Salam 1 MALAYSIA buat sume..
Sempena hari ibu ne..i'm dedicated some poem to my mom ..
Umi..tatkala melihat wajahmu
aku tersenyum
aku terpesona
kedut wajahmu
membuatkan aku tersenyum lagi
ah!
sudah terlalu lama kau menjagaku
jerit perih semua ditanggung
hanya kerana ANAKMU
Umi..saat engkau bangun setiap hari
menyuap nasi ke mulut anakmu
bekerja siang dan malam
hanya kerana membesarkan kami
tidak pernah merasa jemu
tidak pernah menyesali
kehidupan lalu
menjadikanmu kuat,tabah
ah!
aku ingin menjadi sepertimu
wanita yang teguh hatinya..
Umi..setiap saat dalam hidupku
ada dirimu dalam jiwaku
semangatku adalah kekuatanmu
aku berdiri hanya untukmu
Terima kasih umi..
kasihmu tidak pernah hilang
cintamu kekal dalam hatiku..
sebagaimana sayangku padamu
yang tak pernah jemu..
Selamat hari ibu umi..
Semoga Allah s.w.t memberkati dan merahmatimu..
UMI..Tiada penggantimu dalam dunia kami...
Hari Ibu sedunia. Bagai menunggu bulan jatuh ke riba..camtu jgk perasaan aku ble menunggu Hari Ibu setiap tahun. Walaupun bukan semeriah smbutan hari raya atau smbutan hari2 lain yg istimewa..namun Hari Ibu hari yg paling bermakna dlm dunia sebuah keluarga. Ibu merupakan insan yg berpenat lelah menjaga anak2 dr kecil sehingga dewasa. 9 bulan dlm kandungan bukan lah mudah utk dijaga. Ye..aku masih blum bpengalaman. Tp mendengar crita umi sdiri,kakak dan saudara membuatkan aku terpegun. Ah..kuasa Allah..betapa tingginya daulat ibu kita berbanding seorang ayah.
Hargailah pengorbanan ibu. Tanpa dia,xkan wujud kita di dunia ini. Hadir kita adalah dari 1 perjuangan yg bukan semua yg berjaya mengharunginya. Mengapa perlu ada insan yg menderhaka kepada dia? Dia tidak bersalah. Yang salahnya adalah kita yg tidak mahu sedar akan kekurangan diri. Harta,benda bukan lah nilai. Sume itu hanya sementara. Ibu dan keluarga adalah aset penting dlm hidup ini. Mereka lah darah daging kita. Ape salahnya hadiahkan Ibu satu ciuman,bukan sepak terajang atau memaki mereka dengan sesuke ati...sangat tidak bermoral,tidak bertamadun..
Hargailah ibu kita...dia lah segala2nya dlm hidup ini...
SELAMAT HARI IBU UMI...ADIK SAYANG UMI..
0 comments:
Post a Comment