Followers

Tuesday, April 16, 2013

Ketenangan Yang Abadi

Broommm..Broommm by LittleGurl
Assalamualaikum w.b.t
Sejak akak kedua aku balik dari Mekah mengerjakan Umrah (Alhamdulillah) sebulan yang lepas, ramai sahabat handai yang lain juga mengerjakan umrah membuatkan hati meronta-meronta untuk menjejaki kaki ke sana, Insha Allah semoga dipermudahkan. Amin.

Bila tengok gambar kak cik dengan suami yang penuh nur kat sana berlatarkan kaabah, hati sayu menangis seorang diri, dapat rasa ketenangan kita pun ada kat sana :) Indahnya tanah suci Mu Ya Allah. 
Insha Allah jika niat kita baik, jujur, ikhlas dan merendah diri, Allah s.w.t akan permudahkan setiap perjalanan kita. Aku tertarik dengan setiap kisah dan pengalaman ketika mengerjakan umrah di sana. Pengalaman sebelum dan kesan selepasnya dimana disebut sebagai Umrah Maqbul/Haji Mabrur. 
...............................................................................................
“Ibadah haji hanyalah satu proses. Yang dicari ialah “output”nya,” kata saya.
“Maksud abang kesan haji?”
“Ya. Daripada output itulah dapat diukur apakah haji itu mabrur atau tidak,” jelas saya lagi.
“Apakah kesan haji?” tanyanya lagi.
“Takwa dengan Allah. Berakhlak sesama manusia.”
“Siapa yang mampu mengukur takwa dan akhlak?”
“Payah sekali. Terlalu maknawi. Tetapi sekadar boleh diagak-agak.”
“Oleh siapa?”
“Oleh yang empunya diri.”
“Bagaimana?”
“Melalui rasa hati.”
“Bagaimana?” 
“Bila terasa ringan melakukan kebaikan, berat melakukan kejahatan. Mudah merendah diri. Mudah rasa berdosa dan segera bertaubat. Tutur kata menjadi lembut dan senang sekali untuk bersedekah,” saya menceritakan semula apa yang pernah dipelajari dahulu.
“Kita sepatutnya bermuhasabah kenapa ada orang yang begitu berbangga bercerita tentang beberapa kali dia mengerjakan haji dan umrah tetapi perangainya tidak pernah berubah… Masih tega menzalimi, mengumpat dan menipu orang lain.”
“Sahkah haji yang begitu?” tanyanya untuk mendapat kepastian.
“Jika tepat syarat dan segala rukunnya memang sah, tetapi tidak mabrur!”
 Setelah dialog itu berakhir, dalam hati saya terpahat satu kesimpulan:
Janganlah hendaknya diheboh-hebohkan sudah berapa kali kita telah melaksanakan haji dan umrah tetapi tanyalah diri sendiri, sudahkah akhlak kita bertambah baik setelah itu? Apalah gunanya memiliki beratus-ratus pokok buah-buahan tetapi sebatang pun tidak menghasilkan buah?

Kisah lebih lanjut disini
                                 ...............................................................................................
Tanda-tanda memperoleh HAJI  MABRUR
PARA ulama telah membuat kesimpulan tanda-tanda bila seseorang jemaah haji mendapat “HAJI MABRUR” yang antara lain adalah :
1. Seseorang itu ternampak perubahan pada sikap, wajah, akhlak dan cara hidupnya apabila ia kembali dari tanah suci Makkah dan Madinah.
2. Amal ibadatnya bertambah baik dan ia rajin melakukannya berbanding sebelumnya. Dia tidak lalai dan cuai melakukan amal ibadat kepada Allah.
3. Dia terus meninggalkan apa-apa sahaja perkara maksiat dan dosa apa lagi perkara-perkara makruhpun terus dijuhinya dalam hidupnya sehri-hari.
4. Sifat-sifat jahat dan keji seperti tamak, hasad, dengki, riya’ takabur, bakhil, angkuh, membazir, boros dan sebagainya terus ditinggakan dalam urusan kehidupannya.
5. Dia menjadi seorang yang berakhlak baik seperti bertawaduk, merendah diri, tolong menolong, dermawan, bercakap benar, amanah, jujur, bersedekah dan akhlak-akhlak terpuji.
6. Ibadat hajinya dapat membentuk dan membina akhlak serta peribadi dan cara hidupnya sepanjang hari.
7. Dia menjadi seorang yang benar-benar mukmin sejati dan bertakwa kepada Allah SWT.
8. Ibadat hajinya memberi kesan positif terhadap sikap dan tingkah lakunya dari segi perjuangan, kegigihan, keadilan dan sebagainya.
9. Dia terus menjaga solatnya dengan baik dan sentiasa bejemaah setiap waktu.
10. Dia selalu mengerjakan ibadat puasa dan puasa-puasa sunat serta ibnadat-ibadat lain.
11. Kalau dahulu dia seorang penjudi, pemabuk, penzina, dan sebagainya, tetapi sekarang dia terus meninggalkannya sama ada dosa kecil dan dosa-dosa besar.
12. Di kalangan wanita pula, kalau dahulu dia sering mendedahkan aurat, tetapi sekarang dia terus menutup auratnya sebagaimana dituntut oleh agama Islam.
13. Kesan daripada “Haji Mabrur” yang diterima Allah itu, seseorang yang baik akan bertambah baik lagi dalam urusan hidupnya sehari-haari.
14. Wang atau belanja yang digunakan untuk menunaikan haji, adalah dengan wang yang halal, kerana Allah itu tidak menerima kecuali yang halal lagi baik.
15. Waktu atau semasa mengerjakan haji, dia bercakap-cakap baik dan suka menolong orang, tidak membuat perkara-perkara yang dilarang, serta menyempurnakan rukun-rukun haji, wajib-wajib haji, dan meninggalkan perkara-perkara maksiat.
16. Niat hajinya ikhlas semata-mata untuk Allah bukan untuk mendapat gelaran haji dan sebagainya. 
17. Seseorang jemaah untuk mendapat haji mabrur, hendaklah menghayati firman Allah secara mendalam yang bermaksud : “Barang siapa yang telah difardhukan haji di dalamnya, maka janganlah melakukan persetubuhan, perkara-perkara fasik (perkara yang dilarang), dan jangan melakukan pergaduhan atau pertengkaran dalam masa mengerjakan haji itu.” (Al-Baqarah : 197).
18. Haji Mabrur itu hanya Allah Taala sahaja yang menentukannya. Tetapi ada tanda-tandanya.  
19. Setiap jemaah haji hendaklah membetulkan “niatnya” untuk mendapatkan haji mabrur

 sebelum berangkat ke TANAH SUCI. 

20. Kerana Nabi SAW bersabda bermaksud : “Haji Mabrur” itu tiada balasan (ganjarannya), melainkan syurga.” (Hadis daripada Abu Hurairah). Wallahu’alam.-
Sumber : Oleh Hj. Ibrahim Hj. Abdullah
.............................................................................................................
Semoga kita semua diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci dengan penuh keikhlasan dan pulang juga dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan tanpa ada perasaan was-was dan negatif dalam diri. Yang penting adalah hati, semoga hidup kita lebih diberkati. Insha Allah.



www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting