Followers

Thursday, September 29, 2011

header buruk?

Broommm..Broommm by LittleGurl 5 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hello guys! Yayyyyyyyy my header is now BERTUKAR! hamboih dah macam action kame lah pulak -_-"


Header yang lama ni themes purple. konon lah i love purple dah lama padahal i baru je berjinak-jinak nak minat this colour because i'm into pink more! BHAHAHAHAHAHA eeuwww pink? ok fine.

Yang bawah tu 'aku dan diari berfantasi ke alam realiti' oh my baby this trademark langsung tak menepati ciri-ciri i. over sastera sangat so i nak buang. geli kot hahaha. even my fahrin ahmad i pernah perli i pakat ayat tu. eh eh mamat tu baca eh my blog? omg!



TARAAAA!!!!!!! THIS IS MY NEW HEADER!
Comel tak header kitewwwwww?? (auwwww auuwwwww ayat geli macam budak sekolah kan hahahaha)
Oh nampak sangat kebudak-budakan kan padahal i dah 20-an. 
Means that umur je TUA dalam hati still MUDA hikhikhik *gelak sopan
Aku saja je pon create something yang funky funky sikit baru segar sikit bijik mata bila bukak blog sendiri at midnight whoaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa cantiknya *pang*



Sape-sape nak tempah sila contact number ni > 013435**** lalalalalalalala ;P




ok nak sambung main games bai!




www.tips-fb.com

Wednesday, September 28, 2011

muas muas kat nuffnang

Broommm..Broommm by LittleGurl 16 comments
Assalamualaikum w.b.t

Lepas balik dari dinner dengan umi comel & akak yang gojes tadi makan sate sodap hingga menjilat jari, aku duduk nganga mulut bukak blog ayoyoyo blog hari-hari, hari-hari berbelog sampai mata pon dah tambah lebam. Omputih kata eyebag cis eyebag sibuk nak singgah pulak kan -_-" bhahahaha nak salahkan eyebag pula.

Mood nak post entry baru dah runtuh tetibe sebab kenyang mengalahkan ular sawo telan kamping sekor. Tapi aku rajin jugaklah terjah sikit-sikit dan membuat pusingan ke blog blog dengan laju 120km/j (eceh). Nak kejar tido ni beb esok pepagi lagi nak bangun tolong umi jahit baju haaaaaaaaaaaaaa rajin bebenor aku nak tolong bhahahaha

Tapi nak dibuatkan cerita, punye lame tak bukak nuffnang, tup tup bukak je ade BE menari-nari elok je kat page nuffnang HAH?? mau ternganga aku depan laptop ni haaaaaa. Buffered Earning? kemain aku tenyeh tenyeh mata ingat aku mimpi ke hape kotkot tertido depan laptop. tapi rupanya tidakkkkk woooooo rasa nak terloncat-loncat menjerit terlolong lolong. tapi memandang aii gadis sopan santun aii jerit dalam hati jelah. kemain seronok! hahahahahhahaha *gelak sopan

Punyalah susah nak dapat BE, Alhamdulillah akhirnya dapat jugak. Aku pon taktau nape tetiba BE muncul joget-joget kat situ pulak kan. Btw, MUAS MUAS KAT NUFFNANG tigapulohtigaribujuta kali!!!!!! ;D


Hamboiiiiiii baru pestime dapat BE nak kecoh bagai. hikhikhikhiks \^_^/ Nak riak ke hape ne? Ayoyoyoyo takde niat pon tau tau -_-"


Just sharing this sweet moment with you guys yang baca this blog yang sangat daif ini. Padahal blog ni just personal only, tapi rupanya ade jugaks yang sudi singgahhhhh aucchhhh terharunya kitewwwwwwww erk. TQ SI KACAK & SI CANTIK!




Yay nak pegi mimpi nuffnang bai! *lots of hug*


www.tips-fb.com

Sunday, September 25, 2011

Hadiah istimewa Brad Pitt dari London bukan Almond London

Broommm..Broommm by LittleGurl 6 comments
Assalamualaikum w.b.t

Omg, rasa tersangatlah teruja bila nama tersenarai oleh Brad Pitt untuk memenangi hadiah istimewa dari beliau yang kacak dari oversea! Mari tepuk tangan sama-sama untuk meraikannya.

Ish ish ish -_-'

Ada yang mula kerutkan muka dan berkata 'e'eleehhhhhhh'

Ye la yela. Sebenarnya bukan Brad Pitt yang menghadiahkan saya dua ketul hadiah tersebut, tapi adik (adik?) hensem kacak bergaya yang berbesar hati peparu jantung rupanya yang sangat sweet mengeposkan hadiah tersebut. 


Pergi terjah budak ohsem itu sekarang. (sila click nama beliau di atas) hihihihi

Beberapa bulan yang lalu (ayat macam nak buat pendahuluan esei -_-'), aku ade join contest by budak longhaffiz ni. So, aku saje jelah join memandangkan hidup aku sekarang dah x terikat dengan study or keje (belom ade rezeki). Tak kusangka rupanya aku berjaya! yay yay yay! hahahaha

Hadiahnya juga sungguh ohsem macam tuan dia.

Taaaraaaaaa!!!! mempersembahkan...

Calvin Klein Necktie
Hebak bukan? Oh aku nak kasi sape ne. Encik Fahrin Ahmad pegi keje tak pakai pulak benda alah ini -_-"


Kitchen Magnet (suka-suka hati letak nama -_-')
Uaaagrrrrrrhhhh teruja macam aii yang pegi london lalu merembat si comel ini ^_^



Kad Raya
Eh eh kad raya pon ade juga! Terharunya.



TQ a lot to Encik Hafizz
Next contest nanti i cuba join lagi ye. 
Tetibe menggunakan ganti nama 'i' selepas dapat hadiah ohsem. hahahahahaha 




^happy weekend^






www.tips-fb.com

Saturday, September 24, 2011

Sawadikap!!! I come from Thailand

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Assalamualaikum w.b.t


'I come from Thailand'

Ingat tak ayat tu? Filem KONGSI. As a kelantanese aku respect jugak SAM yang awesome reti cakap loghat kelantan walaupun takde la pior mane pon. hahaha. Tapi at least he tried his best. Walaupun actually dia bukan cakap bahasa kelantan, tapi bahasa siam kelantan. Lebih kurang la. Tahniah Sam! Memandangkan you dah reti guna bahasa kelantan, would you be my boypren? hahahahaha *tetibe* (mau kena lekuk kepala kalau Fahrin Ahmad dengar)

Eh eh macam nak review cerita Kongsi ne apehal pulak?

-_-"

Fahrin Ahmad memang dah kenal aku ni kaki jalan. Apatah lagi kawan-kawan maupun family memang tau yang aku memang suka jalan-jalan. Tak kesah pegi mana pon, even pegi pasar pagi pon aku suka. Ini bukan sebab hobi aku saja. Tapi ini merupakan hobi keluarga aku sama. Kalau ade ongkos dan juga masa, memang ikotkan tiap-tiap hari nak keluar berhibur.


Semalam, aku, umi, akak & sepupu sepapat & mak sedara pak sedara pegi ke Thailand (eceh). Pergi ke luar negara adalah sesuatu yang mengujakan. hahahaha. Padahal pegi dengan kereta, lepastu naik bot, dalam masa tak sampai 5 minit dah pon sampai ke luar negara. Wow! Anda teruja? Saya lagilah! ;D


Kitorang sebenarnya pegi Munduk iaitu di penempatan negara Thailand, tapi berada di kawasan sempadan Thailand-Kelantan. Memang dah set awal-awal pagi lagi kena pegi sebab dah tau dah kalau hari jumaat pasar Munduk memang penuh dengan sekumpulan rakyat Malaysia berpusu-pusu masuk nak membeli-belah. Pasar Munduk tempat shopping tu lebih kurang sama macam Masjid Jamek/Pasar Borong Wakaf Che Yeh/Rantau Panjang. Lebih kurang lettew.


See? Betol kan aku cakap lebih kurang area Masjid Jamek/Rantau Panjanglah jugak kan. Sebab ade kedai and gerai-gerai camni. Datang sini korang jangan risaulah nak pegi tukar duet kat money changer ke ape. Tak payah pon. Pakai je duet mesia dorang terima jugak. ;)


Ini dah kira ok berbanding sebelum-sebelum ni jalan pon boleh terlanggar bahu ngan orang lain. 
Kemain ramai orang pecah masuk negara Thailand. Hohoho


Kat kedai ni aku beli payung. Hahaha. Payung pon nak datang beli sini. Aahh suka hatila. 
Janji aku nampak payung tu cantik, dah la besau harga cuma rm5.


Kat sini senang nak tawar menawar. Maybe harga barang lagi rendah kot aku rasa. 
Kalu tak takkan senang gila nak letak harga murah, ye dak?


This is my baby!


Ape yang bestnya kat sini harga murah gila! Adelah dalam 20/30% kurang dari harga kita. Hebak bukan?

Tapi satu je nak pesan, kalau rasa nak terkucil ke nak terbuang air besar ke, better korang lepaskan hajat kat rumah, atau mane-mane Petronas, Shell, Caltex sebelom sampai ke destinasi. Bukan pe, aku takot korang tak jumpa nak cari tandas. Bhahaha tak pasal-pasal kang tercirit dalam seluar, puiiiii malunya. Sebab tandas awam kat sana cuma ade kat masjid. Tu pon masa aku pegi tandas jauh gila. -_-"

Kalau nak tanya tandas, janganlah rasa hebak nak sebut 'toilet' bajet kau tu jessica alba atau brad pitt. Dorang tak kan paham. Tapi kena sebut 'jambe'. Bhahahahahahahha opssss tergelak pula. >.<


Available day : Everyday HAHAHA ok tak lawak
Luckily day : Friday & Monday

Kat sana dorang panggil hari nad (Jumaat), so hari jumaat sume kedai bukak sampai dah rabun mata taktau nak beli ape ;D hari lain pon boleh je pegi, tapi tak sume kedai bukak.



Selamat datang ke Pasar Munduk, Thailand!!! (tetibe)

Ok happy shooping! 



Nota kaki : tak mampu nak shopping tempat mahal wuuu wuuu T_T





www.tips-fb.com

Friday, September 23, 2011

kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan yang menyirami

Broommm..Broommm by LittleGurl 7 comments
Assalamualaikum w.b.t


Aku baru beli perabot. Banyak aku beli. Katil baru, meja lampu baru, sofa, telivisen dan juga tingkap pintu (eh eh termasuk dlm kategori perabot jugak eh?).

Perghhhhh kaya aku kaya! Sekaligus aku boleh pau IKEA dengan jayanya. Hahahahaha

Alah sape-sape pom boleh gandakan wang berdouble-double macam aku. Lepastu boleh hambek mana-mana perabot yang kau suka, mana-mana accessories yang kau minat then kau boleh la nak jalan dongak dagu. Bestkan?


Haaaaa ni dia benda yang aku dok heboh-heboh. Perabot IKEA (lah sangat) inilah yang murah. Hahahaha. Duet dah beriban dapat, so rembat sajalah mane berkenan ye dak? Tengok cantik sangat dapur haku tu sampai dapur tak berasap langsung. Oh biasalah dapur baru. Sayanglah kalau ianya kotor.


Sebenarnya taknak tunjuk yang ni, tapi tunjuk jugaklah. Ruang tamu luas kemain, tapi sofa kecik, telivisen pon kecik saiz macam 14" je kot. Alah, hidup membujang cukuplah yang kecik-kecik sudah. Bhahaha

Ok habes mukadimah pasal games. Asyik asyik games je games asyik asyik -_-'

Sebenarnya aku cuma nak tunjuk ni je. Pakai camera tepon cap ayam saja. Tak mampu nak beli DSLR macam orang ramai.


Aku kagum dengan umi aku yang comel tu. Dah la comel, reti pulak jaga pokok bunga. Haku? Setakat siram tu boleh la. Nak gempar gemburkan ia, haruslah kena menuntut dengan yang pakar, barulah bunga mekar menawan macam ini, ye dak? Lawa gila kan? Eeeeeeeeeeee geram nak cubit-cubit pelok cium ia. Eh takleh takleh nanti kelopak dia gugur kat bumi camno?


Baru saja nak bersorak kegembiraan semasa bunga matahari mengembang sambil menyanyi lagu 'matahari', tiba-tiba pula si awan putih menjeleskan diri lalu menutup matahari dari menyinari cahaya ke bumi. Sobsobsob. Sampainya hati si awan putih. Terkilan si bunga matahari. Eh eh bukan. Rupanya bunga matahari bersorak gembira la!

Hujan oh hujan mengapa dikau turun
Basahlah kami bunga-bunga merimbun
Tapi terasa hilang hausnya diri
Itulah tanda kami murah rezeki
Kembanglah bunga kuntum mewangi
Mekar berseri-seri
Lalalalalallala...lalalalalalala dah dah lupe lirik -_-'


Lagu teater muzikal kanak-kanak : Taman Baginda (1998)
rindunyaaaa 

Rupa-rupanya hujan turun bukan nak mengecewakan, tapi membahagiakan. Bersyukur kerana adanya panas & hujan, malam & siang, gelap & cerah kerana itulah pelengkap dalam hidup kita. Setiap perkara dalam hidup, Allah s.w.t telah menciptakannya berpasang-pasangan. ;) (tetibe). Ok dah boleh tido dengan amannya sambil memeluk selimut busuk. Oh dinginnya.



Esok gua kena bangun pagi-pagi nak pegi jalan-jalan makan hangin asap.Ok bai!





Nota kaki : motif? tadak motif! hahaha



www.tips-fb.com

Sunday, September 18, 2011

Angin sepoi sepoi bahasa di pantai bestnye

Broommm..Broommm by LittleGurl 5 comments
Assalamualaikum w.b.t

Korang biasa pegi dating mesti tengok wayang, shopping-shopping kan? Aku paling malas pon pegi jalan-jalan kat mane-mane mall sampai lembik kaki. Tapi aceli benda macamtu aku tak berapa nak suka sangat. Honest aku suka buat something bersama contoh macam berkayak ke, main bowling, badminton, snorkling even aku taw kadang sesetengah aktiviti bersama tak kesampaian pon kan. Tunggu nanti lepas kawen ajelah boleh pegi jalan-jalan bersama sampai muntah. ;D

Haritu Fahrin Ahmad balik lame masa raya, kitorang pergi tenangkan jiwa raga kat pantai irama bachok. Memang dah lama tak pegi pantai pon. Since aku duduk shah alam sebelom ne jaranglah bleh balek rumah. Balek pon belom tentu dapat pegi pantai. Sekarang aku dah bermastautin kat kampung so bestlah senang nak pegi hari-hari pon boleh. hihihihi


See? Cantik gila kan pemandangan pantai waktu senja macam ni.


Pekena dulu kerepok lekor & others food. 
Paling frust sebab teringin nak makan kerang tapi tade pon kat sini. 
Sobsobsob



Ini Fahrin Ahmad punye pebret! Hahaha. 
Best. Lame kot tak makan roti aiskrim ni.

Every Friday kat pantai bachok, ade pasar malam and gerai-gerai bundle banyak gila. Memang syurga bundle lah kiranya kat sini. Tapi masa pegi ngan Fahrin Ahmad, aku pegi hari lain, so tak best. Pegi makan aiskrim, then terus balik sebab hujan. Aku ade post entry pasal bundle kat bachok sebelom ni, leh CLICK kalo nak baca. Jangan terkejot lak baca ayat-ayat gedik aku dalam entry tu. Beselah zaman remaja tengah hot. Hahahaha. Euwwwww eja nak gedik. Puiiiii

Hari jumaat baru-baru ni, masa umi lepas pegi kenduri, kak lin, sepupu aku nak mai antaq umi aku kat rumah. Memandangkan rumah aku leh tahan dekat la jugak dengan pantai bachok, so kitorang plan nak lepak sana cuci mata. Hohohoho

Sepupu aku padahal duduk kelate jugak tapi tak penah langsung jejak kaki kat syurga bundle ne. Memang tak puas la rasa kalo nak jalan-jalan sekejap je kan. Mesti ade jugaklah benda nak usha usha beli. Dia siap kata next week kena datang lagi sebab x puas jalan. Hahahaha


Tengok umi kemain menikmati angin pantai.

Lepas jalan-jalan sampai muntah, kitorang lepak sekejap dekat tepi pantai sambil mengunyah kopok lekor and apam balik. Aku pulak gedik nak pegi cari pakcik jual roti aiskrim macam aritu. Yang jumpa bukan pakcik, kali ini abang aiskrim pulak. Tak kesah la abang pon abang la kan janji dapat roti aiskrim. hihihihi


Umi comel gua muah muah!



Itu dia gadis-gadis ayu tengah cuci mata. hahaha



Eh tetibe pulak Jessica Alba datang promot filem barunya bersama Johny Deep.



Ini Angelina Jolie. Memang tak penah lekang dengan ibu tersayang. 
Hey Angelina, Brad Pitt mano? ;P



Alah tetibe Angelina Jolie pon nak bergambar jugak.



Jessica Alba & Angelina Jolie. Hahahahahahahahaha



Alamaks! Gambar comot!



Indahnya ciptaan Yang Maha Esa. Nanti i ade anak, i nak bawak anak-anak pegi pantai. Nak bagi depa bersyukur lihat ciptaan Allah s.w.t yang sejuk di pandangan mata. (psstt pssttt yang indah tu pantai tu noo, bukan budak comot tu. err tapi yang comot tu pon indah jugak. Bhaha)






Nota kaki : Aku ne apehal selalu sebut nak anak akhir-akhir ne ? -_-"




www.tips-fb.com

I love GREEN

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Assalamualaikum w.b.t 


Masa kecik-kecik kalau balik kampung mesti main daun upih duduk atas tu lepastu sepupu tolong tarikkan lajulaju. Fuhh seronok kemain kalau dapat main. Kalau waktu kat sawah yang paling best. Aku ni jenis takot pacat lintah. Ape ape je jenis binatang lembik aauuww auuuww aku memang geli gila termasuk cicak, katak & ular. Memang binatang paling aku tak suka. Bukan benci pon, tak baik wooo benci binatang sebab dia pon makhluk Tuhan jugak. Tapi aku tak suka la sebab dia lembik lembik kan. Geli. Huhuhu. Kesian kau katak.


Tengok kat belakang tu cantik gila sawah warna hijau. Eeeeee suka suka suka! ;D


hahaha dah macam model sawah. eh ke model kebun ne? -_-"


Ini tuan rumah, Kak Su. Kau nampak tak dia tengah sarat mengandung? Still nak buat open house lagi, fuhhh memang aktif betol. Hehehe. Kak Su ne designer. Akak aku tempah dengan dia untuk kad kawen & banner ;)

They are sibling ;)

Masa aku kat sawah aku jarang lah nak turun bawah tu. Paling aku suka jalan-jalan kat batas (batas eh orang panggil ke korang panggil ape?).  Ade la a few times je aku masuk dalam sawah kan, sebab nak tolong cucuk tanam. Hehehe. Best gila dapat try cucuk pokok padi masuk dalam tanah. Feel dia lain sikit berbanding cucuk tanam dalam pasu. Sebab kat sawah penuh lumpur. So aku memang sukalah benda-benda adventure ni. Eceh sawah pon adventure ke. Hahahahaha


Comel gila background belakang tu. Alahai nanti kena shooting untuk wedding datang sini jelah! ;D


Angelina Jolie & Her mom


Umi comel & anak-anak yang comel. Bhahahahahaha ;D Nak jugak tu comel macam umi. -_-"

Do you feel what i feel? Rasa tenang dan fresh mata bila tengok warna hijau macamtu. That's why umi selalu pesan, after study please go out and look at the flowers and leaves ;)
Hati jadi tenang & gumbira.




Nota kaki :  Tengok hijau ciptaan Allah s.w.t lebih baik dari tengok benda-benda tak elok. Haip.




www.tips-fb.com

It's RAYA again!: Raya dah tamat T_T

Broommm..Broommm by LittleGurl 0 comments
Assalamualaikum w.b.t

Just like i said before, raya tahun ni tak meriah mane pon sebab kitorang tak buat open house. Biasanya tiap-tiap tahun mesti buat, kalau tak buat open house the whole day pon, malam mesti ade jugak buat barbeque or something special. But this year sume tu tade pon. Kenduri kendara punya fasal. Hohoho. Tapi tapela, nak buat camno. Papepom raya always be the greatest moment every year! ;)

Raya kelima

Raya kedua & ketiga, keempat memang 100% focus untuk wedding my cousin saja. So memang takde kesempatan nak pegi beraya situ sini sangatlah kan.

Memandangkan cuti raya kali ne tak ambek banyak pon (tak kan nak cuti sebolan kan), ramai yang balek kat tempat masing-masing (KL,johor,perak,pahang,london,UK,aussie bhahahahaha ok tak lawak) pada hari raya yang kelima, keenam. Jadi sume benda nak setel sebelom balek ke tempat masing-masing termasuk melawat sedara mara yang jauh di mata tapi dekat di hati.

Raya kelima pulak adik kakak ipar aku nak pegi meminang awek dia. Hammboiiii si aqim ni muda dari aku pong dah nak bertunang berikat iyeeee. (jeles di situ) hahahaha. Biasalah kanak-kanak sekarang ne cepat matang. Asal dah jumpe awek/pakwe terus nak berikat kawen. Bagus macamtu bagus. Jangan jadi macam kakak ne ye, bertahun-tahun kawan pon masih belom berikat hape pon. Sobsobsob. Duet belom cukup-cukup. T_T


Eh eh bukan budak kecik ini tau pasangan si aqim. hehehe. Budak kecik ne mane cukup umur lagik so takleh nak gatal-gatal nak berikat tunang hape. Comel gila kan si Alisha ne geram jew. Grrrrrrr. Kite pon nak baby comel macamni jugak bleh? ;D


Haaaaa ini baru betol. Si aqim tu yang tunduk tunduk malu tu. hahahaha. Si pasangan dia pulak yang kat tengah-tengah tu. Eh korang jangan silap tengok. Nampak macam ade dua mempelai di situ kan. Ayoyoyo. 
Tapi yang betolnye adalah si dia yang pegang bunga tu je taw taw -_-"

Waktu raya la buat jantung aku berdegup kencang. Bukan pe bila tengok makanan kemain sodap hingga menjilat jari kaki, sapelah yang nak pandang je, ye dak? Tipu lah nak cakap taknak. Rugiiii wooooo. Hahahahaha. Petang tu pulak aku ikot umi and akak pergi 2 tempat kenduri. Dah la tak hingat dunia melantak 2 pinggan nasi, tapi tempat berbeza. Berbeza lah sangat kan. Kenduri pertama pegi kul 3 petang, kenduri kedua pegi kul 5 petang. Dalam masa 2 jam kau lantak nasi 2 kali? Dah la pinggan asyik nak penuh je. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa seronoklah sang lemak tepu disukai ramai berdansa dalam body ai wuuu wuuu T_T


Budak kecik ni sengih tak henti-henti kau tahu. Agah sikit mula nak gelak. Cuit sikit dah tersengih-sengih. Dah la wangi bau baby kan. Eh eh dah memang baby pon. Ngagagaga. Onyonyonyo napela baby ni sume comel-comel wangi. Saje nak buat i tak sabar-sabar nak ade baby jugak. Hahahahahahahaha *pang*

Hopefully raya tahun depan depan nanti lebih meriah diraikan yay! Alhamdulillah sume berjalan dengan lancar utk tahun ini. Lebih-lebih lagi kenduri cousin ai tu kan. yelah, risau sebenarnya kalu waktu wedding ni. Macam-macam kena pikir. 

InsyaAllah this November adalah majlis kawen my sister and brother pulak. Oh tak sabarnya ;D






Nota kaki : Semoga syawal tahun ini membuka lembaran baru dalam kehidupan kita. *lots of hug*




www.tips-fb.com

It's RAYA again! : Wedding's reception

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Assalamualaikum w.b.t


Cinta Aja& Edy

Hello guys! Happy Saturday! Korang dah makan belom? Mandi? Solat? Haaaaaaccuuuuuuummm! haish, sape tak mandi ni hingga malam-malam buta cemgini sampai ai dah bersin -_-"

Korang still dapat offer mane-mane open house tak? Aku taktau la kan kalu dekat area KL, Johor or other state maybe open house merata-rata. But compared to Kelantan, open house dah tadak, tapi yang ade majlis kahwin situ sini. Tapi aku tak join mane pon melainkan sedara mara, biasanya umi je yang pergi kenduri jiran-jiran atau sahabat handai beliau. Aku? Duduk rumah tunggu umi bawak balik paper bag. hahahahaha. Ape punya anak dara. -_-" Semalam pon umi pegi kenduri dengan mak sedara aku. Aku asyik duduk rumah jadi suri, alahaiiiii seronoknya. 

Well, now aku nak sambung cerita basi raya untuk raya ketiga pulak. ;D Dah janji kan? Tade sape baca pon xkesah la sebab aku jenis tak suke mungkir janji. ececececeh ;D hahahaha

Raya ketiga


TARAAAA!!!

Ini dia memangku pengantin perempuan, iaitu cousin tersayang (eceh) aku! Hihihi. Budak ni umur sama dengan aku pon. Masa kecik aku paling jeles gila ngan budak kat atas ni. Tiap kali aku balik kampung, sume benda dia mesti nak cepat je dari aku kan. Paling aku geram kalu bab-bab beskal,motor dan kereta ni. Aku balik kampung je dia dah reti naik beskal, aku baru nak terhegeh-hegeh nak belajar. Time aku balik kampung je, depan mata aku dia dah tau nak bawak motor lajulaju, aku? Dah berapa kali naik motor tapi asyik tak jadi sebab bawak macam robot, keras macam batu. Haritu pulak time dia datang rumah aku, puiiiiiiiiii menanah bijik mata den tengok dia dah bawak kereta bawak mak & adik-adik dia. Haku? Lesen pon tarak. HAHAHA.

Lek la derrr..Esok esok aku ambek lesen. Aku nak bawak budak kat atas ni jalan-jalan sampai muntah. Muahahahahaaha *gelak setan*

AJA : Satu-satunya cousin aku yang sama umur dengan aku. Dulu selalu main pondok pondok (miahahaha) kau jadi mak, kau jadi anak. Hamboi. Aku selalu jadi mak sebab aku kan cepat matang masa tu. Kahkahkah. Kadang aku nak jugak jadi anak sebab kadang perangai gedik aku muncul la nak kena suap segala bagai. Alahaiii rindunye zaman kanak-kanak.


Aku pon taktau la nape Aja nak kawen awal kan. Pssttt pssstttt rahsia monolog dalam takleh soal banyak-banyak. ekekekekekekeke~ Neway, aku happy gila sebab dapat tau dia dah nak kawen, eh memang dah kawen pon! ;D


Alhamdulillah akhirnya berjaya diijabkabulkan. Edy, hang dengaq betui-betui ka ape yang tok imam dok pesan kat hang? Haaaaaa, ingat betui-betui kalau hang buat hal, ceq kejaq hang sampai lubang cacing! Miahahahahahaha 


Gurau-gurau je Edy. Kan dah jadi sepupu kupu-kupu hehehehe mestilah kena bergurau senda sikit-sikit, alah tak banyak pon. Dont worry your baby takkan marah punye. Baby? Wowwwwww ;D


Bukan mudah nak cari seseorang dalam hidup, yang boleh menerima kita seadanya 
sebagaimana kita juga boleh menerima diri dia dan keluarga dia. ;)


Ila (bukan nama sebenar ;P) ucapkan selamat pengantin baru buat Aja & Edy. Semoga kalian dirahmati Yang Maha Esa dan bahagia buat selamanya. Bersabarlah dalam meniti bahtera rumah tangga bersama. Sesungguhnya setiap dugaan & cabaran dalam hidup kalian hanyalah ujian kecil untuk menguji kejujuran & kesetiaan kalian berdua. 


Kalau bab makan, memang tak pandang camera dah. Kalau tak pandang nasi pon, pandang mamat hensem kat depan tu jer. Hahahaha. Mamat mane entah. euwwwwwww



Umi memang comel. Kalau nak ambek gambar je, mesti selalu tanye 'ok?' 'haa ok dah ne?' 
tak pon ayat selalu umi guna 'ala takyah tengok camera, spontan je' olololo comel! retissssssssss kan. hikhikhik


I hate (lah sangat kan) make up. Ini first time pakai liquid eyeliner sampai comot gila. 
I nampak bukan berubah jadi lawa pon, tapi dah macam opera. Ggrrrrrr


Me & my sister, niece and cousins! ;)


From left : Yaya & Cik Ya

Nenek punya mama punya my niece adalah orang cina. That's why muka Yaya pon dah macam amoi.


Yaya and her dad (my big bro), Abg Min.


From left : Jessica Alba & Uya

I know her sejak kecil memang benci aku. Aku taktau la nape sejak kecil aku selalu jadi bahan kutuk dia lah. Yelah yelah dah name anak bongsu, mestilah dia jeles sebab sejak kecil aku kan comel berdouble double. HAHAHAHAHAHA *gelak setan lagi*

Tapi when we both getting older, ffuuuhhhhhh we suddenly become bestfriend, bestbuddyfriend, bestgossipfriend, bestgedikfriend, bestgaduhfriend, bestmajukfriend and best best ever lah! 

Paling kecik hati pasal dia sebab dia selalu gelak sakan and kata
'DIA NI MACAM BADUT LA'

ok fine fine -_-" (away merajuk)





Eh muka aku macam badut sarkas ke? Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



From left : Cousin, Kak Lin & Uya

Since Kak Lin dah balik keje kat tanah airku, dorang selalu pi mai pi mai bersama, gossip-gossip hangit haruslah ade. hihihi. Sorang lahir tahun 84, sorang 85. Mane lah tak rapat kan sebab umur pon dekat sama.


From left : Yaya & Cik Lin

Masa ni anak sedara aku yang lain dah balik rumah aku awal-awal. Abang ipar aku dah angkut dorang awal-awal lagi sebab budak-budak susah la bawak mai tempat kenduri, sebok nak ajak balik. Tapi Yaya tak. Dia dari awal lagi dok ikot kitorang pi mai pi mai. Nasib baik la bersopan santun elok je kan takde buat hal macam (eceh macam konon) mak-mak sedara dia. Lalalalalalalala~


Ini mak sedara, pak sedara & sepupu aku. Dorang dok Kuala Krai. Muda lagi ni beb tapi anak dah masuk 7 orang kalu x silap aku. hihihi. Ramai kan? Sedara aku memang kebanyakan sume ade anak ramai. Aku pon nak jugak anak ramai ni. Biar cukup 1 team futball pon ok gak. hakhak ;D


Dorang ni retissss jemputan dari mane aku pon tak pasti. Yang aku tau nama dorang KELAPA WANGI. Tolong jangan tanya aku apesal name kelapa wangi.  
Nanti lepas aku dah siasat baru aku announce kat korang. ;D


My only one.
Piwwiiittttttt ngorat boleh? ;P


Masa ne orang tak ramai lagi.


Kat area pompuan pon sama. Sebab masa ne awal lagi. 
So orang tak ramai lagi datang memeriahkan majlis.


From left : Tok Mi & Yaya

Amboiiiiiii seronok ye dengan tokmi.


Jeng jeng jeng! Sampai sudah....


Puteri : Kanda, ampunkan dinda.
Putera : Dinda, dinda buang tabiat ke tetibe nak ampun
 ampun pula masa ne?

hahahahaha ;D


Masa ni xsempat nak snap banyak pon. wuuu wuuuu T_T


Selamat pngantin baru aja & edy!


Mari kite baca doa dulu ;D


olololololo comelnyaaa


nah ambek nganga luas-luas! hahahaha ;P


Made by umi. Lawa kan? Ini paling simpe je umi buat sebab dah last minutes.


Ini menu kat meja pengantin. Made by umi also & her kids yang comey lotey! hahahahaha. 
Sape-sape nak order bolehlah ye terus PM jangan malu jangan segan. hahaha


Raya keempat

Biasanya majlis bertandang akan dibuat 2 hari selepas majlis bersanding belah perempuan kan? Tapi my kazen punya majlis terus direct keesokan harinya dengan tema black & white! Aceli black & white cuma sedara mara jelah. Tu pon tak sume pakai sebab last minutes baru dpt tau. Aku pulak nasib baek bawak baju banyak, yang tahun-tahun lepas punye pon aku main rembat je. Hihihi. Tema pengantin pulak kaler red and gold. ;)


Ini majlis bertandang pulak. 


Ready....1,2,3 SNAP! ;)



Tetibe aku nampak macam ibu mengandung anak ke-5! Grrrrrr


Congrate my dear kazen. Labiu ;)

Wanita Hawa dicipta dari rusuk Nabi Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dengan dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dihati untuk mencintai.





Nota kaki : When is my turn? ;P




www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting