Followers

Tuesday, April 29, 2014

Bff's wedding Part 1

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments

Assalamualaikum w.b.t

Got new job & new officemate, Alhamdulillah rezeki tahun ni. Tahu tak dapat kawan tu sebenarnya rezeki Allah bagi tapi tak semua sedar? Can imagine hidup tanpa kawan macamana? Aku taktau la orang lain macammana, but for me, kawan ni antara rezeki yang Allah bagi tanpa kita duga. Kawan yang paling berkesan adalah kawan yang benar-benar dalam hidup susah senang bersama. Buruk macamana pun kita, dia tetap terima. Selekeh macamana pun kita dia tetap ada setiap masa. Sedih macamana pun kita dia tak pernah hilang. Malah kita susah walaupun sekejap, dia yang hulurkan tangan, tak pernah mengungkit sedikit pun. Thats what we called  BestFriendForever. Bagi aku kawan tak sama dengan bff. Easy to say but hard to find. 

A few month ago telah berlangsungnya majlis perkahwinan dua kesayangan ni. Ya-Allah rasa nak nangis bila tengok dua-dua ni pakai baju pengantin. Tak terucap dengan kata-kata, rasa nak peluk lelama lepastu nak bisik, lepasni dah tak boleh la nak manja macam selalu sebab dah kawen. Olooo penangan orang perempuan memang macamni, sikit-sikit nak touching haha. Tapi betul la, bila semua dah kawen perasaan dia lain sikit, sebab dah sah jadi isteri kan, tanggungjawab mestilah dah berubah, kena ada komitmen. Tapi takpe, yang penting hati tetap dekat, doa yang menjadi pengikat.
Majlis kesayangan pertama, Fizah di Kuala Terengganu. Disebabkan semua malas nak drive jauh, dah dapat approval cuti terus beli tiket naik bas dari Putra ke KT. Perjalanan dalam 4/5 jam lebih kurang dari 11am. Sampai-sampai je dapat layanan istimewa sebab pengantin yang jemput kat stesen bas KT haha. Comel sangat pengantin ni. Orang yang sama jemput kitorang masa pergi Pulau Perhentian sebelum ni. Leh baca SINI dan SINI.
Penat pulak kalu nak cerita the whole event. Cuma satu nak cakap, I'm happy for you sayang! I love you. Please behave next time haha. 

Let's scroll to view pictures!  









Alhamdulillah sekali lafaz sudah menjadi isteri kepada Mr Remy. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat, menjadi ibu dan ayah yang baik untuk anak-anak yang soleh dan solehah. Amin.

Another wedding of my bff kesayangan in next entry! InshaAllah will update haha!






Terima kasih sudi baca!
www.tips-fb.com

Wednesday, April 2, 2014

New Year, New Spirit

Broommm..Broommm by LittleGurl 1 comments
Assalamualaikum w.b.t

After 3 months past by, baru terhegeh-hegeh nak update kan. But its seems like still in year 2013. Ya-Allah, times flies so fast. Banyak nak share everything in my blog, tapi sebab kekangan masa dan tenaga, semua berlalu begitu sahaja. Btw, hope not to late to wish everyone Happy New Year 2014. Hopefully everyone is doing well and always be happy. InshaAllah.

Alhamdulillah, kehidupan semakin baik dengan kesihatan yang baik juga. Terima kasih Allah kerana memberi aku peluang untuk terus bernafas dan meneruskan kehidupan. Alhamdulillah juga 2013 berakhir dengan seribu kenangan yang akan dikenang hingga ke akhir hayat. Banyak suka duka yang dikongsikan bersama dengan keluarga dan sahabat-sahabat tersayang. Bagi aku, setiap apa yang berlaku semuanya membuatkan diri kita semakin matang dan dewasa.

Let's roll the short 2013 memories >>>

Weddings
Semua dah besar panjang dan layak jadi isteri orang!


Dapat balik kampung & attend 2 wedding in the same time. Tahniah buat girlfriends tersayang di atas perkahwinan korang. Ya-Allah, bila tengok sorang-sorang dah jadi isteri orang rasa sebak pulak huuu. Ini geng bas sekolah zaman hidung berhingus lagi. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat! Amin :)

Become aunties!
Happy gila bila dapat tau one of my bff pregnant and we can't wait to see cute baby coming from her tummy! Alhamdulillah semua berjalan lancar dan here he is, adorable baby like his mummy :) Aunties love you Afif. Be a good son to your mommy & dad. Nanti tunggu anak sedara baru pulak dari 2 bff yang baru melangsungkan perkahwinan baru-baru ni. Oh excited!
Mommy betul yang belah kanan. Yang pegang Afif tu InshaAllah bakal mommy jugak sooner kikikiki

Raya

Syukur Alhamdulillah rezeki semakin murah so ucu leh kongsi duit raya lebih sikit tahun ni. Dapat berkumpul semua 1 family pada hari raya adalah perkara yang sentiasa dinantikan setiap tahun. Bayangkan awal tahun dah fikir nak pakai baju apa sama-sama padahal orang lain dah berkeluarga ada theme sendiri. Aku gigit jari je la dulu boleh.

Yang penting nak cakap raya tahun 2013 adalah pecah record sebab berat turun mendadak 4kg tanpa disedari. I never realize that until everyone asking me why kurus? Masuk tahun 2014 cita-cita nak naikkan berat badan, haaa amek kau berat naik lagi 6kg. Sekarang salah siapa pula? Haha!

Middle of 2013

Early 2014
Muka & overall physical dah macam pau kacang =( but nevermind janji hati senang 

Yang paling best masa Hari Raya Korban semangat dari malam raya lagi nak tengok lembu. Punya semangat berkobar-kobar tunggu sampai siap orang sembelih. Siap tolong sediakan air untuk pakcik-pakcik dan abang-abang yang sedang bertungkus lumus haha.

Open House


Jarang pergi open house sebab tak semua member kahwin lagi tahun 2013. Biasa pergi mesti rumah orang dewasa, ecehhh macam kita sebaya dengan baby pulak khonnnm. Sangat berharap tahun ni dapat jemputan open house yang banyak sebab tahun ni baru la ramai yang dah berumah tangga. Eh makan free sape yang taknak kikikikiki

Trip
Went to Perhentian Island with BFF! This is my first time snorkling dapat tengok baby nemo. Rasa nak pergi lagi!

Teater 
Berkesempatan pergi tengok teater dengan my beloved sister kat Istana Budaya. Macam biasalah got sponsor from brother in law, which is ticket free. Chowkit Road? Oh rasa nak tengok lagi. Dengar lagu Allahyarham Sudirman sampai menitis air mata, punya syahdu, dah aku ni kenapa? 

New Job

Alhamdulillah disaat dugaan datang, Allah memberi rezeki lain sebagai pengganti. Syukur tak terhingga, dah takde istilah mati kutu dah kali ni sebab ade geng office baru heeeeee.

My life just simple as that. I just appreciate everything happened in my life, the past & the present, we look through. Yang mana baik, jadikan input yang baik juga. Yang mana rasanya its not good for your future, then just leave it behind. Goodbye 2013 and welcome 2014. I'm hoping for something better onwards, semoga lebih dilimpahi rezeki yang murah serta halal dan berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin. InshaAllah.






Terima kasih sudi baca!
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting