Followers

Thursday, August 22, 2013

Perhentian Island #Part 1

Broommm..Broommm by LittleGurl
Assalamualaikum w.b.t


Sejak habis belajar almost 3 years dan duit berkepul-kepul dalam poket seolah-olah macam eh taktau nak buat apa dengan duit nih sebab kerja macam 24 jam sehari pffftttt *bajet*, jadi dok pikiaq dengan girlfriends apa kata sebelum masing-masing jadi bini & mak budak, kita pergi tenangkan fikiran dekat pulau! Fuhhhh bunyi pun dah macam best. So tungtangtungtang plan bersama tersayang, set date and there we are!!!!! PULAU PERHENTIAN I’m in love.

Hari jumaat aku keje, tapi semata-mata nak keluar dengan bestie aku sanggup ambik cuti. Malam jumaat terus bergerak ke hentian putra dan menaiki bas dengan bestie, pagi-pagi kul 4.30 dah terpacak kat perhentian bas Kuala Terengganu.
Memandangkan one of us orang Terengganu so dia yang jadi ketua rombongan. Segala bagai planning serah kepada dia like a boss. Budget dan makanan apa-apa yang perlu juga serah kepada dia. Kira kami yang dok kat kl ni cuma bank in duit dan bergerak ke sana, pun dia yang tukang ambik dari bus station pagi-pagi buta. Masak untuk dibawa ke pulau pagi itu pun dia dan kawan sekolah dia yang join kitorang sekali yang sediakan. Berurusan dengan abang pulau juga dia. Semua dia. I love you lah girlfriend! *hug*
Si tudung pink kesayangan gua dengan kawan sekolah dia tudung grey inner pink itulah yang handle the whole things. Ohhh sangat ketat-ketat >.< Pagi-pagi lagi dah siap masak untuk bawak pi pulau. Sampai tak lena bestie aku sorang ni sampai ke pagi. Nanti tolong claim upah ye sayang. Lolipop 50sen 3 ketoi ok tak? hikhikhik 
Sampai-sampai terus nak snap! Subhanallah cantik sangat pulau dengan air birunya, dengan udara nyamannya takyah cita terus jatuh cinta dan tak sabar nak mulakan hari yang baru.
Eh ingat tak dulu aku pernah ceghita pasal Pulau Pangkor. Sangat berbeza pulau pangkor dan pulau perhentian. However dua-dua best, ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. But the truth is pergi pulau memang best gila lagi-lagi kalau nak pi bersih jiwa teeeheee :D

Pergi honeymoon kena bawak hasben pergi pulau, cara nak menjimatkan duit hahaha. Sebab aku dok pikir nak honeymoon kat bandung best jugak takpun bali tapi gaji 3 bulan zappp kompen habih. Kalau pergi pulau ni feel dia lain. Tengok laut biru plus bersama yang tersayang memang rasa nak honeymoon selamanya. Rasa nak pindah pulau terus haaa gitu.
Pulau perhentian ni ada pulau kecik dan pulau besar. Kitorang pergi kat pulau besar sebab pulau kecik ni kawasan dia agak crowded dengan orang ramai. Padahal sebab tempat penuh terpaksa cari inisiatif hihihi. Tapi sume tempat menarik! Air biru blues dah takyah pi krabi boleh cuci mata kat Pulau Perhentian je.
Chalet yang kami booking sangat mengujakan. Walaupun tak seluas mana pun tapi cukuplah nak tidur semalaman je. Bilik sangat selesa, kemas dan bersih, itu yang penting sekali. Memandangkan kami ada 5 orang jadi kami booking untuk 2 bilik.
The price was quite cheap which is RM170/person, sekali dengan boat pergi balik dan snorkling. Untuk lunch dan dinner agak jimat sebab kami bawak bekal je. Simple as that. Bagi aku pergi dengan member ni best, sebab satu kepala lepastu comot sama-sama. Boleh tongtong sama-sama nak pergi mana, nak lepak mana, nak makan mana. Sahabat sejati khoonnnnnn ^^

Kitorang pergi just 2 days 1 night, lepastu stay kat umah my bestie jalan-jalan sekitar kuala terengganu makang nasik dagang teeheeee. We were really have fun there! Nanti aku hupdate lagi for Part 2. Tapi tak janji bila sebab sejak keje mood nak berbelog dah luntur sobs sobs, penat den kojo langsung takda rehat :( Aku try jugak hupdate, mesti hupdate, harus hupdate, kira macam wajib hupdate sebab nak buat korang teruja nak pergi bercuti jugak. Go and spend your times with family and friends! Seghonokkkkk :)





Terima kasih sudi baca!
www.tips-fb.com

3 comments:

✿INA AINAA✿ on August 22, 2013 at 11:35 PM said...

bestnyaaa dapat pergi pulau ni.. cantik betul suasana kat sana.. hope ena dapat jejak kaki kat sini

nurmohd619 on August 23, 2013 at 9:03 AM said...

hehe..hope g sane gak...ngan hasben...kikiki

Unknown on August 23, 2013 at 12:00 PM said...

best nya !! wish dpt bercuti kt sna jgk nt <3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting