Followers

Saturday, October 12, 2013

Reset Your Mind

Broommm..Broommm by LittleGurl 1 comments

Assalamualaikum w.b.t

Siapa yang pernah rasa disakiti? Saya juga pernah. Tapi percayalah hidup ini terlalu singkat, ada suka ada duka silih berganti. Ajal maut kuasa Allah tiada siapa yang boleh jangka. Dan setiap perjalanan hidup kita juga sama, ada pasang surutnya. Sakit yang kita rasa jangan kita peduli kerana Allah s.w.t lebih mengetahui isinya, sebab dan akibat rasa itu hadir. Cuma apa yang penting hanyalah bersabar dan maafkan sahaja sesiapa yang menyakiti. Memaafkan bukan bermaksud kita lemah, tapi mengalah dari menambahkan lagi ketegangan yang ada. Sebab kita hanya manusia biasa tak mampu untuk menutup mulut siapa-siapa untuk bersuara, walaupun mungkin ianya betul atau salah.

Percayalah, setiap kebaikan keburukan akan ada balasan dari Allah s.w.t. Allah sentiasa ada untuk menilai kita, untuk melindungi kita, untuk menjaga kita tanpa jemu. Kita diberi akal untuk berfikir, kita diberi hati untuk rasa dan kita diberi waktu untuk melakukan setiap amalan. Tetapi hanya pada Allah sahaja kita berserah dan tawakal.

Pada saya, biar orang kata apapun yang pasti kita jangan pernah menyakiti. Jujur dan ikhlas perlu ada pada diri walaupun tiada siapa yang sempurna tapi kita harus berusaha untuk menjadi yang terbaik. Jangan pernah ada perasaan hasad dengki dalam diri. Kerana ianya hanya perkara yang sia-sia. Jangan terlalu suka menunding jari kerana kita juga tidak sempurna. Boleh jadi orang yang kita benci, tak suka itulah sebenarnya lebih baik dari kita, kerana kita hanya nampak keburukan orang lain sahaja, sedangkan dia sentiasa mencari kebaikan kita. Betapa daifnya pandangan mata hati kita terhadap orang lain. Apatah lagi kita disisi Allah. Pernah kita terfikir betapa banyaknya kelemahan kita yang Allah sembunyikan, sedangkan dimata orang lain kita dilihat begitu sempurna. Subhanallah.

Jangan bangga dengan kelebihan diri, dari segi harta, pangkat, darjat dan rupa. Itu hanyalah satu ujian buat kita. Jika kita angkuh dan sombong, bila-bila masa sahaja Allah akan tarik segala kenikmatan dan kemewahan yang kita ada. Dan dimana tempat kita di masa itu? Sama sahaja dengan orang lain. Samada di atas atau di bawah, kita semua sama. Tiada beza. Hanya amalan dan tingkah laku kita yang akan dinilai dari pandangan Yang Maha Esa, bukan sejumlah wang.

Ayuh bersihkan hati kita dari perkara mazmumah seperti bersangka buruk, iri hati, saling menyakiti dan gantikan hati dengan bersangka baik, bersabar, sentiasa membantu, berlembut bicara, dan berkasih sayang. Setiap hari kita mulakan hari yang baru, bak kata pepatah buang yang keruh ambil yang jernih. Jika kita sentiasa berfikir yang negatif, bermakna hati kita akan sentiasa negatif. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Cuba kita tenangkan hati dan semaikan kasih sayang kepada semua orang, hargai setiap orang yang ada disekeliling kita, pasti bahagia itu akan wujud dalam hidup kita. Kalau bukan diri kita sendiri yang berniat baik, siapa lagi kan? Orang  lain tak mampu mengubah diri kita, mahu atau tidak, semuanya terletak pada minda kita sendiri. Think.
“Pastikan akal itu kasih sayang, akal itu murah hati, akal itu bersyukur. Yang penting reset minda menjadi insan yang lebih baik & positif.” (Prof. Dr. Muhaya)








Terima kasih sudi baca! 
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting