Followers

Tuesday, May 31, 2011

My Holiday

Broommm..Broommm by LittleGurl 6 comments
Assalamualaikum w.b.t

Masa jadik student sebelum ne, beria-ia pergi tengok wayang dengan encik fafau dan bff tersayang. Keluar je movie baru memang perasaan teruja sangat nak pegi tengok. Tapi bila dah balek kampung ne, movie depan tv jela kau tengok sorang-sorang sampai muntah. Kelantan tade wayang. Wargh! sedih gila. Nak tengok Nur Kasih dan Karak! T____T

"Jom kita pergi terengganu tengok wayang."

Beria gila nak tengok wayang sampai plan nak pergi jauh-jauh dengan akak. haha. Kalau la boleh kan. Kalau lah Kelantan ade wayang, aku lah customer paling awal tercegat depan kaunter. 

Eh, tapi betul ke aku dengar Nur Kasih the movie tak best? Ade yang cakap tak berbaloi tengok dan cerita dia entah ape-ape. No komen la sebab aku tak tengok lagi. Nanti nak tunggu keluar cd cetak rompak je kot. wakakakaka

Itu hari auntie aku balek kampung dengan husband and anak-anak. Memang rindu gila kat dorang sebab dah lama x jumpa. FYI, auntie aku ne aku panggil 'suta'. Masa aku kat UiTM Perak, aku selalu lepak rumah suta sebab rumah dia dekat gila dengan UiTM. Tambah pulak paksu lecturer kat sana, so tiap-tiap hari minggu kalau aku tade keje memang rumah suta jadi tempat lepak aku. Aku ne kira dianggap macam anak sulong dorang. Mana taknya, mane dorang pergi, aku mesti ikot. hahaha. Gila aku memang kaki jalan. Lumut, manjung, sitiawan, ipoh sume aku bantai ikot je. Patutlah sampai sekarang aku memang hantu jalan kot. Asal cuti je aku mana boleh duduk rumah, hidup aku tak keruan kalau asyik lepak rumah. Aku mesti menggedik nak keluar kahkahkah.

Thanks to Suta sebab kasik aku hadiah bufday yang dah lapuk tuh. Haha. Tak sempat dan tak berkesempatan nak pegi perak sebelum ne, sampai suta simpan lama gila hadiah yang dia nak bagi aku. Weh bufday aku 26th Januari kot. 5 bulan tersimpan rapi. eeeeee suka suka suka. "____________"


Aku baru plan nak beli wedges baru, tuptup dapat FREE punya. wah! esaited aii!

Ok nanti boleh pakai wedding Kak Ros hujung minggu ne yay!




www.tips-fb.com

Saturday, May 21, 2011

Me and my friends

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Assalamualaikum w.b.t

Aku baru lepas sambut kepulangan umi yang pergi kursus 3 hari kat Tok Bali. Ada jugak menggatal tanya umi boleh tak nak ikut, tapi hampeh bila umi senyum takde makna apepun maknanya aku memang takleh nak ikut. Mana boleh ini kursus untuk parti. haha. Ok fine. Budak-budak duduk rumah tengok tv je.

Sejak duduk rumah ni, ya ampun malas gila nak update blog aku pun tak tau apa masalah. Kalau masa kat hostel sebelum ni bukan main kau mengadap tak hingat dunia. Even busy nak dekat final exam atau busy nak pergi class eceh padahal class 3 hari sekali je dalam masa seminggu. Tapi hari hari nak update. Hari hari nak potpetpotpet sanggup tahan lapar even perot dah menyanyi lagu i need you mintak di isi. Now?

Bukan bermakna tak update aku terus senyap sunyi dari dunia maya ne. Memandangkan zaman millenium ne semua orang membuang masa mengadap laptop masing masing, samalah jugak dengan aku yang memang hantu internet. Mana taknya, pagi bukak mata breakfast facebook lunch dengan blog then malam dinner dengan facebook plus blog untuk blogwalking. Kau ade? Ok meh nak sep sep kita sama. LOL

Padahal mengadap facebook aku rasa macam dah boring gila sekarang eceh boring konon. haha. Kalau masa kat campus boleh la nak bergosip latest news kan dengan bff and classmates. Sekarang ne gosip artis je la yang aku ade camno nak bergosip hangit lagi? Rindu pulak dengan bff and classmates. *tetiba*

Aku sekarang prefer blogwalking berbanding dengan facebook. Ye,betul aku tak tipu. Aku blogwalking bukan setakat pergi mengendap blog femes femes macam retis tu Abang Ben, Fatin Liyana, Cik epalAilyl Rozanna, Hanis Zalikha, Sepet, Kak Nurulbadiah, Kak Ain, Maria Elena, Aizul Marcello, Irine Marcello. Aku jenguk jugak banyak blog sampai aku macam wah?!hebatnya blogger ni. eh blog ne bestnye. eh,blogger baru pun cecah beribu ribu follower? pergghh..patutla memang best. wah cantik@hensem nye blogger ne. Lebih kurang macam tu la. Memang awesome. Aku salut and tabik spring dekat semua blogger sebab korang hebat! Tak kisah la bloggers femes meletop atau newbie (aku pon!) pada aku kita sume sama je. Sebab kita masing masing berblogging untuk sharing our life kan? >.<

Sebelum habis final year minggu lepas (weh,aku dah habis study?), aku lepak lepak dengan bff and coursemates dua orang laki yang machos gila you. Ikutkan hati nak pergi jalan jauh la sikit kan sebab dah habis final year kot dah tak tau bila nak jumpa lagi sobs sobs. Tapi sebab bff terpaksa angkut barang-barang dorang petang tu, jadi pergi lepak dekat-dekat je la. Tambah pulak aku nak balik kampung dah malam tu ceh awal gila aku balik. haha. 

Aku dengan member member cuma pergi Plaza Alam Central (PAS). Kalau yang duduk kat area Shah Alam tak tau ape mende PAS ne aku tak tau nak cakap. PAS ne la tempat paling popular kat Shah Alam tempat kau nak shopping seluar kasut baju segala bagai. Aku pergi sana bukan nak pergi shopping pun sebab poket dah kempis tinggal duet syiling dua puluh sen berkeping-keping gila ke nak shopping? Kitorang plan pergi maen bowling yay! Lama gila tak main bowling


tetiba perut aku nampak macam ***cit. ok itu tipu. T_T

menyampah gila main time ne sebab terok ggrrrr. sampai alyn kata 'mane zaman kegemilangan ko?'
ceh. tape tape next time aku make sure my fullmark more than 200++ 


oloh. rindu beb >.<


top from left : alyn, elah, eny
bottom from left : seha, fizah, mira


miss u guys a lot! sobs sobs


>.<

Unfortunately, cik bie tak dapat join sekali sebab dia kena rushing settle banyak benda masa tuh. Korang tau tak? Lepas habis paper petang isnin tu, cik bie terus dapat panggilan offer dari contractor? Gila betul perempuan tuh. Oh, jeles jeles. haha. Tapi tu la, berkat usaha tawakal dapat keje awal gila compared ngan bff yang lain. Yang laen laen ne? Hampeh, 1 pun interview belum pegi lagi ade hati nak dapat offer (aku la tu...). Cik bie tu dah 4 kali pergi interview. Macam-macam experience dah dapat. And you know what again, tempat keje dia bangunan sebelah tempat keje boyfriend dia. Ciss! Ni buat aku rasa nak apply keje area klang ne. lalala


Cik Bie with her new workplace

Aku bukan tanak apply sebelum final exam aritu. Tapi tanak campur adukkan interview session dengan study. Sebab aku bukan jenis manusia yang boleh pikir banyak benda dalam satu masa yang sama actually. Kadang aku boleh jadi macam arrgghhh!apa semua ne? haha. memang emosi lebih. And sebenarnya dah plan nak balik rumah senang lenang dulu bermesra-mesra dengan umi tersayang. boleh? euww, bagusnya aii. kuikuikui

Sekarang baru tengah perlahan lahan apply macam kura-kura. Adoyay. Apa nak jadi weh. Doakan aku cepat dapat keje nanti cepat kumpul duet kawen. (padahal 1 pun belom apply T__T)





p/s : korang prasan tak aku pakai kata diri 'aku' bukan 'LG'? Macam cool je guna 'aku' ne macam awal-awal entry dulu. Mesra katakan haha.





www.tips-fb.com

Saturday, May 14, 2011

Janda tak baik T_T

Broommm..Broommm by LittleGurl 7 comments
Assalamualaikum w.b.t

Entry malas campur masa terhad sebab curik curik pakai broadband abang. Biasa la bila jadi mangsa penganggur sekejap memang macam ne, segala benda nak pinjam-ambek-barang-orang. Alah bukan selalu pernah pun. Time balek ne je nak berubah jadik jahat sikit. haha


Pagi tadi liat gila nak bangun tapi kena paksa jugak sebab semalam dah janji dengan umi nak ikut pegi program hari keluarga persatuan rukun tetangga peringkat negeri yang bertempat di pasir mas kelantan. Dari duduk mengadap laptop sampai terjojol mata keluar, baeklah kita pergi menghirup udara luar tengok orang ramai kan. Kawan umi pick-up by 8.30 a.m dah bergerak pegi sana ffuhhh jalan-bersimpang-siur-busy-dengan-polis-buat-sekatan sebab orang ramai berpusu pusu nak masok ke stadium. Actually kali ne umi pegi sebab bawak wakil (kawan umi) untuk pertandingan gubahan bunga guna bahan bahan terbuang. Ade jugak la pertandingan laen macam pertandingan melukis untuk kanak kanak tadika (gian gile nak masok tadi!wakakaka), pertandingan gubahan sejadah, gubahan kaen dan blablabla. 


Yang ne gubahan guna sejadah. Cool kan sebab bentuk dye macam handbag. pergghhh


Ne pulak combination of two. Kalau ikotkan dye orang yang gubah ne cakap ade combination of 3 la konon konon. Kipas untuk cina. Tengkolok tu untuk Melayu. Kerusi tu untuk semua kaum. 1 malaysia katakan. heeee "______"



Dan paling xsangka, dapat pulak tempat ke tiga dalam acara tu.....
Heh* ingat tade bakat ke..


Eksaited macam aku je gubah. haha


Umi and Kak Mah, member baik sejak zaman muda mudi. Cool kan?


Love u mom! ^.^


Dapat cash hasil dari menang pertandingan tu, Kak Mah terus berbaik hati belanja makan nasi ayam kampung kat rantau panjang. Yea!yea! Happy gile sebab makan free hari ne kan. Tengkiu Kak Mah & husband! ^.^
Laju je kalau bab FREE ne. haip!

Habes makan teros basoh tangan and tengok orang kat sekeliling tiba tiba......


hahhhhhhh??



tu kak ain tu...kak ain...




cesss...ingatkan dah habes kes tu dah tade dah icon fake kak ain dalam kopi janda baik. Rupanya masih berleluasa lagi! Dah sampai kelantan pom. Memang rasa berdesing mata bila tengok. Teros potpetpotpet kat umi.

LG : Umi, tu kawan adik tu kat pelekat kopi janda baik. Kak Ain nama dia. Kopi janda baik tu penipu. Dia ambek gambar Kak Ain tanpa izin. Kak Ain dah saman dah.

Umi : Eh yeke? Habes tu ade lagi tu jual?

LG : Entah la kes tu dah settle ke tak.

Kawan umi : Pergi ambek satu tunjuk kat dia.

(sambil jalan pergi ambek satu pelekat dan bagi kat LG. Terus masuk kopi janda baik dalam handbag)


Umi : Nanti pos kopi ne kat ain tu gtau yang kat kelantan ade lagi yang edar gambar palsu ne. Jahat betul orang ne guna gambar orang laen sesuka hati.

Beria-ia umi suruh LG pos kat Kak Ain. haha

LG : Ok. Nanti adik gtau dia.

See, people will take more advantages from others. Dah muka owner tu tade la hot macam orang laen kan, saje je nak promot kopi mak dara dye pakai muka orang laen. eeee memang tak malu.

HATE kopi janda tak baik.

Untuk pengetahuan sume, sape sape yang tak kenal Kak Ain, dye adalah salah sorang blogger femes meletop! Kakak yang comei menarik memang ngebom! Tu pasal Kopi Janda Baik gedik ambek gambar Kak Ain. Gerammm ai. Sape sape nak kenal Kak Ain yang baik comei hot ne sila la ke blog beliau. Tekan SINI

Sabar ye kak ain sayang. Nanti LG pos kopi ne lau akak nak cari bukti lagi. Kat sini ade alamat pengedar. 


Geram gile! (aku plak over. haha)








Berani kerana benar! *tetibe*




www.tips-fb.com

Friday, May 13, 2011

The end of my life *byebye campus*

Broommm..Broommm by LittleGurl 0 comments
Assalamualaikum w.b.t
 
Hai korang! Rindu LG tak? (nak termuntah!rindu?oh plis!) LG dah masuk hari kedua kat Kelantan! Yeayea!

OMG rasa macam heaven gile bila dapat balik rumah goyang kaki dan makan puas puas. Nak baring terlentang depan tv tade sape yang heran pun. Nak bangun pukul berapa pun memang tade sape yang kesah (bakal mentua kesah kot!!). Memang rasa oh!dunia ini aku yang punya. ngagaga. Mane tak rasa heaven gile sebab duduk kat hostel rasa macam mati kutu. Tv takleh tengok, kalu tengok pun kat bilik tv screen macam pecah pecah nak tengok subtitles pun tak dapat. T_T. Nak baring lama lama memang tak dapat la sebab tido malam pom sekejap je. Petang apetah lagi memang busy mengalahkan penulis novel sebab tengah mengulangkaji pelajaran katakan. haha. Blah la mengulangkaji pelajaran konon. Ok please PERCAYA.

Biasa la hidup sebagai pelajar berdedikasi ne hidup rasa macam penuh kongkongan. Dusssshhhh!!Pang!!! Shut up jangan perasan pulak hidup terkongkong padahal selalu keluar pergi karoeke tu ape???! Eh,bukan selalu pun baru je 4 kali. T_T. Masa 3 tahun dekat UiTM Perak dulu hidup rasa macam 'wah!!bestnyeeeee' sume barang murah murah. Pastu dapat jalan jalan dengan penuh ketenangan, biasa la bandar baru jauh dari hiruk pikuk bandar, nyaman gile. Bila masuk degree plak kat UiTM Shah Alam selama 2 tahun, pergghhh memang mengalami tekanan mental dan fizikal dengan bunyi kenderaan yang pelbagai di jalanan. Petang petang jalan dah jam, saket mata tengok jam pukul 5.30 petang kereta dah berduyun duyun atas jalan nak keluar dari UiTM! Believe me UiTM crowded macam orang berpusu pusu nak pegi Sunway! OMG. Memang macam the world of city. Erk

Now, the end of my life being as a student. T_T. Macam rasa dah maken tua sebab nanti orang dah tak tanya, belajar mane? sekolah darjah berapa? sekolah mane and blablabla. Orang akan tanya eh dah keje? keje mane? keje ape? 
 
And yang paling panas telinga bila orang tanye, eh bile nak kawen? grrr grrr (esok! =.=)

5 tahun berlalu macam kejappppp sangat. And NEXT? malas lagi nak pikir boley?haha

Lepas exam hari isnin, esokan tuh keluar dengan member member sekejap pergi maen bowling. Malam tuh LG dah kena berkejar naek bas balek kampung. Helo, i balek awal kali ne sebab nak celebrate my mom's bufday a.k.a mother's day. Memang teruja habes sebab ne first time sempat balek and celebrate. Selama belaja 5 tahun kat perak and shah alam, on 11st Mei mesti tengah kalut exam. So kali ne nak tebus balek so LG balek on time! hakhakhak. Bagus tak? Anak mithali tak i? Cepat cakap bagus! haha

LG update later about bowling and mother's day ok! And paling sedey sangat sebab maybe tak dapat update blog hari hari macam sebelom ne sebab kat umah tenet tak pat bukak pulak. T_T. I'm trying my best to update more and more no matter what!!!



p/s : lame dah tak blogwalking tengop hot hot story and blog tomei tomei T_T





 


www.tips-fb.com

Saturday, May 7, 2011

ambek la ambek!

Broommm..Broommm by LittleGurl 3 comments
Assalamualaikum =.=

Pagi pagi lagi jiwa dah berasap, rasa macam nak bako je! *tetibe*

Ape masalah ko ne LG. cucite cucite...

Pagi tadi LG pegi angkat kain yang jemur semalam kat ampaian bawah ne, kat kolej. Tup tup bile pegi angkat, LG prasan, 'shawl aku mane shawl shawl?' tetiba mata macam dah nak meleleh saat tu jugak. SHAWL KESAYANGAN aii hilang!!!! rase nak menjerit macam pontianak!!! arrghhhhh!!

Ne dah kali kedua kes ne jadi. Tapi masa semester 3 dulu LG kat blok laen. Ne kat blok ne pom sama. Kawan kawan LG pun dah penah kena da. Hilang cardigan, hilang tudung, baju, suar, kasut. Perghhh... Mau tak sakit hati kan. Ingat kita ne anak datuk ke, anak datin ke kaya raya sangat boleh angkut beratus ratus shawl dalam jangka masa sama? Helo..helo..tolong la weh. Sentap perangai kau yang suka mencuri ne. Tak kesah la student ke sape ke kan. Kalau dah jiwa mencuri tu memang dah sebati ngan sanubari kau, tunggulah, balasan tu akan tibe jugak nanti. Mungkin bukan esok, bukan lusa, blablablablabla, tapi masa tu akan tiba. Allah S.W.T Maha Adil dan Bijaksana. 


 Shawl ne LG beli murah je. RM10. Helo...murah ne pun nak curik jugak?!grrrrrrrr
Sayang gile kat shawl ne sebab bawah tu ade manik manik. Tu je shawl LG yang laen dari yag laen. uwaaaaaaaaa!!!


Shawl ne bagi jasa yang begitu bernilai sebab dapat matching dengan banyak baju kurung LG. Baju kurung LG banyak pink purple, so memang sayang gile kat shawl ne. sobsobsob. 


Masa first header LG dulu pun LG pakai gambar ne buat header tau. Sebab suka kaler purple. 
Sekarang ne.....da tade. T_T


Baru je pakai 2 hari lepas. T_T. Satu satunya tudung pebret sebab paling express di dunia. Pegi la cari kat pasar tani berkorban la sikit duet tu kalau dah nak sangat jangan-sibuk-nak-mencurik-menccciiiiiiiiiiiiiikkkkk!!! T_T


i am gonna miss them a lot. sobsobsob




2 shawl dan 1 tudung ariani kesayangan dah tade. sape nak beli yang baru untuk LG? dah la tengah sengket neh. T_T *buat muka menagih simpati sambil kelip2 mata*

MOOD : saborr saborr *sambil urut urut dada*


p/s: demam demam macam ne pun terpaksa beremosi lebih T_T 



www.tips-fb.com

Thursday, May 5, 2011

Episod berperang sudah tamat. Eh eh belom tamat lagi. T_T

Broommm..Broommm by LittleGurl 3 comments
Assalamualaikum ^.^

Dah berapa hari tak bukak belog sayang neh. Eh, bukak cuma malas nak hupdated belog. hehe alaa bukan saje pun malas malas ne sebab final exam punya pasal la kena focus. Betul? Ecehh macam la focus sangat padahal tangan tok tek tok tek tekan keypad maen game. T_T


Sempat lagi buat peace no war sebelom start exam. Ok ne gambar nak pergi exam 2 hari yang lepas.


Muka takleh blah excited macam nak pergi dinner padahal ............
dalam hati ada taman cuak!

Hari ni dah masuk paper yang ketiga. Yeaa! Lega jantung hatiku rasa macam nak nyanyi lagu i love you, you love me, we are happy family, with a big big hug and the kiss from me to you, once you say u love me too blablablablabla. Ok stop. Dah la lirik lagu kucar kacir sebab dah lama lupa kan cerita kartun zaman sekolah. 

Tinggal lagi 1,2,3,4,5. Haaa 5 hari lagi LG akan balek kampung buat selamanya. Cepat gila masa berlalu kan (ke aku yang tak sedar). Pejam celik pejam celik dah nak raya dah. Semalam masa study layan lagu raya padahal puasa pun belom habes ganti lagi. haha. Opsst! Ok ok nanti nak ganti la. Nak start bebel la tuuu. Eh, tiba tiba masuk topik raya apehal lak?

Korang, dah 5 tahun LG dalam industri pembinaan ne. Perghh bajet la kau macam dah masuk keje. Padahal Grad pom belom. wakakaka. Maksud LG belajar kat UiTM sejak zaman diploma hingga zaman degree (ijazah kalau tak paham) dengan course yang sama iaitu Quantity Surveyor. Ramai yang ingat belajar construction korang nampak arkitek dengan engineer je kan? Helo, tolong jangan sisihkan kami QS bekerjaya ne tau. Bukan calang calang nak jadik QS sebab otak korang kena power kira cost bangunan. Kalau tade QS, takde la korang tau nilai value rumah korang tu. Cepat sape nak suh LG kira, book cepat! teeheeee

Tadi paper economy. Awal awal lagi dapat kertas soklan terus conteng formula kat kertas tu. Bukan nak tengok soalan tapi maen conteng pulak kan. LG perasan ade lecturer tu tengok eleeehhh bukan jawab terus pun kecoh ah lu. haha. Eh,terderhaka pulak kat lecturer tu. Gurau gurau je. lalalalala

Present Value of 1
       1
    (1+i)n

Present Value of 1 per annum
   1-  1
      (1+i)n
      i


LG tak puas hati jugak jawab exam tadi sebab ade yang confius and silap bab calculation tu. Bab essay tu macam ok la kan sebab boleh goreng goreng kicap ala ala chef wan. Tapi yang calculation tu macam hampeh je. Sobsobsob. Mitak mitak la lecturer berbaek hati jugak kan tengok step step yang bawah bawah tu rasa macam dah betul dah. Ngagaga. Tawakal je la mudah mudahan diberkati. Amin. Tingga;l lagi 1 paper isnin depan. Tak sabarnye nak habes final. Hohohoho.



Korang dah abes exam da???


Waaaa.....tanak kawan la! T_T


www.tips-fb.com

Monday, May 2, 2011

Danga Bay,ape yang best?

Broommm..Broommm by LittleGurl 5 comments
Pagi pagi lagi Encik Fafau message dah on the way pergi johor bharu. Harap harap perjalanan selamat pergi balik ye my dear. Teringin nak ikut tapi apakan daya dye pergi atas urusan keluarga sebab adik Encik Fafau dapat posting kat johor. Wah tahniah Fathi! Sebok je kau LG pergi mana mana sume nak ikut kan. haha.

Honest LG macam tak pernah pergi je johor. Eh ade ke 'macam' plak. Ne memang dah konfem tak penah pegi sebab memang langsung tak ingat bile pegi entah. Means, tak pernah pegi kot even waktu kecik dulu. Memang ketinggalan betul la. Nak pergi Australia, UK, Japan konon. Padahal around Malaysia pun belom cukup terjah lagi. Ok. Fine. Fine.

Ape yang best Danga Bay kat Johor Bharu?

Kawan LG ramai jugak asal dari johor. But some of them cakap Danga Bay tak de la best sangat pun. Macam biasa je. Ok bagi LG yang tak pernah pergi, memang la macam rasa 'wah,bestnye'. Tak penah pegi lagi kan. But for me, at least sebelum kata best tak best baek kite try dulu pergi and make our own conclusion. Pergi lagi bagos dari tak penah pegi langsung. Sebagai contoh kalau ade yang tanya korang, ape rasa ais-krim, at least korang boleh la jawab 'perrghhhhhhhhh,sedap tuuuuu' berbanding dengan 'hmmm,entah tak penah rasa.'

See? Sekurang kurangnya lau orang tanya 'weh ko dah penah pegi Danga Bay tak?' ' Penah!!! (sambil kepala mendongak ke langit)'. hahaha. Bangga gila kan. Tade la nampak macam kuno sangat. (terasa ai) T_T

Danga Beach



Sape tak suka pegi beach cuba angkat kaki cepat! Memang korang rugi gile kalau tak suka pegi pantai. Helo, tempat yang paling aman kat pantai lah. Dari duduk tempat hingaq, bising bising tu ape kata korang pergi pantai sedup udara nyaman. Perggghhh, sonoknye. =.=

Dah nama pulak pantai, mesti ada makanan seafood and air kelapa yang sedap hingga menjilat ibu jari tuh. Sekali kau telan isi kelapa tu rasa sejuk hingga ke kerongkong.Memang nikmat dunia.

Danga Cruise 8




Pernah dengar Star Cruise dekat Port Klang tak? Star Cruise tu macam kapal titanic. Pernah tengok titanic? Kalau tak pernah memang tak tau nak explain macam mana. Kena pergi download dulu filem titanic tu sekarang baru la korang dapat bayangkan betapa lebar dan besarnye kapal idaman kalbu ku ini.

Kat Danga Bay pun ape kurangnya. Dorang namakan kapal tersebut 'Danga Cruise 8'.Sape sape pun boleh cuba naek tapi bayaran dye LG kurang pasti pulak. For sure, mesti lagi mahal dari tiket flight kot. Biasanya Danga Cruise 8 ne provide banyak facilities dan tarikannya :

- Cruise Dining
- Wedding & Entertainment
- Unique settings
- Sightseeing Cruise

Biasanya this cruise is more to private functions, dinners, parties and also corporate events. Korang boleh bawak mak ayah korang naik cruise ne dan menikmati pelancongan yang menakjubkan! Wah! (macam la aku penah pegi kan.haha)

Danga World

Mini Zoo
Bawak adik adik korang dan korang sendiri pergi kat tempat ne mesti seronok gila. Dah la ade mini zoo boleh tengok banyak jenis binatang hot hot spicy. Lame nye tak pegi zoo sampai dah lupa rupa original badak sumbu. T_T . And bayangkan lah korang kat Disneyland padahal bukan pun. haha. Nampak dalam gambar macam best je. OMG! Wish to go there. Ade sape sape nak bawak tak?

Theme Park
Danga City Mall


For those yang memang hantu shopping boleh datang kat tempat ne. Tak de heaven gila tempat shopping macam Pasar Baru kat Bandung ataupun kat Padang Besar kat Perlis (betul ke?). Nama pulak shopping mall kan barang barang branded ajela yang ade. ngeeeeeeee~ 

LG kalu pergi tempat shopping, especially kat tempat baru pegi, LG prefer kawasan shopping macam kat Pasar Baru or Padang Besar tu. Even crowded tapi ape yang menariknya korang takkan dapat cari barang yang sama kat situ dengan tempat laen. Banyak barang baru yang kita boleh jumpa dan boleh beli kasi kat kawan kawan. Barulah namanya pergi holiday kan. Kalau pergi shopping mall ne, asyik brand sama je. Baek pergi KLCC or Mid Valley je. Sama jugak. Betul?

More details about Danga Bay please click HERE

Kesimpulannya, mari pergi melancong!!!!

Doakan LG dapat keje cepat cepat nanti nak bawak umi pegi Danga Bay and Bandung! wah wah wah! Rindu Bandung!!!!


Location : Universitas Pendidikan Indonesia


p/s: hari ibu dah dekat kan?dah beli hadiah kat mama/umi/mak korang tak?kalau belum,jom join "Mom On Facebook" Snapshot Contest sempena hari ibu kat Summit Subang USJ. mesti bahagia sangat bila tengok wajah ibu kita tersenyum gembira on that special day  ^.^


www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting