Followers

Saturday, May 11, 2013

Selamat Ulang Tahun Sayang

Broommm..Broommm by LittleGurl

Assalamualaikum w.b.t

11 May 2013

Umi,

Umi ingat tak masa adik diploma adik busy sangat buat taking off measurement sampai ke pagi. Pernah satu masa seminggu adik tak call umi, bukan lupa tapi adik tak sempat. Adik kan kalau call selalu nak gayut lama je, ada je benda nak story. Tapi masa tu busy sangat, ingat tapi takde call umi pun walaupun sekejap. Bila dah settle semua, barulah adik call. Umi tanya napa lama tak call umi. Gulp! Rasa bersalah sangat. Bukan lupa, langsung tak lupa. Cuma sebab kekangan masa adik tak sempat nak dengar suara umi. Tapi umi sikit pun tak marah, tak emosional, umi positif, cuma umi nak tahu sebab je. Mulai saat tu adik terus bertekad, walau apapun setiap hari mesti call umi walaupun 5 minutes J Sebab adik tahu walaupun umi tak suruh call, tak cakap rindu tapi dalam hati umi selalu rindukan anak-anak, apatah lagi anak-anak jauh dari umi menuntut ilmu, mencari rezeki halal. Umi, I love you.

Umi dari dulu tak suka dengar anak-anak mengumpat. Kalau bercakap pasal orang lain sokseksoksek mesti umi dah jeling. Umi selalu pesan jangan suka sangat bercakap pasal orang, kita pun tak sempurna. Umi selalu pesan biarlah orang buat apapun kat kita, janji kita mesti jujur & ikhlas. Bersihnya hati umi. Umi selalu sangat berbakti walaupun orang tak buat benda sama kat umi, tapi umi selalu ikhlas taknak apa-apa balasan. Sampai anak-anak selalu cakap, orang tak tolong pun kita pun. Tapi umi tak kisah. Umi kata buat apa-apa mesti ikhlas, sebab Allah selalu tengok apa kita buat, apa niat kita, kalau kita selalu nak pembalasan dari orang lain, hidup kita tak berkat. Sucinya hati umi. Umi, I love you.

Umi tak pernah marah anak-anak apatah lagi pukul. Umi jeling pun anak-anak dah tahu mesti ada yang umi tak suka. Anak-anak buat salah umi tak pernah tinggi suara. Apatah lagi kalau gaduh adik-beradik, umi memang tak suka. Umi selalu cakap adik-beradik umi walaupun kehidupan lain-lain tapi tak pernah bermasam muka. Umi selalu nasihat dan pesan dengan baik. Alhamdulillah, sehingga ke harini anak-anak tetap setia dengan umi, sebab umi seorang ibu yang penyayang, sangat penyayang walaupun nampak tegas. Umi, I love you.

Umi, disaat adik gembira, umi tetap bersama apatah lagi disaat adik sedih umi tak pernah jauh. Adik tahan air mata bila didepan umi, sebab adik nak umi tahu biar apapun adik lalui adik kuat macam umi. Tapi kadang kala adik lemah, adik nangis depan umi tapi umi tetap kuat memberi semangat. Kentalnya hati umi. Umi, I love you.

Umi, terima kasih tak terhingga dengan setiap didikan, pesanan, nasihat, kasih sayang umi terhadap kami selama ini. Hanya Allah s.w.t yang mampu membalas setiap kebaikan, setiap pengorbanan umi membesarkan kami. Adik sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan umi setiap waktu. SELAMAT ULANG TAHUN UMI SAYANG, semoga setiap hari yang kita lalui bersama mendapat keberkatan Yang Maha Esa.


 Subhanallah, aku amat menyayangimu, tak terucap dengan kata-kata -ADIK-








www.tips-fb.com

3 comments:

Siti Hajar on May 11, 2013 at 1:58 PM said...

Selamat hari jadi umi awak.
lama sangat tak jenguk sini. sedang mencari rakan2 blogger lama! Apa khabar tuan punye blog?

Kuasai Minda on May 11, 2013 at 10:51 PM said...

Sayangi ibu kita kerana mereka sangat sayangkan kita. Beruntung umi kerana ada anak yang baik macam awak....

Eiqa Almond on July 1, 2013 at 3:53 PM said...

Ayah kite pun minat bab camera2x niee. :) Tapi anak di nie jee x berapa nak minat, hahaa :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting