Followers

Sunday, July 31, 2011

3# Traveling : Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh

Broommm..Broommm by LittleGurl 1 comments
Sangatlah lama aku nak update satu-satu cerita basi ni kan. Tajuk traveling tak habes-habes padahal cerita ne dah berlalu beberapa minggu yang lepas suda. Eh,aku rasa dah dekat sebulan kot cerita basi ni. -_- haha. Tapi aku tetap tak peduli, sebab aku sangatlah esaited nak cerita. Hihihi



Sape yang dah baca entry aku kat SINI, korang tau kan akak aku masuk hospital. Ye masa entry tu aku post, aku kat hospital Ipoh. Kejadian ini muncul tiba-tiba bila akak aku kena gastrik masa otw ke Ipoh, konon pegi melawat anak sedara aku yang patah tulang bahu, tup tup akak aku pulak yang masuk hospital. Dugaan betol. Lepastu doktor kata kena tahan sebab ada kuman dalam hati. Aku yang kat KL umah along memanglah dah plan nak pegi Ipoh,kira nak pegi melawat anak sedara pada hari yang sama. Tapi nasib tak menyebelahi, aku terpaksa bermalam selama 3 hari 2 malam dihospital. Hahaha. Aku sorang je pun yang teman akak. Alah bese la teman gossip harus ade disisi. Haha. Memang takleh blah la kan penginapan yang sungguh mengasyikkan  ;D


Pulak tu aku yang terover makan nasi hospital lepastu tidur pulak kat katil patient amboiiiiiii! Hahaha. Biasa lah aku ni memang macam rusa masuk kampung. Suka challenges(lah konon) katakan. Wakakakaka. Sampai ade sorang pakcik tu cakap ‘eh ne sape saket ne?’ Bhahahaha ambek kau! Jawab-jawab.


Ni masa aku mula-mula sampai. Lepas je sume datang, dorang tinggalkan aku plak. uwaaaaaa. Tapela, demi kakak tersayang. ececeh


Tengok, mana tak semua heran. Patient terkekek kekek ketawa tanpa segan silu. Haip!

                                                                     


Anak-anak sedara. Apesal aku tengok sume style sama je? wakakaka


Nasib la aku ade boleh teman akak. Kesian kat umi kalau nak umi temankan. Mane ade tempat nak menunggu. Tido pon kat kerusi. Kalau aku laen la, anytime aku boleh lompat naek katil tido sekali ngan akak. Hak hak hak!

Honest masa kat hospital, sume tanya akak kan ‘adik sakit ape? Muda lagi ni’ huhuhu. Yela, kebanyakan semua dah berumur dan majoriti sakit buah pinggang kat wad tu. That’s why makcik-makcik sume macam pelik sebab akak aku macam sihat semacam je tapi kena masuk wad. Lagi la pelik bila masuk hospital, sakit akak dah hilang automatik you!!! Hahahaha memang gedik penyakit akak aku tu. Haip!


Disebabkan hari minggu lab tak bukak, so terpaksa la tunggu nak x-ray hati hari isnin. Jumaat sampai isnin melepak kat hospital ape perasaan kau? Aku rasa macam pegi holiday ;D And ape perasaan kalu jaga patient yang sakit terlantar? Sangatlah mati kutu taktau nak buat ape tapi rasa tanggungjawab dalam diri terhadap orang yang kita jaga lebih-lebih lagi orang tua/isteri/suami/adik beradik haruslah ada. Masa aku kat hospital kitoranglah pasangan adik beradik yang tak penah nak monyok masam mencuka. Terkekek-kekek ketawa, bergosip-gosip hangit itulah kerja kami. Aku pagi-pagi bangun atas katil bukan main liat nak bangun, sebab nyenyak woooo dalam wad. ;D tu pun akak aku dah bebel bukan main susah nak kejut. Wakakakaka. ‘bangun bangun doktor datang nak ambek darah’ grrrrrrrr doktor pon satu hal by 6.30 a.m dah datang ambek darah lepastu cek jantung blablabla. -_-


Rutin aku masa jaga akak adalah pagi-pagi beli bekpes and lunch untuk aku. Sebab akak dah ade bekpes and lunch special dari hospital. Aku ingat bolehlah menumpang kasih bekpes hospital jugak, tapi dia kasi hanya beberapa keping roti then susu. Jadi alangkah baiknya aku turun bawah pegi café beli teh tarik dengan nasi lemak fuhhh lagi sedap hingga menjilat ibu kaki. Heh heh. Lagipun aku kesian la takkan aku nak rembat bekpes akak, aku kan adik yang baik. Sebab tu aku turun bawah beli makanan banyak-banyak then share dengan akak. Oh nikmatnya hubungan adik-beradik ;D

Kalau nak cakap bab mandi. Mandi haruslah paling sikit 3 kali sehari. Hahaha. Mandi memang over macam mandi kat bathtub, sangatlah nikmat dunia. Siap syampu blablabla. Hahaha. Akak pon sama jugak, sakit-sakit pun dia pakai perfume lagik. Amboi amboi nak ngorat doktor macho lettew……

Gembira-gembira jugak. Nasib baik akak tak terlantar macam patient lain. Keliling kitorang ramai makcik-makcik yang terlantar sakit. Malam-malam boleh dengar nafas kuat tapi bukan dengkur. Lepastu hari-hari ade yang tenat then ade yang meninggal. Innalillah. Akak aku takleh tengok benda-benda macamtu. Nanti darah gemuruh dia naik secara automatiknya. Jadi aku yang selalu gagahkan diri pegi tengok mane-mane patient yang sakit tenat. Jujur aku cakap, tiap kali aku pegi tengok, aku jadi sebak. Aku tahan air mata tak bagi keluar sebab aku takut bila keluarga patient tu tengok aku nangis, nanti dorang lagi risau. T_T

Banyak ilmu yang aku dapat masa aku kat hospital haritu.

1)  Walaupun orang tua kita sakit, atau orang yang lebih tua dari kita yang sakit, lalu mereka minta kita macam-macam, haruslah kita makbulkan setiap permintaan mereka. Sebab kita taktau ape kesakitan yang mereka alami. Dan tak mustahil, jika kesakitan mereka itu, kita juga akan rasainya kelak. Sentiasa guna konsep ‘memberi dan menerima’. Tak rugi kan?
2)  Berbuat baik kepada orang tua, beri kebahagiaan kepada mereka. Bukan melalui wang, tetapi kasih sayang yang berpanjangan.
3)  Jagalah suami/isteri kita semasa dia sihat/sakit. Kerana semasa dia sihat, dia mampu menjaga kita, berkongsi susah senang bersama. Dan mengapa ketika dia sakit, kita harus meninggalkannya? Sesungguhnya, ujian itu hanya dugaan yang kecil, yang Allah s.w.t beri untuk menguji kesabaran,keteguhan dan kejujuran hati manusia.
4)      Berbuat baiklah kepada semua, nescaya kita akan mendapat kesejahteraan dalam hidup.
5)    Sentiasa memohon kepada-Nya semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dan diberikan kesabaran hati yang kuat andaikata kita ditimpa sebarang bencana/dugaan.


Alhamdulillah, akak dah kembali sihat walaupun tetap kena follow up kat hospital kb plak ;) Hopefully everything is gonna be okay sis! Labiu muah muah! ;D









www.tips-fb.com

Wednesday, July 20, 2011

2# Traveling: Happy birthday kakak sulong

Broommm..Broommm by LittleGurl 1 comments
Hahahaha.

Ok tetibe nak tergelak. -_-

Itu hari kan birthday along aku. Boleh baca SINI kalau korang tak tau. So entry ni dah macam basi pun. Tapi bagi aku tak basi langsung sebab hari itu adalah hari istimewa along aku. Betapa appreciate nya aku pada hari lahir along. Sweet tak? Sweet tak? Tapi honest aku tak sempat nak post entry birthday pada haritu jugak. Yelah hidup aku macam tak keruan akhir-akhir ni dengan macam-macam hal. So,setiap hari berlalu aku hanya simpan memori dan idea dalam kepala hotak saja. Nasib la memory aku bertahan lama malah dah berganda-ganda GB dia. -_-

Aku malas la nak taip panjang-panjang korang tengok je gambar boleh? Hahahahaha. Dasar pemalas! *pang* eh cuba tolong paham la sikit kan aku sekarang ne tengah BUZY menternak lemak! Wakakakakaka

Ini pizza tunjuk dari Pizza Hut.

 1# Island Pizza (Aceli aku dah lupa flavour ape yang aku ambek masa ne! haha)

Memandangkan dah lewat pergi pizza then nak pergi ambek budak-budak abes sekolah pulak, so tapau sajela. Hey you know what? Dapat harga discount sebab sekarang adalah promosi. Pizza 1 regular dan 1 large hanyalah RM29.90. OMG! Murah tak? Please kata ya! -_-


 2# Homemade spaghetti

Sumpah sedap!



3# Garlic bread

Ok mula-mula order aku konon nak order si prawn rangup tuh. Aku taktau apa nama penuh dia jadi aku maen teka. Actually bukan teka pun tapi aku tengok kat menu. Ok dengan selamba aku cakap ‘garlic satu’. Then bila balik rumah aku macam ‘what? Bukan nak yang inilah!’ sambil buat muka. Memang macam frust kot sebab aku nak prawn tetiba yang dapat tu adalah bread bukan prawn. Aku pun check semula list menu, then OMG! Garlic tu untuk bread je ke? Hahahaha. Memang kampong betul la. Aku tersilap tengok rupanya. Tu la salah si garlic bread la kan, sebok menyemak kat menu list prawn tu nape? Kan aku yang rabun ne dah tersilap baca. Gggrrrr. Ok nak merajuk dengan bread sedunia. -_-  padahal diri sendiri taktau nama commercial prawn rangup tu ape. Sampai sekarang masih tak hingat.  Apekah?


3# Mushroom soup

Itu pula adalah mushroom soup homemade juge. Ye ye sume along yang buat dan keje aku hanyalah mengemas sinki tak sudah-sudah. Haip! Cane nak jadi bini orang neh? Ggggrrrrr. Ok fine at least aku rajin mengemas kan. Hahaha


4# Fried Neck Chicken

This one also homemade fried neck chicken. Eh, kalau neck chicken memang nama dia mcm tu eh? Aku tak pasti. Hahaha. Tapi aku panggil macam tu la. Haa macam tu. -_-


5# Birthday Party

Better duduk rumah la kan bila berparty. See, just order pizza then yang laen home made punya! Puas hati ok boleh makan sampai muntah. -_-


6# Birthday Girl

Ouch girl? Ok fine kakak aku memang nampak muda so xsalah kan kalau letak ‘girl’ di situ. Haip! Korang jangan jeles. Hihi


 7# Birthday Gift

This one pulak my brother in law yang kasi. Sweet gila. Aku ade curi-curi baca isi kad tu. Haha. Masa ne dia pergi mendaki gunung kat Gunung Stong (betol eh eja tu?). So, tak dapat nak join makan pizza reramai. Hohoho. But kompem la dia dah wish awal-awal la ok, same goes to along's kids also. Sebab masa aku datang ni a few days dah lepas date birthday along. LOL


8# My niece, Athirah

When we both together, people will automatically say ‘Eh macam kembar!’ -_-“
Ya ya kembar aku umur 23 then aku 12. Hahahaha
*pang*

9# Happy family

Ok tak cukup sorang lagi, iaitu ketua keluarga, Mohd Halimi  -_-


10# Noti doti handsome cutey little baby

Budak ni sangat noti kau tau. Ade ke patut dia bagi seluar aku basah sebab lelehan air liur dia, lepastu aku suruh dia lap. Ok fine dia lap guna baju dia. -_- Then dia cakap pulak ‘Ucu lap’. Lepastu dia tarik seluar aku belah satu lagi lap kat air liur kat seluar aku tengah pakai tu. Hamboiiiii budak kecik ni. Cium kang! Gggrrrr


11# With Love

Cayang cket muah!


12# Good boy

Sekarang yiem dah pandai kira 1 sampai sepoloh yay! Pandai anak umi abah ;)





Nota kaki : 
Akhir-akhir ne aku sering lupa nama menu, malah lupa tarikh juga. 
Ini faktor umur meningkat eh??

www.tips-fb.com

Friday, July 15, 2011

1# Traveling : Universiti Teknologi Mara Shah Alam

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Assalamualaikum w.b.t

Wah! Tajuk nak gempak je padahal tade ape yang special pun. Hak hak hak! Itu hari aku ada bagitau yang almost 2 weeks aku tak sentuh my blog sebab kehulu kehilir setelkan keje aku. Eh, padahal keje aku for the first thing adalah  settlekan thesis. Ya ya I’m 23 years old now and dah bole kawen sebab dah abes study yay! Ok over disitu. T_T

So tajuk traveling yang entah ape-ape inilah perjalanan aku sepanjang 2 weeks tu. Tajuk nak gempak tu bukanlah nak menunjukkan aku pegi Paris, ataupun Aussie, ataupun Disneyland, ataupun Indonesia jumpa BCL bersama Ashraff Sinclair dan anak comey mereka. Aku belum kumpul duet lagi nak pergi ke tempat-tempat berikut. Yang aku pernah pergi adalah Bandung, tu pun sebab UiTM sponsor kan. SEDIH BUKAN? T_T. Traveling aku hanyalah ke Shah Alam, pastu Kampung Batu, Ipoh dan Puchong. Gggrrrr aku tau korang nak gelak sebab tempat travel aku Cuma dalam mesia! Tape tape, aku tetap happy dapat travel ke tempat-tempat itu. Korang nak tau nape? Sebab kat situlah ade orang-orang kesayangan aku! My sista my bro ade kat situlah. Tu sebab aku dah over esaited kau tahu? Korang tak esaited please silent mode. -_-

Aku ada cerita pasal aku dah jumpa supervisor untuk ambek thesis kat SINI. Alhamdulillah sume dah settle tunggu nak bukukan je dan buat hard cover serta copy dalam cd. Ouh, tak sangka gila aku da abes degree! Sedih la pulak *sobsobsob*


Sampai-sampai kat seksyen 17, terus pergi brekpes kat seksyen 2. Masa ne jam tepat 7.15 pagi.


Ok done! Bebel ye. hahaha


Deans list @_@



Weh awat hang macam cun dari aku dalam gambar ni? Ggrrr


i heart you


Korang tau masa ni patut gambar aku yang diambil. Tapi kejam gila bile dorang snap their own pix! Apakah?


Nak sangat kan gambar korang. Nah ambek! hahaha

Punya lama lah nak settle kan those thing kan. Sebab kena tunggu giliran nak jumpa Encik Nash untuk ambek thesis. Then kena jumpa plak my mama Puan Hajjah Hashiah untuk ambek thesis yang 1st reader,means that yang dia tanda. Naseb baeklah sume selesai ngan baek! Alhamdulillah. So its time to complete it with hard cover.

Petang tu aku terus balek umah along kat Kampung Batu. Thanks to my lover sebab teman lunch! ^.^ 



credit to my bff : miss u guys a lot TT__TT
www.tips-fb.com

Thursday, July 7, 2011

Lunch for today

Broommm..Broommm by LittleGurl 0 comments
Assalamualaikum w.b.t


Hello peeps! Lama gila tak mengadap my lappy sayang neh! Heh semalam aku balik naik KTM dari KL Central sampai ke Pasir Mas. Ok not bad la dalam tu ade katil dan boleh nak lepak kat cafe. Tapi aku tade la nak pegi lepak pon kan, aku kan budak baik. -_-

Tapi one thing yang tak best sebab semalam terpaksa dop dalam train selama 16jam! Do you believe that? Sepatutnya perjalanan cuma mengambil selama 12jam! Ye ye memang balik kelantan jauh gila dari KL. yes i know that. Tapi ne dah melampau kot almost 1 day dalam train jerk. Adus -_-

Tu alkisah timbul sebab train yang naek selisih dengan train laen so selalu je berenti almost 15 minutes. Nasib baik la seronok gila dok dalam train. haha. Tambah pulak ade budak jepun yang melayan aku. Eh dia yang layan aku ke aku yang sebok melayan dia? Ggggrrrrr. 

Banyak cerita aku nak kongsi ngan korang tau. Almost 2 weeks aku merantau pergi shah alam, gombak, kampung batu, epoh and back to puchong pulak lepastu semalam baru sampai sini. Fuhhh fenat. Nanti aku cerita kat next entry okeh! ^.^

Puasa dah dekat tapi aku masih ade a few days tak ganti! Ggrrr pang diri sendiri baru tau. Konon harini nak puasa kan then aku lupa nak niat, so tak jadi puasa pulak. Betul kan kalu kita tak niat nak puasa ganti so takleh puasa kan? Aku tak salah kan? Sebab kalu puasa ramadhan niat sebulan terus so malam before nak puasa kadang kalu terlupa tak mengapa. Boleh proceed puasa esokan tu.Ye ke tak? Please correct me if im wrong. -_-

Nyesal pulak semalam tak niat puasa. Sebab harini aku macam tak lalu (ke?..) makan. Aku just minum air milo sambil mengadap facebook and blog saja. 


 Ini menu lunch aku harini. Eh, ne kes tak lalu makan ke nak diet ne? hahahaha 



Psstt psstt honest aku rasa macam nak diet je. Lemak tepu kat badan aku dah makin bertambah. Yes, amatlah jeles tengok Encik Fafau sekarang dah slimworld. Ggggrrrrr ini tidak adil!



Ok nak pegi membakar lemak sekarang! Bai!

www.tips-fb.com

Sunday, July 3, 2011

Hospital Raja Permaisuri Bainun

Broommm..Broommm by LittleGurl 0 comments
Assalamualaikum w.b.t

Korang sehat tak? Aku kat hospital ipoh. Korang datang cepat2 lawat aku meh '_' Dah masuk 3 hari akak kat wad Hospital Raja Permaisuri Bainun,ipoh,perak. Semalam aku yang jaga and maybe harini pun aku jugak yang teman akak kat wad sambil bergosip hangit.

Alkisahnya minggu lepas anak sedara aku patah bahu kat sekolah sebab tjatuh masa tersangkut wayar speker ape pom tah aku pom xpasti. Memang ngek betol pihak sekolah tak ade safety langsung padahal masa tu hari sukan. Pulak tu bile anak sedara aku yang cun tu jatuh, bleh plak cikgu suh dia duduk kat kusi pastu terus xdatang2. Hamboi ko ingat anak sdara aku tu kebas kaki je ke? Ggrrrrr. Korang bayangkan budak darjah 6 jln terhenjut2 kat public fon sebab nak kol mama dye yang ade kat padang. Yela xlarat kot dye nak pegi cari kakak aku sebab sakit. Lepastu akak aku terus antar spital. And you know what, bukan terseliuh ke ape je, tapi doc kata tulang bahu patah. Ggrrrr rasa nak cekik pihak skolah sebab abaikan safety and bleh wat duno je tanpa ambek tindakan kat student yang ada masalah,tambah plak masalah timbul kat sekolah kan. Suppose cikgu la yang hantar hospital. Cuba la ambek berat. Naseb la kitorang ne baek je tade nak saman ape kan. Hohoho. Kak long, cepat sehat tau nanti dah boleh bukak anduh and boleh ikat rambut sendiri. ^.^

Kononnya akak aku nak pegi lawat anak sdara aku dgn umi sekali. Aku memang kat kl plan pegi ngan along n family kat epoh. Nak dibuatkan cerita, pagi masa smpai kat epoh,akak aku yang ne pulak masuk spital, asalnya sebab gastrik. Tapi sebab dah teruk sangat, doc siap xray ,wat urine test,bla bla bla then doc kata ade jangkitan kuman kat hati. Haiii kakak sayang nape la jadi mcm ne pulak. Hati banyak sangat terguris tu sebab sakit. '_' *pang*

Hari minggu lab tutup, so terpkasa tunggu isnin baru leh dapat keputusan xray. Semalam hati aku sayu gila bila sorang patient meninggal dunia lebih kurang kul 12 semalam. Padahal sejam sebelum tu aku sempat bertegur sapa wlaupun arwah tpksa mggunakan gas oksigen. Suami arwah sabar menunggu smbil lap-lap badan arwah tanpa jemu. Betapa tingginya nilai kasih syg yg diberi. Arwah mengidap penyakit buah pinggang dan da masok sbulan kat hospital. Umur masih muda,25 tahun. Alfatihah buat arwah. Semoga arwah dicucuri rahmat dari Yang Maha Esa.

Ok nak sambung gosip. Hahaha. Bai!
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting