Followers

Showing posts with label I am graduated. Show all posts
Showing posts with label I am graduated. Show all posts

Thursday, November 3, 2011

Graduan terhebak

Broommm..Broommm by LittleGurl 4 comments
Assalamualaikum w.b.t


Hello peoples? How are you doing? ;)

A few days ago, along and family balik rumah emergency sebab my brother in law punya kakak terpaksa dimasukkan ke wad ICU. Aku pon pegi jugak lawat dia kat hospital and what i can say, it was speechless. Kak Te' (nama panggilan) langsung tak boleh gerak and paling tragis tengok wayar berselirat kat area badan dia. Hmmmm doctor kata ade infection kuman sampai ke otak. Yang aku tau dia ade kencing manis dan batu karang dalam pundi kencing (i guess). Her condition still the same until now. Tapi abah (my brother in law punya abah) cakap Kak Te' ade jugaklah nampak macam bergerak sikit berbanding the first day masuk spital haritu. Tapi masih tak sedar lagi. Alhamdulillah. Hopefully her condition is become more better. Let's pray to her may get well soon.

Ok berbalik kepada tajuk asal. Seperti yang dijanjikan aku nak hupdate tentang my convocation's day! Well on 23rd October last week, aku telah pun berjaya bergelar (eh eh bergelar?) sebagai graduan yay! Let's have a big clap for me teeeheeee. Helo sape yang tak esaited macam aku kan sebab dah bergelar graduan. Everyone should be happy just like me. ;)

 look at him budak comel kat atas tu. esaited kemain nak pergi kombo ucu kan kan kan teeeheee

Nak dibuatkan cerita aku and the geng dah berpakat nak pakat the same colours on that day. Konon nak ikot themes sebab nak bergambar sama-sama hihi. But unfortunately night before convocation's day tu, aku tengah sibok nak matchingkan tudung and baju (ceh malam tu baru sibuk nak matching bagai). Then boleh pulak akak, akak ipar and abang aku kata baju aku buruk. Sebab dorang kata konvo degree sekali seumur hidup je so kena makesure colour kena striking and tak tenggelam masa pakai jubah. I was like eh kaler grey kan memang lah nampak suram la berbanding oren sobsob. Sentap hati mak nak whoaaaaaaaa. Aku memang dah bad mood gila. Aku siap explain lagi ini dah ikut themes dengan geng bas sekolah. Then my bro cakap 'ikutlah kalu nak nampak buruk time konvo'. Huh?

Sampai hati -_-'

Abang aku beria suruh pakai baju lain. Yes, ade baju lain tapi bukan aku punya pon kakak ipar aku punya actually. Dengan bad moodnya aku try, yeah, meman padan and suit very well. Disebabkan nak jaga hati sume orang, so aku terpaksa buat decision tukar themes. Eh aku sorang je ni dah tersalah themes camno?

Anyway, aku bersyukur sangat-sangat sebab masa konvo luckily dapat berkumpul sume dengan my bestie hoyeeaahhhhhh. It doesnt matter even themes tak sama dah, tapi paling penting the moment that we shared together. Bukan senang nak kumpul ramai-ramai camtu sebab dalam dewan dah berpecah. Yelah, kan ikut list nama and paling sedih nama aku selalu terbelakang sobsob. But i don't mind sebab masa dalam dewan kitorang dah keep messaging nak jumpa kat mana lepas settle majlis. 

The precious moment is to be with our bestie on our special day! Yes, i am so happy with that ;)

Here is my convocation's day!


honestly for the second time konvo baru boleh nampak details atas stage. sebelom ne layak duduk belakang je sobsobsob ;"( 

 Yeah it was me! ;)

 My bestie ever! Teman suka duka through my diploma and degree in Quantity Surveying, mereka inilah. Sporting gila. Nak korek hidung atau sendawa sekuat mungkin pon tak kesah teeeeheeeee ^^
Psstttttt bukan aku sorang je tak ikot themes muahahaha

Mira, one of my lovely friend. Actually nak ambek gambar dengan setiap orang tapi time ni sume dok kalut nak balek, nak pergi dekat family pulak, nak pegi snap pic kat studio, nak pergi hantar jubah sobsobsob. The times flow so fast whoaaaaa. So just ade gambar the whole geng only. Tapelah, janji dapat kumpul and celebrating together yeah!!!! ^^

 Thanks a lot to my gojes sista in the world! Automatically jadi photographer on that day haha. Thanks along sebab spend the whole weekend with me and umi. Labiu muas muas! ;)

Me and my couple. hahaha couple la kan? Same colour hikshikshiks. 
This is my only one. Time kecit sampai i dah besar panjang (ke??) hanya pernah cubit i sekali je time kecit sebab malas mandi muahahahaha. So sweet kan sebab umi tak pernah garang-garang pon hihi. Yelah, it is because anak dia pon bersopan santun auuuwwww auuuwwwww *pang*

 hai saya adalah graduan ^^

 hey budak comel yang suka posing peace tapi tak jadi. geram gila grrrrrrrrrrrrr

 the one who always give me strength and support yes!

look at him buat muka grrrrrr! dah la siap bawak sekali dengan spongebob tu. 
You know what spongebob tu beli bukan masa konvo tu, tapi bawak dari rumah -_-'


"Try not to be a woman of success, but rather to become a woman of value" 
Alhamdulillah finally ;)

Thanks to my sister, sister in law and brother sebab kutuk baju aku buruk kan hahaha. Yeah you're right. Nasib baik tak pakai grey/black, mesti nampak suram gambar aku sobsob.

Family is everything ;) 

Yeah esokkan lepas convocation's day terus pegi ambek pictures dari studio (sebagaimana di atas). Nasib baik konvo bukan hari masa ambek gambar tu. Sebab hujan lebat gila waktu petang. Kesian kat parent and student yang celebrating convocation on that day. Tapi nak buat macam mana hujan rahmat tu huu huu.

After took lunch masa convocation tu, balik rumah along terus nak snap snap lagi haha. Yelah tak sempat nak bergambar sangat pon sebab masa aku konvo cuaca gila panas. Memang hot hot spicy kalau berjemur tu mau terbakar macam ayam panggang cet.

Budak kecit (nama dia yiem) kat atas ni memang suka buat lawak. Kiranya lawak dia hanya dia yang tau. Tapi dia tak gelak pon. Kitorang yang terbahak-bahak. Ok fine, boleh masuk maharaja kecit lawak. Pulak.

 Yeah sepatutnya jambangan (eh?) bunga ni ade 3 actually tapi gamaknya macam tak cukup satu sebab budak kacak (lah sangat) tak dapat datang oleh kerana tekun mencari nafkah untuk i auuuwwww auuuwwwww (stop please).

 Dah la comel pakai baju bandung ucu beli kan, lepastu sebok nak duduk sebelah bajet macam 
konvo jugak haha. Grrrrrr rindu gila kat budak kecit ni!

 membajet itu perlu teeeheeeeee

"Patience is the art of hoping"

Sorry quality camera taklah sehebat DSLR kegemaran ramai. Itupon dah pakai camera mahal along kemain lagi kan. Nak harapkan camera aku taklah kot sebab pakai camera henfon cap ayam je haha. Anyway, thanks a lot to my friends for coming and celebrating this convocation on that day. Really appreciated it! Lepastu ade pulak orang tolong snap pictures memang best gila. Aku pon taktau sape yang snap lajulaju sebab ramai kot. So tak perasan keluarga sape atau photographer terhebak mana yang tolong ambek gambar aku. Ehem bukan gambar aku je tapi gambar with all members ;)

Ini aku cuma cilok dari member-member yang tolong tagkan dalam facebook je. Just a few. Banyak-banyak nanti korang muntah darah pulak -_-"

credit to MIBN

Budak cantiks dua orang (elah,seha)kat atas ini merangkap bestie aku jugak yang bergeng kat atas tu. Dorang lewat satu semester masuk degree sebelom ne so next semester baru dorang konvo pulak. Seriously, aku hampir nangis terkedu sebab dorang sanggup datang nak celebrate kitorang punya konvo ok. And we also got flowers for each person. Terharu gila tau tak. T_T Hopefully nanti konvo korang pulak kitorang join sama ok! ;) Love both of you so muchi muchi!

credit to MIBN

Yeah this is my puteri. Aku suka panggil umi sebagai puteri. Entah, nampak umi comel macam puteri ^^

 credit to MIBN

Heart you guys a lot!

 credit to Niezam Carbella

credit to MIBN

I would like to thank to all those who have given their cooperation in completing my study in UiTM Shah Alam in last 3 years. And to my beloved parents, family members, lover, friends and lecturers, thanks for everything. I am so grateful for having such a wonderful peoples in my life. I am also proud to be ex-student of UiTM. Syukran. ;) 



All of you are my source of inspiration ^^





www.tips-fb.com

Monday, August 15, 2011

Dilema musim raya

Broommm..Broommm by LittleGurl 8 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hi korang! Puasa tak? Hihihihi aku baru lepas tengok cite Flat 3A and main game empire & allies tak habes-habes. -_-

Semalam aku tido pukul bape entah tak hingat. Mau sampai kui 3 pagi kot baru nak lena. Ini serius gara-gara shopping raya sakan semalam hai sampai kui 1 pagi baru sampai rumah. Padahal kui 3 petang lagi keluar. Biasalah area KL kan jem serta merta bila time nak raya. Tak raya pun jalan dah macam ape kan. Nak raya lagi la. Orang ramai dalam sogo aku tengok dah macam ulat beluncas tengah buat kenduri kawin. Ramai gila kau tau tak? Sape yang pegi shopping semalam mesti tau yang KL jem sangat. Fuhhhh

Malam ni maybe pegi shopping lagi, esok pon sama, lusa pon sama kot then tulat pon iye jugak rasanya. hahahahahaha. Shopping la sangat kan padahal cuci mata je. ;D

Tak sabar nak pegi shopping baju raya nanti dengan Fahrin Ahmad. auuwwww aauuuwwwww Fahrin Ahmad tuuuuuuuuuuu...

Kalau sebelum ni aku perasan tiap kali raya baju aku mesti ade bunga-bunga. Kalau tak banyak pun, mesti ade lah jugak sikit. Almaklum la kan aku kan gadis ayu jadi memang perlulah berbunga-bunga. wakakakakaka ayu lah sangat! *pitam*

Tapi tahun ni aku tanak dah bunga-bunga aku nak berkaler tapi kosong! Ini untuk buktikan yang aku dah matang! Orait? (ape kaitan?) Bagi aku kaler kosong ne nampak macam moden style lepastu tade over over sangat berbanding yang ada bunga-bunga. Lagipun aku rasa kalau aku pakai baju kosong ni nampak macam aku slim + TINGGI! hahaahahahaha plisss pliss korang kena percaya yang aku akan jadi TINGGI -_-

Kakak aku kawin bulan November. Tema kaler adalah pink + putih. Jadi aku plan nak teros beli untuk raya. Sebab malas dah nanti nak cari dekat-dekat wedding's day nanti. Eh ne nak berjimat ke kedekut woii? hahahaha

Picture by Google

Ini jenis design yang aku nak. Aku suka sebab simple and gorgeous! ;D 
Ini untuk tema kawin akak (reception's day)

Untuk majlis bertandang pulak warna yang jadi pilihan bakal pengantin adalah kuning. Nak dijadikan cerita, kazen aku (sama umur ngan aku....jeles jeles T_T hahaha) kawin raya ke tiga. Tema beliau pula adalah gold. Jadi aku berhajat nak pilih kaler yang macam ni.

Picture by Google

 Ok yang ni cantik, tapi kaler macam oren la pulak. Tapi suka sangat design macam ni.

Picture by Google

Ni kuning tapi warna dia sangat soft and cun sangat! Wah sume cun-cun ni mane nak pilih?

Picture by Google

Yang ni kaler dia lagi soft tapi design macam ni cantik jugak! *pang*

Picture by Google

OMG! Aku rasa yang ni kaler gold. Eh ke oren? Argghhh aku dah tak cam kaler banyak-banyak ni. Rabun warna dah tetibe kan. Tapi yang ni cantik! Simple! Tapi kain tu aku tak suka dot dot macam rimau bintang. Aku nak yang kosong je.

Picture by Google

Raya kedua plan warna grey. Memang pebret kaler aku ni. So sweet kan? Mesti aku nampak tinggi bila pakai. Wakakakakaka



Arrghhh aku taktau dah nak beli kaler ape T_T




Aku nak pilih 3 pasang baju ni. Tapi kan.....sape nak bayarkan? Plis plissss korang yang berbaik hati di bulan Ramadhan ni silalah buat amal ye. Kan dapat BONUS bulan ni. hakhakhak ;D



Sila dermakan BONUS anda di nombor akaun ini : 1425435678653212323423213 (Bank Sdn Bhd)

Terima kasih! ;D




Nota kaki : Korang tahun ni pakai baju kaler ape? Ke dah beli awal-awal dari aku? Sampai hati.......




www.tips-fb.com

Saturday, August 13, 2011

Mata pelesu

Broommm..Broommm by LittleGurl 5 comments
Assalamualaikum w.b.t

Masa kecik-kecik dulu aku pernah dikejutkan dengan satu berita yang dasyat. Along aku tukar mata! Masa tu kan aku dalam darjah 1 kot entah aku dah lupa. Gila semangat aku nak tengok mata along kan. Yelah balik je rumah dia terus cakap 'along ade mata baru' ceh aku yang taktau ape-ape teros ternganga macam budak bodoh. cett.

Aku nampak mata along elok je tade cacat pun. Kata tukar mata. Tipu lettew. Gggrrr

Aku dalam kepala otak mestilah pikir mata kena cungkil ke lepastu baru letak bijik mata baru. Auucchhh pedih gila kot! Nape along nak tukar mata pulak? Tak sakit ke? hahahahaha memang kampung kan aku masa zaman kanak-kanak ribena.

Aku duduk ngadap along yang tengah ngadap cermin. Dia perlahan-lahan bukan mata dia luas-luas lepastu masuk benda macam kaca dalam mata. eeeeee aku dah start kerut-kerut muka.



'tak sakit?'
'tak pun, kalau dah biasa tak sakit la'
'ohhhhh, untuk ape tu?'
'kalau pakai benda ni, xyah dah nak pakai spek. ni contact lens'

Baru la aku tau name benda itu adalah contact lens bukan kaca-_- aku pun actually tak ingat conversation aku dengan along camano masa tu kan. kalu kata ingat memang hebak la aku. hahahaha. darjah 1 kot surelah memory aku dah tinggal secipot untuk ingat saat tu. Tapi lebih kurang macamtu la yang aku tanye along.

Sejak along dan kak cik aku pakai lens, aku pun bercita-cita la jugak nak pakai. Bila darjah 5 aku dah start pakai spek, aku pernah la tanya along boleh tak nak pakai lens jugak. ceh ngengade kan aku ni. kuikuikui. yela nampak lens macam selesa je pakai, kalu pakai spek nanti macam harry potter pulak. -_-

Tapi hajat aku tak kesampaian, mane la dorang kasi kan budak kecik pakai lens. Spek pun dah bape kali patah sebab suka letak rata-rata. muahahahaha. ade hati nak pakai lens la konon.

Tapi itu cerita lama punya hal. Sekarang aku dah besar panjang yay! Im 23 years old lah! Dah boley pegi carik lens. Aku memang dah lama nak pakai lens ni. Sebab seyes aku rasa dah jemu gila pakai spek dah 13 tahun spek hidup kat hidung aku. Ape salahnya aku nak beralih arah pulak kan. Tapi aku memang dah mind set kalau dah keje baru la nak pakai sebab dah ade duet sendiri kan baru syok. Kalau harapkan time jadik student, berbekalkan duet PTPTN tu aku rasa macam tak best lah tiap-tiap bulan nak kuar duet beli lens. hohohoho

Tapi aku taktau ni nak pilih kaler ape?


Mata aku ade cokelat lah sikit-sikit tak manyak pon. So aku macam prefer pakai putih je. Tapi macam plain gila warna putih. Agak-agak dah nak dekat raya ni, nak jugak pakai biru ke, grey ke, hijau ke ape ke kan. hahahahahaa ;D Along kata kaler biru cantik. ceh tak menahan tuuuu kaler biru. Aku tak putih, so kalau pakai biru, bukan macam pelik ke? Hmmmm. Aku rasa macam hazel pun ok kot! Nampak kemelayuan lah(sangat) sikit kan? hihihihihi


Tak sabar nak pegi shopping baju dan contact lens juga! ;D



Ok bai selamat malam & selamat bersahur ;D

www.tips-fb.com

Friday, August 12, 2011

18days more to go!

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Assalamualaikum w.b.t

Pagi pagi lagi aku dah meracau nak bukak lagu raya. Padahal baru nak masuk 2 minggu puasa dah nak raya dah. hahaha esaited lebih nampak. Alah bukan aku sorang pun, kau bukak la radio rata-rata lagu raya dah mula pasang, sape kesah? Jangan nak salahkan aku plak. kuikuikui ;D


Kalau zaman baby(lah sangat) dulu, mak bapak kita mesti selalu cakap kan 'haaaa nak raya kena puasa, tak puasa takleh raya'. Itu ayat da lapuk kalau nak kasi kat budak-budak zaman sekarang. Mane nak kesah dah pun ayat tu. Janji raya nanti kompem boleh pakai baju baru, lepastu boleh melantak banyak mna pong. Lepastu lagi beria pergi raya rumah jiran sebab nak duet raya kan. Tak lupa jugak kalau mak ayah nak pergi raya rumah sedara wajiblah nak ikut sebab nak kumpul duet raya. Ish ish itulah zaman kanak-kanak dulu.

Sekarang ni dah besau panjang tadela terhegeh-hegeh mintak duet raya lagik melainkan dengan adik beradik dan mak ayah je la. hua hua hua! Nak jugak tu. ;D 

Aku tak sabar ni nak balik makan pulut doyan (lagi). Seyes aku tak jemulah makan even semalam aku dah buat pulut doyan. Tapi bulan-bulan puasa ni takleh makan banyak takut tercirit karang susah. Aku plan balik seminggu awal atau maybe awal lagi kot. Sebab nak setelkan semua hal termasuk pegi block aku punya kad bank cimb (agen insurans punye pasal lah ni sebok mengacau!grrrrrr) dan tunggu approval keje then kena buat medical checkup pulak. Lepastu aku dah boleh balek dengan girangnya yay!

Aku nak balik raya kali ni dengan KTM lagik macam sebelum ni (baca SINI). Tapi kena pegi cop awal-awal takut habes pulak kempunan aku. 




Ok la nak pegi angkat kain sebab hujan rahmat tibe-tibe turun! Bai!


Selamat Berbuka >.<
Makan baca doa, jangan gelojoh. ;D



Nota kaki : korang dah pegi shopping raya? Aku nak pegi minggu depan yay! Ade sape-sape nk belanja tak? (sambil kenyit-kenyit mata)





www.tips-fb.com

Tuesday, August 9, 2011

Salam Ramadhan

Broommm..Broommm by LittleGurl 1 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hello guys! Aku rasa macam tak lambat lagi kan nak wish korang sume Salam Ramadhan Al-Mubarak. Pssttt psssstttt korang puasa tak? Aku? Mestilah puasa kan. Bulan Ramadhan adalah bulan paling yang dinanti-nantikan setiap tahun. Dan paling cuak kalau puasa tak ganti habis. Paling gerun kot -_-

Bukan main seronok aku asyik review cerita lapuk tak habes-habes sebelum ne kan. hahaha. Ok fine fine. Sume cerita berepisod aku 'Traveling' sudah habes dengan jayanya yay! Penat nak review satu-satu tapi honestly seronok gila even aku bukanlah pergi traveling kat Disneyland pun. Together with family sangat bermakna, ye dak? ;D

Masa first ramadhan aritu aku balik kampung. Esaited kau sambut ramadhan kat rumah. Dapat rasa masakan umi perggghhh sampai menjilat ibu kaki. Dapat pulak kan makan pulut durian memang feberet aku. Tapi tak puas hati jugak sebab takleh makan banyak-banyak wooo waktu bulan puasa. Sebab takut perut memulas di siang hari karang beralasan pulak kan nak ponteng. hihihi. Bile balik, kompemlah umi teruja nak suruh aku bawak bekal balik KL. Memandangkan pokok rambutan sudah berbuah, jadi satu kotak aku bawak pegi KL dengan jayanya. Nasib baik balek KL dengan Encik Fafau, tade la penuh bonet bas kan. Tambah pulak akak & abang aku kirim telur masin, serunding daging, beras nasi dagang, rempah kari, keropok lekor, keropok keping, asam jeruk and blablabla. Memang penuh kerete Encik Fafau dengan barang aku je. Dia siap kata 'ok nanti kena tukar Estima pulak' bhahahahahaha! ;D

Bila balik KL, suasana berpuasa dah jadi lain. Maybe sebab berjauhan dengan umi tersayang sobsobsob. Tapi bertuahlah aku punya badan sebab masih berada disisi adik beradik time kat KL ne. Berbanding dengan orang lain duduk rumah sewa kan. Tapi maybe oneday aku akan berhijrah ke rumah sewa jugak kot. Ok itu lain punya cerita.

Aku sekarang menumpang duduk rumah along kat Kampung Batu. Sape tau kat mane sila angkat tangan! Majoriti kawan aku taktau kat mane tempat ni. Adoi. Ianya berada di kawasan KL jugaklah tapi aku xpasti ape yang paling dekat dengan kawasan ni. Hurm yang aku tau Kampung Batu dekat dengan Titiwangsa, Gombak dan Greenwood ;) Abang aku pulak duk kat Puchong. Dia dengan wife dia tersangatlah suka berjalan-jalan lepak situ sini kan. Memang selalu jugak dia datang lepak rumah along. Biasalah adik beradik hihihihi

Ahad lepas dapat berbuka bersama-sama. Walaupun tak berkumpul semua termasuk umi dan adik-beradik yang laen, tapi kemeriahan tu tetap ada sebab suara sume memang tak kalah. Potpetpotpet itu dah memang menjadi kebiasaan. hahahaha


1# Incik murtabak kacak


2# Miss Roti Johnson


3# Makcik ayam percik


4# Incik ikan masak asam


5# Puan ikan masak sweet sour


6# Sayur goreng 


7# Tutti Fruitti (hua hua hua!) ;D


8# Jus tembikai, jus asam boi + lemon, air kelapa


9# Oh nikmat dunia ;D


Ni majlis berbuka ke bufday party? -_-







Kalau bukan bulan puasa menu banyak camni, memang lemak terkumpul melebihi 100 paun setiap hari. Oh tidak!!!!!!!!!! 


Alhamdulillah kita dikurniakan rezeki oleh Allah s.w.t seperti di atas ini setiap kali puasa kan? Lagi ramai berkumpul, lagi meriah suasana. Tapi pernahkah kita terfikir orang-orang yang kurang berkemampuan menjalani kehidupan mereka? Mari kita bantu mereka yang memerlukan setakat mana yang kita mampu. Dan jangan dilupa kita sedekahkan Al-Fatihah kepada insan-insan yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Dan semoga Ramadhan kali ini memberi seribu erti dalam kehidupan kita seisi keluarga.




Nota kaki : bersangka baik adalah lebih baik dari bersangka buruk, betol? >.<




www.tips-fb.com

Aku vs Job

Broommm..Broommm by LittleGurl 7 comments
Assalamualaikum w.b.t

Sekarang dah masuk bulan 8. Fuh. Sedar tak sedar dah hampir masuk 3 bulan aku goyang kaki kan. Hamboi, study dah habes, keje takde, ape kau ingat ade datuk nak sponsor kau wahai LG? Oh alangkah seronoknya jika itu yang terjadi. Yes yes i know after graduate for sure everyone searching for a job. Same goes to me. Kawan-kawan aku kebanyakan apply time final exam. 

How about me? Oh please aku jenis susah nak campur adukkan belajar dengan benda-benda lain. Bagi aku nanti jadi serabut then hidup aku nanti jadi tak keruan. Aku lebih suka focus untuk final exam memandangkan ini adalah tahun terakhir kan. And aku respect spring kat member-member aku yang berjiwa kental menghadapi ujian semasa final exam haritu. Mane tak kental esok kau ade paper, tapi petang tu kena pegi interview. -_- Satu ape pun tak sempat nak prepare. But luckily dorang sume dapat keje tu! Wah that's great! Haku? -_-

Alhamdulillah result final exam haritu cukup mengujakan walaupun tadela bagos sangat pon. hua hua hua! Tapi at least aku berjaya jugak habes dan tak tersangkut kat mana-mana paper kan. Memang risau takyah nak cerita la bab thesis tu aku paling takut. Bukan senang nak setelkan hal thesis tu pegi situ sini. Dah la aku tade lesen kereta sobsobsob transport aku masa buat thesis haritu cuma berbekalkan bas rapidKL dan menumpang kasih member je. Syukur sangat-sangat sebab sume da setel yay! This 23rd October nanti tarikh aku convo. Korang datang eh nanti kat UiTM Shah Alam? Jangan datang je tau tapi bawak la bunga-bunga ke teddy bear ke, takpun lolipop harga RM 0.20 tu pun orait! ;D

Itu hari aku hantar resume dekat RHB Bank. Alhamdulillah aku dapat offer interview dekat cawagan kat area Masjid Jamek tu. Berbekalkan sijil dengan resume yang aku main hentam koromo je isi, aku pun pergilah interview. Dada takyah cerita memang dupdapdup. First time ne interview! Sape tak cuak beb?


Malam sebelum tu kau tau tak along aku siap suruh aku dressing awal-awal sekali dengan handbag dengan kasut sume-sume lah. Sebab dia nak tengok aku jalan macam mane. Ceh dah macam nak pergi inteview pramugari pulak. Ggrrrrrr. Anak sedara aku dah tibai gelak kan sekali yang kecik-kecik tu sekali nyebok jugak main handbag. Yelah aku jarang la pakai seluar slack dengan kemeja ni. Nak pulak pakai kasut tinggi tu memang bukan aku lettew. Along kata interview bank kena nampak confident, then dressing pon kena korporat juga. Ok fine, fine. -_- (padahal aku pegi interview nampak selebeh jerk)

Sebelum aku masuk interview, dah ade sorang yang masuk, then ade sorang perempuan yang tunggu kat luar. Aku pun borak-borak la jugak. Ingat fresh graduate tapi sebenarnya tak. Dia dah keje dah almost 2 years. Aku lagi la bertambah berdebar kan, rasa macam nak tarik diri lah ape la macam-macam. Mestilah company tu nak ambek yang dah ade experience, ye dak? Freshie macam aku ne sape la nak pandang? Hua hua hua! Konon rendah diri la masa ne. Hihi

Bila nama aku dipanggil, maka berlakulah conversation antara aku dan interviewers ;)

Blablablablabla....

Interviewer : I think QS is a professional job. Why you prefer to join banking industries?


Yes, itulah soalan utama yang dia tanya. FYI, aku bukanlah budak akaun yang biasa akan join banking bukan baking. Tapi aku adalah graduate course Quantity Surveyor yang sepatutnya involved dalam construction industries dan bukan banking industries. Ramai yang pelik kenapa bank weh? Kenapa tak mintak QS?

Bagi aku rezeki tu ada dimana-mana. Even aku taktau lagi macam mana environment banking, bagi aku kerja kat mana-mana pon kita kena cuba serasikan diri dengan tempat tu. Yes contoh senang kalau tiba-tiba korang kena join mane-mane group kan time buat assignment dan bukan dengan geng sendiri. Korang takbleh la nak ikot kepala sendiri dalam buat keputusan btol tak? Mesti kena cuba kenal dulu ahli kumpulan, lama-lama korang akan rasa 'eh best jugak budak-budak ne. satu kepala'. Alaa macam orang selalu cakap, tak kenal maka tak cinta.

Bagi aku bila aku dapat this opportunity, aku cuba grab. Memang aku dah cuba mintak kat company yang sepatutnya mengikut aku punya course sebenar, tapi tade feedback pulak kan. Mungkin tade rezeki lagi. So why not even lain bidang pon, cuba la mane-mane yang patut. hohohoho. Ini aku punya opinion la kan. Tak salah kot kalau kita cuba jalan lain jugak. Eh ke korang tak rasa macam tu? -_- Lain orang, lain pendapat.

Alhamdulillah lepas dah abes interview itu hari, aku dapat pulak masuk 2nd stage dimana 2nd stage ne melibatkan assessment. Assesment ne aku mula-mula ingat macam duduk dalam 1 class then ade quiz ke ape kan? Hihihihi. Tapi rupanya tak.

Part A : 28 questions (25 minutes)
Part B : 44 questions (20 minutes)
Part C : 90 questions (15 minutes)

Nah ambek kau jawapan tu mane nak tiru weh? Dah la masa singkat. Ggrrrrr. Soalan tu tade la susah sebenarnya bagi aku tapi kalau dah rushing gila nak jawab, hai aku taktau la kan markah dapat berapa. HAHAHA. Dah la Part A kena jawab maths. Maths pulak siap ade graph segala bagai kan. Dah macam back to school je rasa. Tapi sume soalan ne general la. Maybe dia saje nak menguji otak minda kite je. ;) Tawakal.


Masa 2nd stage ne interview cuma 5 minutes. Sangat singkat sebab interviewer tu hanya tanya bila aku available kalau dah diterima keje. Hah? Diterima ke? Hahaha dah teruja kan aku masa tu. Pungpangpungpang habes interview dah boleh balik. Fuh lega yang teramat sebab sume dah setel. Sebab dah tade dah 3rd,4th,5th stage ke. Means that aku cuma tunggu result saja.

Sementara aku tunggu result, aku apelagi terus cabut balik kampung sekojap sambut first ramadhan yay!



Semalam, sedang aku goyang-goyang kaki tengah blogwalking tetibe aku dapat call. RHB BANK?

Staff : Assalamualaikum. Boleh saya cakap dengan Cik Nora Danish?
Aku : Iye saya (dengan penuh sopan santun)
Staff : Saya dari RHB Bank ye cik Nora. Buat pengetahuan cik Nora, cik Nora dah short listed untuk post collection executive. Bila ye cik Nora available untuk start keje?
Aku : (dalam hati dah berbunga ros neh!!) Eh eh? Yeke? Errrrr start keje?
Staff : Iye cik. Minggu depan akan keluar approval, then kena buat medical checkup lepastu nanti akan terima Letter Offer. Jadi, saya nak tau cik masih berminat atau tak sebab dah lama kan nak tunggu result. Kot-kot dah terima job lain.
Aku : Owh tak tak. Saya nak! saya nak! (hahahahahahaha)
Staff : Ok cik bila nak start keje ye?
Aku : Kalau masuk sebelum raya boleh apply cuti raya tak?
Staff : Saya tak pasti. Tapi biasanya sebulan masuk baru boleh apply cuti. Cik nak start lepas raya?
Aku : Yes! yes! Nak start lepas rayalah. Sebab raya tu kite ade kenduri wooooo.... ngehngehngeh!
Staff : Ok terima kasih cik yang comel.

(Dialog diubah mengikut citarasa. Tapi pasal raya tu betol tahu. >.<)

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi selepas berusaha dan tawakal, dapat jugak keje untuk pertama kalinya dalam hidup aku. Sebelum ne setakat keje jadi waiter kat hotel boleh la kan. Tu pun beberapa hari je pun. Wakakakaka.

Syukur Alhamdulillah, mungkin ini adalah rezeki dan nikmat yang diberi sempena bulan yang mulia ini.






Eh ke rezeki nak kawen ne? Oppsstttt hahahahaha





Nota kaki : don't be too choosy. grateful is everything.


www.tips-fb.com

Thursday, August 4, 2011

6# Traveling : My dusun

Broommm..Broommm by LittleGurl 6 comments
Aku dilahirkan dekat Kelantan. Ye aku memang gadis pior Kelantan. Korang jangan menangis bila dengar aku cakap Kelantan sebab Kelantan aku sangat pekat. Walaupun ade juga dialet (macam silap je aku eja T_T) yang aku belum mahir lagi, tapi aku memang terer dengan bahasa aku. LOL. Takkan la asal Kelantan tiba-tiba reti bahasa Sarawak tapi taktau bahasa Kelantan, ye dak? ;D

Dulu masa kat kampung arwah atuk aku, sawah padi luas, hijau dedaun membuatkan pemandangan menjadi indah. Dulu suka main upih pokok kelapa, main tarik-tarik tali, main guli, main masak-masak. Oh sangat indah nya dunia kanak-kanak. Sekarang, sawah padi depan rumah arwah atuk, dah tak hijau macam dulu. Kalau hujan atau banjir, lumpur bertempek dekat kaki. Lintah pacat pula tanpa segan silu mengorat darah manis. T_T

Tapi aku tetap sayang kat kampung aku. Sebab sejak kecil aku belajar erti kehidupan yang sebenar. Kat bandar? Kau nampak bangunan tinggi-tinggi, pergi cyber café main internet sampai mata kau rabun, tapi kau tak nampak erti kehidupan sebenar. Kau cuma nampak pembangunan yang semakin pesat membangun sahaja.  Kesusahan, keperitan, ketenangan di kampung yang membuatkan kita lebih menghargai hidup, kita lebih kuat menghadapi setiap dugaan yang menimpa. Kesusahan itu membuatkan kita kental menghadapi cabaran. Eh, apahal pulak aku tiba-tiba nak bersastera? T_T

Mari kita pergi ke dusun. *tetiba*

Akak aku siap pakai track suit, kasut bot. Aku? Akak siap cakap ape lagi tahu ‘eh,bukan nak pegi KBMall.’ Ggrr!

Aku rasa macam ok je masuk dusun pakai shawl belit-belit. Eh ke korang rasa pelik? -_-

Kan aku dah cakap umi jarang nak pandang camera. Retis kan. Grrrrrrrrrrr

Jarak umur dorang hanyalah setahun. Ce teka sape yang paling muda? ;D

Hamboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii cik kak mau lawan nampak?

Perghhhhh kalau buat cempedak goreng ne sedap jugak! Hak hak hak eh nangka ke cempedak tu?

Oh my lovely auntie. Dah macam nak joget zapin tu. Eeeehhhh aaahhhh ehhhh ahhhhh

Nasib malang rupanya haritu sebab tak dapat ape-ape habuan pun. Pokok durian takde buah, yang laen pun sama jugak masih pra matang. Yang ade cuma sikit je buah langsat. Tape tape at least dapat masuk dusun kan ;D I like I like

Sehari sebelum tu, kak leen cakap si rabbit comel dah beranak. Aku dah over esaited nak tengok baby comel. Eeeeeeeeeeee sekali tengok aku macam nak pengsan! Hahahaha hey muka dia macam p*g je. Cu korang tengok tu…..


Sama ke tak? Hehehe. ke sebab dorang still baby tu yang nampak sama kan macam p*g. tapi aku tengok comel je! Ho ho ho. Lepastu badan dorang tak sakit ke pijak-pijak adik beradik sendiri? Dah la kulit lembut,nipis, mau terkoyak kalau dah dok gesel-gesel. Eeeeee sakitlah. Kak leen cakap lagi 3,4 hari lagi dia akan tumbuh bulu! Wahhhhhhhh ni dah masuk berapa minggu dah ni. Aku x sabar nak balik tengok! ;D




Ok ni kakak dorang. Comel gila! Macam twin kan? Hahahahahaha






Nota kaki : haiwan ada kembar ke tak? Aku tengok rupa dorang adik beradik sama je -_-

pssttt psssttt akak aku cakap baby rabbit comel tu da arwah. T_T sobsob




www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting