Followers

Saturday, August 24, 2013

Perhentian Island #Part 2

Broommm..Broommm by LittleGurl 0 comments
Assalamualaikum w.b.t

Siapa suka snorkling please raise your hands up! *me!me! teeheeeee. Masa aku pergi bercuti kat pulau pangkor, tak berkesempatan pulak nak lihat pemandangan laut yang sangat indah. Sebab area yang kitorang pergi tak mengembirakan hati sobs. Maybe sebab orang ramai berkumpul kat satu tempat je, so air jadi keruh. Langsung dah tak nampak keindahan suasana laut. Sedih tau sebab kite nak jumpa nemo tak dapat :(
Nampak tak tahap gelabah semacam je masa awal-awal snorkling siap pegang tangan taknak lepas? Haha

Plus masa tu aku bukak spek, dah rabun jauh pulak mana nampak apapun. Lagi sedih. Macam tak berbaloi je aku ambik pakej snorkling tapi tak dapat gunakan peluang sebaik mungkin. Kali ni sejak proses kematangan berlaku *ecececehhh* aku dah pandai dah taknak sedih-sedih bila datang pulau. Nanti balik kecewa lagi kang sebab tak dapat jumpa nemo. Jadi masa snorkling aku pakai je contact lense, pulak tu masa naik boat siap tanya abang boat leh snorkling pakai contact lense tak haha. Aku dah gelabah kot-kot masuk ayaq dalam mata aku kang susah pulak. Eh serius kite taktau lak boleh je pakai contact lense masa snorkling heeeeeee seghonokkkkkk :)

Tak malu nak cakap ini first time tengok pemandangan dalam laut yang sangat cantik, rasa taknak naik ke darat eheeeeee. Next time nak pegi lagi bawak hasben dengan kids anyoyoyoyo. InshaAllah. 
Subhanallah tak terucap dengan kata-kata. Tak sangka ada kehidupan lain lagi yang lebih tenang dan nyaman. Aku masa awal-awal nak snorkling memang gelabah. Sebab jauh ke dalam kot memang rasa nak pitam dalam air, gayat dalam air punya pasal. Tapi sebab teringin sangat nak tengok nemo kesukaan, memang dah tak peduli dah gayat ke tidak. Sampai terapung terus siap landing atas air, sebab teruja sangat. Lagi teruja dari terserempak dengan Fizo Omar yang siap say hi to me tempoh hari. Ehem ehem. Teruja sangat khoonnnn :P  
Untuk pakej ini, kitorang ambek pakej untuk snorkling 5 tempat. Kira macam checkpoint. Di checkpoint yang pertama kawasan dia air cetek je, melainkan kalau pi kat tengah-tengah memang dalam. Kira ini cubaan pertama untuk insan-insan yang gelabah macam kami. Syukur sangat abang boat baik hati siap ajar teknik nak snorkling yang betul. Itu sebab kalau korang nampak kitorang dok pegang tangan tu masa abang boat dok bagi tazkirah dalam ayaq heeeeee. Nampak sangat kan erti kasih sayang sejati haha. Sejak balik dari pulau memang kekal trademark kitorang sikit-sikit nak kasih sayang je :)

Dah masuk checkpoint kedua, ketiga dan seterusnya, memang air dalam. Bayangkan kena turun dari boat tu kira lompat camtu je takde nak pakai tangga. Kejam tau abang boat tak bagi kita turun pakai tangga sobs :(

Alhamdulillah ini pengalaman yang sangat berharga. Sebab tu orang suka bercuti kat pulau, aman damai takde nak fikir benda yang membebankan :)
Hello! Kitorang buka berlima je atas boat dengan abang boat, tapi dengan minah salleh dengan abang indonesia yang tengah ambik gamba ni. Hensem plus cantik plus sporting bangat. Minat salleh siap cakap indon dengan abang boat. ' Kalau ngak pakai ini (safety jacket) ngak pa pa ya?' terlopong aku padahal baru je lepas mengumpat pasal dia hahaha. Boleh cakap indon rupanya. *sorok bawah boat* Sejak dah tau dia pandai cakap indon, terus jadi bestfriend. Ehemm ehemmm. 
 I love you all ^^

Bagi pendapat aku Pulau Perhentian sangat best bagi sesiapa nak kan suasana yang rilek dan santai. Kalau Pulau Pangkor banyak kedai survenior, banyak kedai makan, riuh sampai ke malam tapi Pulau Perhentian ni lain, no shopping, no noisy, kedai makan pun ada 2,3 kedai je tu pun nak tunggu order kemain lama, cuma ada bunyi air laut bergelora dan bunyi cengkerik, sekali sekala ada jugak bunyi orang berkaroeke kat chalet sebelah mihmihmih. 
The next day awal-awal pagi lagi bangun lepas subuh terus pergi pantai nak menikmati keindahan untuk hari terakhir. Hukk alohhhhhh. Baru sampai dah nak balik dah? Sobsssss.
 

Lepas balik dari pulau terus cari keropok losong kesukaanku! My bestie yang tengah pregnant mengidam pulak nak makan keropok losong then beli untuk dia sekali. Memang best sangat datang sini. I wish to come again, i want to bring my mom here because i know she really like island just like before! :)
 Goodbye Perhentian Island. I will come back again, InshaAllah with husband & kids too. Muahahahaa *amboihhhh sempat XD



All Photos by Nikon Coolpix L850 except underwater snap :)




www.tips-fb.com

Thursday, August 22, 2013

Perhentian Island #Part 1

Broommm..Broommm by LittleGurl 3 comments
Assalamualaikum w.b.t


Sejak habis belajar almost 3 years dan duit berkepul-kepul dalam poket seolah-olah macam eh taktau nak buat apa dengan duit nih sebab kerja macam 24 jam sehari pffftttt *bajet*, jadi dok pikiaq dengan girlfriends apa kata sebelum masing-masing jadi bini & mak budak, kita pergi tenangkan fikiran dekat pulau! Fuhhhh bunyi pun dah macam best. So tungtangtungtang plan bersama tersayang, set date and there we are!!!!! PULAU PERHENTIAN I’m in love.

Hari jumaat aku keje, tapi semata-mata nak keluar dengan bestie aku sanggup ambik cuti. Malam jumaat terus bergerak ke hentian putra dan menaiki bas dengan bestie, pagi-pagi kul 4.30 dah terpacak kat perhentian bas Kuala Terengganu.
Memandangkan one of us orang Terengganu so dia yang jadi ketua rombongan. Segala bagai planning serah kepada dia like a boss. Budget dan makanan apa-apa yang perlu juga serah kepada dia. Kira kami yang dok kat kl ni cuma bank in duit dan bergerak ke sana, pun dia yang tukang ambik dari bus station pagi-pagi buta. Masak untuk dibawa ke pulau pagi itu pun dia dan kawan sekolah dia yang join kitorang sekali yang sediakan. Berurusan dengan abang pulau juga dia. Semua dia. I love you lah girlfriend! *hug*
Si tudung pink kesayangan gua dengan kawan sekolah dia tudung grey inner pink itulah yang handle the whole things. Ohhh sangat ketat-ketat >.< Pagi-pagi lagi dah siap masak untuk bawak pi pulau. Sampai tak lena bestie aku sorang ni sampai ke pagi. Nanti tolong claim upah ye sayang. Lolipop 50sen 3 ketoi ok tak? hikhikhik 
Sampai-sampai terus nak snap! Subhanallah cantik sangat pulau dengan air birunya, dengan udara nyamannya takyah cita terus jatuh cinta dan tak sabar nak mulakan hari yang baru.
Eh ingat tak dulu aku pernah ceghita pasal Pulau Pangkor. Sangat berbeza pulau pangkor dan pulau perhentian. However dua-dua best, ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. But the truth is pergi pulau memang best gila lagi-lagi kalau nak pi bersih jiwa teeeheee :D

Pergi honeymoon kena bawak hasben pergi pulau, cara nak menjimatkan duit hahaha. Sebab aku dok pikir nak honeymoon kat bandung best jugak takpun bali tapi gaji 3 bulan zappp kompen habih. Kalau pergi pulau ni feel dia lain. Tengok laut biru plus bersama yang tersayang memang rasa nak honeymoon selamanya. Rasa nak pindah pulau terus haaa gitu.
Pulau perhentian ni ada pulau kecik dan pulau besar. Kitorang pergi kat pulau besar sebab pulau kecik ni kawasan dia agak crowded dengan orang ramai. Padahal sebab tempat penuh terpaksa cari inisiatif hihihi. Tapi sume tempat menarik! Air biru blues dah takyah pi krabi boleh cuci mata kat Pulau Perhentian je.
Chalet yang kami booking sangat mengujakan. Walaupun tak seluas mana pun tapi cukuplah nak tidur semalaman je. Bilik sangat selesa, kemas dan bersih, itu yang penting sekali. Memandangkan kami ada 5 orang jadi kami booking untuk 2 bilik.
The price was quite cheap which is RM170/person, sekali dengan boat pergi balik dan snorkling. Untuk lunch dan dinner agak jimat sebab kami bawak bekal je. Simple as that. Bagi aku pergi dengan member ni best, sebab satu kepala lepastu comot sama-sama. Boleh tongtong sama-sama nak pergi mana, nak lepak mana, nak makan mana. Sahabat sejati khoonnnnnn ^^

Kitorang pergi just 2 days 1 night, lepastu stay kat umah my bestie jalan-jalan sekitar kuala terengganu makang nasik dagang teeheeee. We were really have fun there! Nanti aku hupdate lagi for Part 2. Tapi tak janji bila sebab sejak keje mood nak berbelog dah luntur sobs sobs, penat den kojo langsung takda rehat :( Aku try jugak hupdate, mesti hupdate, harus hupdate, kira macam wajib hupdate sebab nak buat korang teruja nak pergi bercuti jugak. Go and spend your times with family and friends! Seghonokkkkk :)





Terima kasih sudi baca!
www.tips-fb.com

Monday, August 19, 2013

# MyThought

Broommm..Broommm by LittleGurl 1 comments

Assalamualaikum w.b.t

Memang betul orang kata, kadang-kadang orang yang kita rapat sebelum ni, yang sentiasa disisi, yang sentiasa bersama, yang sentiasa berkongsi cerita, tak mustahil akan menjadi orang yang paling jauh dengan kita sekarang, beribu batu jauhnya. Memang betul juga orang kata, kalau sayang berpada-pada, jangan sayang sampai setengah mati, kelak hati sakit. Mungkin bukan salah kita, salah dia, salah sapa sapa, tapi kuasa Allah s.w.t sekadar ingin menguji hati. Nak lihat sejauh mana kesetiaan, kejujuran, kesabaran kita kan? Dan yang pasti hati kita teruskan dengan kejujuran dan keikhlasan, mungkin balasan baik itu bukan harini, hari esok, mungkin di akhirat kelak?

Satu perkara yang akan membuat hidup kita tenang dalam kehidupan selain beribadah kepada Yang Maha Esa, iaitu berbuat baik kepada manusia. Cukuplah menghina, menfitnah, bersangka buruk, berhasad dengki terhadap orang lain. Sedangkan orang lain hidup berbahagia, kenapa kita terlalu suka mencipta persengketaan yang langsung tak memberi kesan yang baik? Kenapa kita terlalu suka menghina mencaci orang lain yang kita tak pernah tahu latar belakangnya? 

Cukuplah, sepatah kita menghina, beribu ribu lagi balasan yang kita akan terima. Allah s.w.t Maha Mengetahui, Dia Maha Melihat setiap tindak tanduk kita. Cukuplah, sikap mazmumah kita itu takkan bertahan lama. Harini kamu akan tersenyum bangga kerana melihat orang lain sengsara, derita diatas fitnah dan hinaan kamu, tapi tak mustahil hari esok segala kebahagiaan yang kamu peroleh akan hilang serta merta. Allah s.w.t Maha Adil. Kematangan tak memandang usia, tua sekali pun kalau hati selalu berburuk sangka, selamanya akan tetap sama. Tak guna kalau menutup keburukan sendiri dengan menunjukkan sifat luaran yang sempurna, sedangkan dalam hati, hanya Allah s.w.t yang tahu niat sebenar kamu.Tapi kalau cantik dalaman, InshaAllah, luaran pun  akan kekal indah di mata.

Hidup kita cuma sebuah perjalanan yang singkat, esok lusa belum tentu milik kita. Cukuplah mengejar harta, pangkat, darjat, duniawi semata. Hidup kita hanya sementara.




A pretty face is nothing if you have an ugly heart. 
Please be nice to everyone, no harm, no criticism. 




www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting