Followers

Monday, September 2, 2013

Salam Kemerdekaan Yang Ke-56

Broommm..Broommm by LittleGurl 1 comments
Assalamulaikum w.b.t

Teringat masa kecik dulu sambutan merdeka sangat superb meriah dekat hometown tanah tumpah darahku. Tapi boleh kira dengan jari berapa kali pergi sambut dekat stadium, mungkin sebab tak nak berpusu-pusu dengan orang ramai. Yela baby johnson lagi kan iolss masa tu hiks.
And luckily me kali ni berjaya pergi terjah sama-sama dengan sister and her family menyambut hari kemerdekaan. I was passionate to hear about that! Terus setuju nak ikut.

Bagi aku sebagai rakyat Malaysia kita kena panjatkan kesyukuran kerana masih lagi bernafas dengan kesihatan yang baik di negara kita. Alhamdulillah, syukur. Ada orang kata sambut hari kemerdekan tu mengundang maksiat? Abaikan orang begitu. Belum apa-apa dah fikir sudut negatif kan. Saya datang dengan family, ramai datang dengan family. Think with positive perspective.
Bagi aku, sambutan hari kemerdekaan juga penting sebagai tanda kita bersyukur dilahirkan disini, tanah tumpah air kita. Who should support our own country kalau bukan kita?



Tengok semangat para pejuang kita yang tak pernah bertungkus lumus mempertahankan dan menjaga keselamatan negara. If we don't have any time to go somewhere for a celebration (me either sometimes), just stay home and pray for our happiness, for our own good, to get blessed from Allah s.w.t. Janganlah cakap bukan-bukan sebab yang salah tu orang yang menyalahgunakan sambutan istimewa kita. Bukan kemerdekaan ok? Hargai setiap pengorbanan pejuang kita sebelum ni. Masa sambutan merdeka ni aku tengok jentera nak berperang pun dah rasa syahdu T____T, lepastu dok sokseksoksek dengan along, betapa cekalnya hati para berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir hmmm.


Merdeka juga bermaksud kemerdekaan jiwa, emosi dan pemikiran kita, not just a word. Buka minda dan sentiasa membuat keputusan yang baik, jangan gopoh-gopoh and to be matured seiring dengan usia. I'm imperfect too, jadi kita sama-sama usaha. Go and get knowledges hingga ke negara cina selagi mampu. Hentikan mengkritik-kritik orang lain sebab semua tu tak bagi apa-apa input baik. Be nice to everyone, learns and shares together, dalam erti kata lain banyakkan sifat kasih sayang giteww :)
I'm proud to be Malaysian, i'm proud to be who i am now, i don't need much, i just want to be happy, with whom i love, with whom i spend with, with whom always love me.

Tapi dalam kita bersyukur dan gembira, kita jangan lupa sentiasa doakan kepada yang telah tiada, samada saudara kita di sini atau di sana, yang sedang bertarung nyawa memperjuangkan agama kita. 

Ya-Allah, lindungilah keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami dan saudara-saudara kami dari sebarang kepayahan, kesusahan, keperitan dan kesakitan supaya kami dapat beribadah kepada-Mu dengan sempurna dan dapat menjalani kehidupan dengan baik. Berikanlah kami kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat Ya-Allah, berikanlah kami kekuatan hati dan jiwa untuk kental menerima setiap ujian dan dugaan-Mu. Amin.










Terima kasih sudi baca!
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting