Followers

Saturday, April 14, 2012

Sesaat nyawa kita mungkin hilang

Broommm..Broommm by LittleGurl 3 comments
Assalamualaikum w.b.t

Saya ada sesuatu untuk dikongsikan bersama. Iya, menggunakan kata ganti nama 'saya' untuk entry kali ini.  Semoga apa yang ingin saya kongsikan dapat kita sama-sama fahami diakhir cerita. Perjalanan cerita mungkin tidak menarik sebab ianya hanya mengambil masa dalam 30minit (pengalaman sebenar), tetapi membawa seribu makna.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi tadi saya bangun dan tersedar disebabkan sakit perut secara tiba-tiba. Terus capai tuala mandi dan bergegas ke bilik air tanpa was-was. Setelah lepaskan hajat, tiba-tiba kepala saya berdenyut dan seakan-akan ingin  muntah. Namun saya terus bersedia untuk bersiram (mandi), konon nak melawan perasaan itu. Bila difikirkan balik, aku demam ke? Food poisoning? Oh tidak! 

Beranggapan bahawa itu mungkin hanya perasaan sahaja, saya terus membuka paip shower untuk menyucikan diri. Tiba-tiba sekali lagi kepala saya berdenyut. Fikiran melayang layang seolah-olah ingin menyembah bumi. Ya-Allah, kenapa ni? Saya terus menutup pili paip dan bersedia keluar dari bilik air. Tapi saya tak mampu. Kepala saya berterusan berdenyut. Lama kelamaan saya sedar, pandangan saya semakin kabur. Saya tak nampak! Saya takut untuk memejam mata sebab saya risau, macam mana nanti kalau aku pejam dan celik nanti aku terus tak akan nampak? 

Mulut saya tak habis-habis beristigfar. Ya-Allah, Ya-Allah, Ya-Allah, Astagfirullah Al Azim, Ya Allah bantulah aku. Hanya itu yang saya mampu ucap dibibir. Sungguh berat ujian Mu walaupun hanya berlaku sesaat Ya-Allah. Mata saya terus celik namun masih tidak nampak apa-apa. Kosong dan kabur. Saya cuba gerakkan tangan didepan mata, berharap agar masih nampak bayangan. Namun tak berhasil! Ya-Allah, apa dah jadi kepadaku? Saya tak mampu melihat dan saya terpaksa duduk untuk menenangkan hati. Setelah beberapa minit mungkin, saya masih lagi tak mampu melihat. Saya terus bangun, terkapai-kapai tangan dan mencapai tombol bilik air, bersedia untuk keluar.

"Along! Along!" Saya menjerit sekuat hati dengan suara yang sebak. Namun tiada sahutan. Hati saya menangis lagi. "Along!Along!" Saya tetap berusaha sambil tergapai-gapai mencari jalan untuk sampai ke bilik. Saya hanya menggunakan deria hati untuk bergerak. Ya-Allah, beratnya dugaanMu! " Ye dik, along pergi pejabat maintenance." Alhamdulillah, abang ipar saya bersuara akhirnya. "Abang min, adik tak nampak! Adik takleh jalan, adik tak nampak!" Suara saya semakin sebak. "Ya-Allah, kenapa? Nanti abang min call along dulu"  Abang min terus meluru ke arah saya. Dia pimpin tangan saya dan membawa saya ke bilik. "Adik baring dulu". Kelam kabut abang min barangkali sambil menelefon along. Saya tak tahu macam mana situasi sebab  saya tak dapat lihat apa apa pun.

Saya cuba lagi memegang mata. Menggosok perlahan. Saya cuba cubit pipi. Iya! Aku tak bermimpi. Ini adalah realiti. Ya-Allah, adakah aku sudah mula tiada deria melihat, aku buta? Bermacam-macam perkara wujud difikiran. Air mata saya terus bercucuran, mulut saya tak henti-henti mengucap khalimah syahadah. Terus terngiang dibenak fikiran, umi, adik beradik, sanak saudara, sahabat handai, dan guru-guru. Ya-Allah, jika ini dugaanMu terhadapku, aku redha. Tapi berikanlah aku kekuatan Ya-Allah. Aku hambaMu yang lemah. Disaat saya berasa lemah longlai, pada masa itulah saya terlintas setiap apa yang terjadi adalah ketetapan Allah s.w.t. Setiap apa yang kita ada, bila-bila masa sahaja Dia akan tarik semula. Sungguh agung kuasa-Mu Ya-Allah!

Abang ipar saya datang lagi menjenguk "Adik dah ok?" "Belum nampak lagi" saya masih lagi menangis.

Jiwa saya seolah-olah mati. Tapi saya masih yakin Allah s.w.t hanya ingin menguji dan pada saat itulah juga saya menadah tangan "Ya-Allah, aku tak pasti apa yang aku alami ini Ya-Allah. Namun jika ini adalah dugaan-Mu, jika ini adalah ketetapan-Mu, aku redha Ya-Allah, aku redha." Saya tak mampu berbuat apa-apa, saya hanya berserah. Saya hanya mampu redha qada' dan qadar Yang Maha Esa.

Tetapi, Alhamdulillah beberapa minit berlalu, ketika saya duduk dibucu katil dan meratapi nasib diri, mata saya yang kabur tiba-tiba pulih semula. Saya nampak katil, saya nampak meja solek, saya nampak almari! Ya-Allah Engkau berikan penglihatan aku semula! Alhamdulillah! Alhamdulillah!Subhanallah! Terima kasih Ya-Allah! 

Hanya Allah s.w.t yang tahu betapa gembiranya hati. Walaupun hanya beberapa minit perkara ini berlaku, sungguh agung kuasa Allah s.w.t.  Saya tak pasti apa yang sebenarnya berlaku, namun saya tahu ini adalah ujian daripada Allah s.w.t. Untuk kita lebih menghargai apa yang kita ada, untuk kita lebih mengerti apa sebenarnya tugas kita di bumi Allah.s.w.t Subhanallah, Maha Suci Allah yang mencipta sekalian alam.

-----------------------------------------------------------------------

Saya call umi, menangis tak henti-henti sambil menceritakan apa yang terjadi. "Adik ingat adik dah buta umi" Ya-Allah lemahnya hamba-Mu walaupun diuji hanya sekejap sahaja. Umi kata saya pitam sebenarnya. Tapi sebab saya bertahan, dan tak berani nak pejam mata, jadi pandangan saya kosong dan gelap. Jujur saya katakan, pengalaman ini memang menakutkan. Bukan takut dengan kuasa Allah s.w.t, sebab saya takut jika andainya saya betul-betul hilang deria penglihatan secara tiba-tiba begini, adakah saya mampu menerima setiap dugaan? Adakah saya mampu menjadi muslimah yang kuat, sedangkan ketika mempunyai pancaindera yang sempurna pun saya tidak kuat? 

Saya bersyukur kerana Allah s.w.t sentiasa menyayangi saya, sentiasa memakbulkan doa saya walaupun saya begitu kerdil disisi-Nya. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dan saya memanjatkan kesyukuran apabila celiknya saya semula melihat dunia, saya mendapat panggilan dari sebuah syarikat. Alhamdulillah, saya diterima bekerja dan akan memulakannya minggu hadapan. Ya-Allah, ujian-Mu ini hanya untuk menguji kekuatanku. Percayalah setiap yang terjadi ada hikmahnya. Semua itu untuk menjadikan kita manusia yang lebih kuat rasa bersyukur.




Kadang kadang ALLAH S.W.T berikan kita gelap, mendung dan hujan. Kita tanya mana matahari? Rupanya ALLAH S.W.T nak bagi kita pelangi yang indah. Alhamdulillah 







Terima kasih sudi baca!

www.tips-fb.com

Thursday, April 12, 2012

Spontaneous Word

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Assalamualaikum w.b.t



Apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya kerana mungkin satu kelemahan kita mungkin akan menjauhinya. Andai kita ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukannya kita akan membencinya. Terimalah juga setiap kelemahannya kerana kita juga tidak sempurna. 
Pilih dirinya kerana Allah s.w.t. 







Terima kasih sudi baca!
www.tips-fb.com

Friday, April 6, 2012

Review Teater Gerimis Mengundang

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Assalamualaikum w.b.t

Nak dijadikan cerita, aku dapat offered for an interview kat kepong last week. Means that aku sekarang berada kat KL bukan kat Kelantan seperti yang diwawarkan sebelum ni. Aktiviti memasak aku automatically dah berhenti sejenak. Tau tak bila aktiviti memasak aku berhenti otak aku terus jadi slow 75%. Otak tak dapat berfungsi dan generate dengan baik sebab idea memasak dah hilang haha. Maka aku punya semangat untuk interview juga mula hilang *tiba tiba. Lepastu soalan yang ditanya juga membuatkan aku rasa seperti soalan berapa jumlah tulang seekor unta, siapakah presiden amerika sebelum Bill Clinton, lagu sepanyol "Macarena" dinyanyikan oleh siapa blablabla well only a millionaire can answer. Ingat senang ke nak cari jawapan. Eh padahal soalan semua berkaitan dengan course aku taking off, estimations, costing etc. Tapi nak generate the idea punyalah lambat hahaha. This week pun i got an interview juga. But it's turn to be more confident. Sebab the person who incharged for the interview sangatlah baik and sporting :) Semoga rezeki murah tahun ini. Amin. Doakan kiteww yewwwwww =")

Actually bukan nak cerita pasal interview tersebut ehm ehm padahal dah abes satu paragraph pun :) Itu hari aku kan macam tension sikit sebab first interview tu aku tak berapa nak satisfied. So i planned something for make me feel better. Mungkin keluar makan angin or go to window shopping, perhaps.

But it was lucky me when my brother in law cakap ade tiket free for watching teater Gerimis MengundangOmjaayyyyyy! Lamanya tak tengok teater so i was so exciting :)
Ok first snap tiba-tiba nampak awan mendung kat muka kamal dengan mikha. Terus aku rasa down bergambar dengan awan pula T__T
Yayyyyy awan dah hilang LOL

The last time aku tengok teater adalah Impak Maksima. Mungkin dalam tahun 2008 macamtu. Memang dah lama. Pulak tu Gerimis Mengundang pun merupakan arahan Ahmad Idham juga, sama dengan Impak Maksima. So the way they handle and control all the things just look the same. Paling aku suka sebab both cerita sangat best and langsung tak boring! Give a big clap to Ahmad Idham!!! Papppppaapppappaapppp!
Ok simple sinopsis by me:
Teater Gerimis Mengundang
Mengisahkan seorang jejaka playboy yang dikenali sebagai Kapten Zamani (hewhewhew dalam teater ni banyak background music semua lagu Zamani), lakonan Kamal Adli. Si jejaka playboy ni sangatlah femes dengan kehenseman beliau dan perwatakan beliau yang konon konon macam gentlemen gitewwwww. Si Kapten Zamani mempunyai ramai sahabat dan yang paling rapat adalah si babyboyyy (pelakon ape celop tu) auuwww. Si babyboy juga mempunya seorang kekasih hati iaitu si Girlgirl. Si babyboy dan si girlgirl adalah pelajar di sebuah akademi. Nama akademi tu lupa pulak ape. Nak dibuatkan cerita, wujudlah seorang pelajar baru di sebuah akademi iaitu pelajar jakarta, lakonan Mikha Tambayong. Cantik menarik tertarik kau memang ngebom menyebabkan seluruh pelajar meminati si cantik molek ini. Termasuklah si Kapten Zamani yang playboy itu begitu bersemangat ingin menjadikan Cinta sebagai buah hati. Pungpangpungpang bermulalah kisah cinta mereka yang penuh kasih sayang itu. Nak dibuatkan cerita lagi, pada suatu hari bermulalah al-kisah dimana abang angkat si Cinta menggemparkan cerita bahawa si Kapten Zamani adalah seorang playboy! Pulak tu mengandungkan anak si polan si pulun ni. Apalagi maka patah seribu kekesalan si tuan badan Cinta membawa diri pulang ke Jakarta. Apa yang bakal terjadi kepada Kapten Zamani? Betul ke Kapten Zamani membuntingkan anak dara orang? Adakah beliau benar-benar menyintai Cinta dengan sepenuh hati?


Haaaaaaa itu kena pi tengok sendiri la naaaaa. Tak seprais lah kalau nak cerita semua babak hehehe. Pada aku teater lebih best dari drama. Sebab teater setiap saat setiap detik kau boleh menghayati setiap scene tau? Ketawa sepanjang teater berlangsung adalah sesuatu perkara biasa. Memang tak kering gusi sebab mesti ada selingan musical. Ohhhhhhhhhhh aku suka teater wehhhh! Kerat jari tahu? Eh eh overrryaaaaaa kitewwww. =)
Tapi aku tak sure pulak bila last teater ni. Rasanya mungkin dalam minggu ni kot. Weh korang boleh ambik gambar live dengan Kamal Adli dan Mikha tu. Mikha sungguh cantik malam tu. Bak kata my Fahrin Ahmad, cantik make up je, jangan pandang muka cantik. Grrrrrrrrrrr lebih-lebih pulak kan dia. Tapi honestly, Mikha was so pretty! Geram tau. Eh eh.
Sorry malam tu quality camera tak begitu mengancam. Snap pon asyik nampak kilauan awan emas tak kesudah. Tak sempat nak setting setting sebab peoples was so crowded. Lagi lagi nak bergambar with two young ladies there. Eh eh Kamal bukan lady ye tuan tuan puan puan. He was gentlemen and so sweet ololololo. Paling suka ayat dia dalam teater tu 'eh tak suka la kamal adli tu. dah la gigi jarang kat depan' hahahahaha aku bantai gelak kuat-kuat tang tu jugak. Kamal Adli is the coolest person :)


Apapun thanks to lovely brother in law sebab bagi tiket for free hehehe. And thanks also to my dearest sister sebab selalu ada bersama for gossip gossip wakakaka. Kalut tau nak pilih baju masuk teater sebab kena pakai kasual. Itu pun aku main hentam saja. Konon kasual padahal macam nak pegi pasar beli sayur. Hukhukhukhuk.




Terima kasih sudi baca!
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting