Oooo frust becinte. ingt kn frust gn result spm
Bila jauh dari Islam,hati tidak akan tenang.
Tekanan hidup boleh mendesak seseorang melakukan sesuatu yang tidak waras.
JOm Joint.Entry terbaik bulanan peserta akan di pamerkan ke page yang mempunyai 16000 fan page
Peraduan : Entry bulanan terbaik anda dari FARISZ@AZ.Com
Wanita Yang Di Sayangi Dan Dicintai Iblis
bila nafsu dan kehendak hati tidak dijinakkan dengan iman dan akal waras..
alahai.. bercinta je kot.. budak ni mmg budak2 lg..
Bercinta dengan Tuhan dulu kuat-kuat. InsyaALLAH Tuhan akan bagi cinta sejati untuk kita :)
Entry terkini: Panas: Mereka dicekup dalam kegelapan ketika Earth Hour :)
dee@ yes yunk,sbb masalah centa je pon..
faris@ menerima ujian dari Yang Maha Esa adalah yg terbaek. tq 4 dat offer ;)
akuwanblur@ tu la manusia bile tlalu sygkan manusia lbh dr segalanya..
hamzah! taw tape. budak2 lg tu
cik yana@ agree ;)
hm... mmg dosa bunuh diri ni... tapi masih lagi orang2 berani nak buat cam gini ye...
kadang2x dorg dah jadi x waras. ingat mati boleh selesaikan masalah? ingat lepas mati x ada masalah?
fikir-fikirkan...
Post a Comment