Assalamualaikum w.b.t
Lamanya tak membebel kat blog sendiri. Mihmih. Iyelah sejak menjadi seorang dewasa ni kehidupan pun dah makin berubah. Eceh. Keje makan tido la jawabnya sebab dah jadi dewasa kan haha. Mana sempat nak habiskan masa mengadap laptop 24jam. Oh nononom. Rutin setiap hari bekerja mencari rezeki, balik kemas rumah lepastu tido diselangi dengan solat,mandi,makan. Haii bunyi macam bosannya hidup kan? Hehe. Bukan, ni dah memang rutin hidup mesti kena teruskan. Kalu hati kata bosan, sampai bila-bila memang tak rasa la kebahagiaan, ye dak?
Sejak beberapa bulan lalu, aku suka curi masa sikit pegi MPH cari buku-buku ilmiah sikit. Dah dewasa ni fikiran pun kena jadi matang, dah takleh nak baca buku-buku tak berfaedah, umur pun makin meningkat, fikiran kena sentiasa positif, jangan berburuk sangka dan hati busuk. Aku ingat lagi zaman sekolah dulu suka sangat fikir bukan-bukan haish. Umi beli akak tracksuit baru pun nak dengki muahahaha, iyelah konon rasa mak tak sayang kita dok sayang kat kakak je. Padahal hati busuk dok fikir bukan-bukan eee tak senonoh hati tu kan. Bila dah besau panjang baru lah paham, umi beli kat akak je sebab aku punya baru lagi, akak aku main sukan mestilah dah lusuh koyak, oooo barulah paham erti kehidupan sebenar mihmihmih :D
Yelah, kadang hati tak salah tapi bila datang hasutan syaitan, pemikiran jadi berubah. Syaitan dok kata wehhh orang tu jahat, terus kita pun kata aahhh jahat tuh, dah la suka pinjam barang orang, hidup susah tapi muka tak tau malu dok pinjam hat oghang. Tengok, satu syaitan kata, bertambah tambah pemikiran kita. Begitu kuat hasutan syaitan sampai manusia tersungkur. Saat tu syaitan bertepuk tangan la jadinya sebab manusia ikut kata dia, bukan berfikiran baik dan mengingati Allah s.w.t.
Aku nak kongsikan apa yang aku dapat melalui satu buku bertajuk 'Jangan Biarkan Hati Derita'. Buku ni aku beli tahun lepas lagi kot dalam bulan 12 macamtu, yelah masa tu dok pikir sebab nak tamatkan zaman bujang so nak biar hati suci bersih hehe, dengan harapan nanti anak-anak pun kita dapat bagi bimbingan yang baik, InsyaAllah keluarga akan bahagia kelak. Amin.
Aku nak kongsikan satu tajuk dalam buku ni iaitu Hiqdu yang bermaksud dendam. Aku bukan nak focus pasal sikap dendam sesama manusia, tapi nak focus tentang kekuatan syaitan yang berusaha untuk menawan manusia.
----------------------------------------------------------------
Dari Jabir ra berkata telah bersabda Rasulullah s.a.w "Sesungguhnya syaitan telah putus asa untuk dipuja (disembah) oleh orang-orang yang mengerjakan solat di Jaziaratul Arab, tetapi masih mempunyai harapan untuk menghasut(menimbulkan permusuhan) diantara mereka" (HR Muslim didalam kitab Shahiya).
Untuk menanamkan was-was dan sikap permusuhan, syaitan mengembangkan sifat hiqdu (dendam) sehinga tercipta suasana yang kurang harmonis, curiga dan buruk sangka. Bila ada sedikit celah syaitan akan mengambil kesempatan itu agar celah itu semakin lebar menjadi "Ghillun" (benci).
Terputusnya tali pengikat kasih sayang, tertanam benih permusuhan, yang baik pun nampak keji dimatanya. Tertawa puaslah iblis melihat orang yang selalu taat beribadah tetapi hatinya penuh kedengkian. Beranjak dari sifat dengki inilah lahirnya perpecahan dan permusuhan sehingga umat menjadi berpecah belah.
...................................................................................
Semoga kita dijauhkan diri dari hasutan syaitan yang boleh menyesatkan kita. Kadang-kadang kita was-was dengan hati kita, betul ke tak ni dengan apa yang kita fikir, yang kita dengar, yang kita lihat. Masa itulah syaitan akan ada untuk membuat kita serba salah dan kalau kita tersilap langkah kita akan tewas. Maka wujudlah perasaan tak puas hati, itu tak kena, ini tak kena, hati tak tenang, kita selalu memikirkan keburukan orang lain dan kita tak nampak keburukan diri sendiri. Sejujurnya, buku "Jangan Biarkan Hati Derita" ni betul-betul menyedarkan aku tentang luaskan kehidupan yang Allah s.w.t beri untuk kita rasa, untuk kita hidup. Banyaknya dugaan dan ujian dari Allah s.w.t supaya kita menjadi hamba-Nya yang berfikir dan bersyukur.
Kadang-kadang kita rasa kita benar, betul tetapi rupanya kita salah. Kadang-kadang kita rasa diri kita salah, teruk, macam-macam, sebenarnya Allah s.w.t nak bagi kita ujian untuk hapuskan dosa kita yang lalu. Dugaan dan ujian itu sebenarnya kekuatan, jika kita tak pernah melaluinya, kita tak kan pernah berfikir cara menyelesaikannya, kalau kita tak pernah melaluinya, kita tak kan pernah tahu macamana nak selesaikan setiap masalah tersebut. Kita kena selalu ingat dan sedar, mungkin Allah s.w.t bagi ujian kita sekarang tetapi akan datang Allah s.w.t bagi kita bahagia? Atau Allah s.w.t nak beri kita ujian sekarang sebab di masa hadapan Allah s.w.t nak menguji kita dengan dugaan lebih berat? Kita taktau kan apa yang akan jadi pada masa depan kita? Macamana kita nak hadapi ujian tersebut kalau dugaan sekecil zarah sekarang pun kita dah rasa berputus asa, kita dah tak boleh hadapi dengan baik? Jangan menyalahkan takdir dan jangan menyalahkan Allah s.w.t Yang Maha Kuasa, apa yang kita laluinya ada hikmah disebaliknya. Sentiasa bersangka baik kepada Allah s.w.t dan cuba berbahagialah, InsyaAllah hati kita akan tenang dalam menghadapi apa jua musibah.
Cuba kita ingat kembali masalah yang pernah kita hadapi dulu, sekarang kita dah bebas dari masalah tu kan, Allah s.w.t dah bagi jalan kepada kita untuk selesaikannya dengan baik. Syukur Alhamdulillah, setiap masalah tu kita dapat hadapi dengan tenang. Memang setiap masa Allah s.w.t akan bagi kita dugaan melalui masalah-masalah, yang penting bersihkan hati dari segala prasangka, berfikir positif, maafkanlah jika ada yang melukakan hati kita dan berbuat baik kepada semua, InsyaAllah pembalasan Allah s.w.t akan ada jika kita jujur dan ikhlas, kita akan dapat selesaikan masalah dengan cara yang baik. Mungkin susah kita nak buat kan, tapi kita kena cuba, berusaha, berdoa & tawakal, Allah s.w.t Maha Pengampun dan Penyayang :)
Terima kasih sudi baca!
0 comments:
Post a Comment