Assalamualaikum w.b.t
Memang betul orang kata, kadang-kadang orang yang kita rapat sebelum ni,
yang sentiasa disisi, yang sentiasa bersama, yang sentiasa berkongsi cerita,
tak mustahil akan menjadi orang yang paling jauh dengan kita sekarang,
beribu batu jauhnya. Memang betul juga orang
kata, kalau sayang berpada-pada, jangan sayang sampai setengah mati,
kelak hati sakit. Mungkin bukan salah kita, salah dia, salah sapa sapa, tapi kuasa Allah
s.w.t sekadar ingin menguji hati. Nak lihat sejauh mana kesetiaan, kejujuran, kesabaran kita kan? Dan yang pasti hati kita teruskan dengan kejujuran dan keikhlasan,
mungkin balasan baik itu bukan harini, hari esok, mungkin di akhirat kelak?
Satu perkara yang
akan membuat hidup kita tenang dalam kehidupan selain beribadah kepada Yang Maha Esa,
iaitu berbuat baik kepada manusia. Cukuplah menghina, menfitnah, bersangka buruk,
berhasad dengki terhadap orang lain. Sedangkan orang lain hidup berbahagia,
kenapa kita terlalu suka mencipta persengketaan yang langsung tak memberi kesan yang
baik? Kenapa kita terlalu suka menghina mencaci orang lain yang
kita tak pernah tahu latar belakangnya?
Cukuplah, sepatah kita menghina,
beribu ribu lagi balasan yang kita akan terima. Allah s.w.t Maha Mengetahui,
Dia Maha Melihat setiap tindak tanduk kita. Cukuplah,
sikap mazmumah kita itu takkan bertahan
lama. Harini kamu akan tersenyum bangga kerana melihat orang lain sengsara, derita diatas fitnah dan hinaan kamu,
tapi tak mustahil hari esok segala kebahagiaan yang kamu peroleh akan hilang serta merta. Allah
s.w.t Maha Adil. Kematangan tak memandang usia,
tua sekali pun kalau hati selalu berburuk sangka, selamanya akan tetap sama. Tak guna kalau menutup keburukan sendiri dengan menunjukkan sifat luaran
yang sempurna, sedangkan dalam hati, hanya Allah s.w.t yang tahu niat sebenar kamu.Tapi kalau cantik dalaman,
InshaAllah, luaran pun akan kekal indah di mata.
1 comments:
waahhh. dalam maksud ni.....
u make me "awas" juga.... ^^
Post a Comment