Followers

Showing posts with label My life. Show all posts
Showing posts with label My life. Show all posts

Wednesday, April 2, 2014

New Year, New Spirit

Broommm..Broommm by LittleGurl 1 comments
Assalamualaikum w.b.t

After 3 months past by, baru terhegeh-hegeh nak update kan. But its seems like still in year 2013. Ya-Allah, times flies so fast. Banyak nak share everything in my blog, tapi sebab kekangan masa dan tenaga, semua berlalu begitu sahaja. Btw, hope not to late to wish everyone Happy New Year 2014. Hopefully everyone is doing well and always be happy. InshaAllah.

Alhamdulillah, kehidupan semakin baik dengan kesihatan yang baik juga. Terima kasih Allah kerana memberi aku peluang untuk terus bernafas dan meneruskan kehidupan. Alhamdulillah juga 2013 berakhir dengan seribu kenangan yang akan dikenang hingga ke akhir hayat. Banyak suka duka yang dikongsikan bersama dengan keluarga dan sahabat-sahabat tersayang. Bagi aku, setiap apa yang berlaku semuanya membuatkan diri kita semakin matang dan dewasa.

Let's roll the short 2013 memories >>>

Weddings
Semua dah besar panjang dan layak jadi isteri orang!


Dapat balik kampung & attend 2 wedding in the same time. Tahniah buat girlfriends tersayang di atas perkahwinan korang. Ya-Allah, bila tengok sorang-sorang dah jadi isteri orang rasa sebak pulak huuu. Ini geng bas sekolah zaman hidung berhingus lagi. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat! Amin :)

Become aunties!
Happy gila bila dapat tau one of my bff pregnant and we can't wait to see cute baby coming from her tummy! Alhamdulillah semua berjalan lancar dan here he is, adorable baby like his mummy :) Aunties love you Afif. Be a good son to your mommy & dad. Nanti tunggu anak sedara baru pulak dari 2 bff yang baru melangsungkan perkahwinan baru-baru ni. Oh excited!
Mommy betul yang belah kanan. Yang pegang Afif tu InshaAllah bakal mommy jugak sooner kikikiki

Raya

Syukur Alhamdulillah rezeki semakin murah so ucu leh kongsi duit raya lebih sikit tahun ni. Dapat berkumpul semua 1 family pada hari raya adalah perkara yang sentiasa dinantikan setiap tahun. Bayangkan awal tahun dah fikir nak pakai baju apa sama-sama padahal orang lain dah berkeluarga ada theme sendiri. Aku gigit jari je la dulu boleh.

Yang penting nak cakap raya tahun 2013 adalah pecah record sebab berat turun mendadak 4kg tanpa disedari. I never realize that until everyone asking me why kurus? Masuk tahun 2014 cita-cita nak naikkan berat badan, haaa amek kau berat naik lagi 6kg. Sekarang salah siapa pula? Haha!

Middle of 2013

Early 2014
Muka & overall physical dah macam pau kacang =( but nevermind janji hati senang 

Yang paling best masa Hari Raya Korban semangat dari malam raya lagi nak tengok lembu. Punya semangat berkobar-kobar tunggu sampai siap orang sembelih. Siap tolong sediakan air untuk pakcik-pakcik dan abang-abang yang sedang bertungkus lumus haha.

Open House


Jarang pergi open house sebab tak semua member kahwin lagi tahun 2013. Biasa pergi mesti rumah orang dewasa, ecehhh macam kita sebaya dengan baby pulak khonnnm. Sangat berharap tahun ni dapat jemputan open house yang banyak sebab tahun ni baru la ramai yang dah berumah tangga. Eh makan free sape yang taknak kikikikiki

Trip
Went to Perhentian Island with BFF! This is my first time snorkling dapat tengok baby nemo. Rasa nak pergi lagi!

Teater 
Berkesempatan pergi tengok teater dengan my beloved sister kat Istana Budaya. Macam biasalah got sponsor from brother in law, which is ticket free. Chowkit Road? Oh rasa nak tengok lagi. Dengar lagu Allahyarham Sudirman sampai menitis air mata, punya syahdu, dah aku ni kenapa? 

New Job

Alhamdulillah disaat dugaan datang, Allah memberi rezeki lain sebagai pengganti. Syukur tak terhingga, dah takde istilah mati kutu dah kali ni sebab ade geng office baru heeeeee.

My life just simple as that. I just appreciate everything happened in my life, the past & the present, we look through. Yang mana baik, jadikan input yang baik juga. Yang mana rasanya its not good for your future, then just leave it behind. Goodbye 2013 and welcome 2014. I'm hoping for something better onwards, semoga lebih dilimpahi rezeki yang murah serta halal dan berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin. InshaAllah.






Terima kasih sudi baca!
www.tips-fb.com

Monday, September 2, 2013

Salam Kemerdekaan Yang Ke-56

Broommm..Broommm by LittleGurl 1 comments
Assalamulaikum w.b.t

Teringat masa kecik dulu sambutan merdeka sangat superb meriah dekat hometown tanah tumpah darahku. Tapi boleh kira dengan jari berapa kali pergi sambut dekat stadium, mungkin sebab tak nak berpusu-pusu dengan orang ramai. Yela baby johnson lagi kan iolss masa tu hiks.
And luckily me kali ni berjaya pergi terjah sama-sama dengan sister and her family menyambut hari kemerdekaan. I was passionate to hear about that! Terus setuju nak ikut.

Bagi aku sebagai rakyat Malaysia kita kena panjatkan kesyukuran kerana masih lagi bernafas dengan kesihatan yang baik di negara kita. Alhamdulillah, syukur. Ada orang kata sambut hari kemerdekan tu mengundang maksiat? Abaikan orang begitu. Belum apa-apa dah fikir sudut negatif kan. Saya datang dengan family, ramai datang dengan family. Think with positive perspective.
Bagi aku, sambutan hari kemerdekaan juga penting sebagai tanda kita bersyukur dilahirkan disini, tanah tumpah air kita. Who should support our own country kalau bukan kita?



Tengok semangat para pejuang kita yang tak pernah bertungkus lumus mempertahankan dan menjaga keselamatan negara. If we don't have any time to go somewhere for a celebration (me either sometimes), just stay home and pray for our happiness, for our own good, to get blessed from Allah s.w.t. Janganlah cakap bukan-bukan sebab yang salah tu orang yang menyalahgunakan sambutan istimewa kita. Bukan kemerdekaan ok? Hargai setiap pengorbanan pejuang kita sebelum ni. Masa sambutan merdeka ni aku tengok jentera nak berperang pun dah rasa syahdu T____T, lepastu dok sokseksoksek dengan along, betapa cekalnya hati para berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir hmmm.


Merdeka juga bermaksud kemerdekaan jiwa, emosi dan pemikiran kita, not just a word. Buka minda dan sentiasa membuat keputusan yang baik, jangan gopoh-gopoh and to be matured seiring dengan usia. I'm imperfect too, jadi kita sama-sama usaha. Go and get knowledges hingga ke negara cina selagi mampu. Hentikan mengkritik-kritik orang lain sebab semua tu tak bagi apa-apa input baik. Be nice to everyone, learns and shares together, dalam erti kata lain banyakkan sifat kasih sayang giteww :)
I'm proud to be Malaysian, i'm proud to be who i am now, i don't need much, i just want to be happy, with whom i love, with whom i spend with, with whom always love me.

Tapi dalam kita bersyukur dan gembira, kita jangan lupa sentiasa doakan kepada yang telah tiada, samada saudara kita di sini atau di sana, yang sedang bertarung nyawa memperjuangkan agama kita. 

Ya-Allah, lindungilah keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami dan saudara-saudara kami dari sebarang kepayahan, kesusahan, keperitan dan kesakitan supaya kami dapat beribadah kepada-Mu dengan sempurna dan dapat menjalani kehidupan dengan baik. Berikanlah kami kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat Ya-Allah, berikanlah kami kekuatan hati dan jiwa untuk kental menerima setiap ujian dan dugaan-Mu. Amin.










Terima kasih sudi baca!
www.tips-fb.com

Wednesday, January 18, 2012

3# Wordless Wednesday : Pangkor Island

Broommm..Broommm by LittleGurl 7 comments
Assalamualaikum w.b.t


Hello Pangkor Island.
I can't wait to see you in a few days more.
Please make my days awesome.
I hate sadness and bad mood.
I just want to be happy like before.



Love
Littlegurl


^^






www.tips-fb.com

Tuesday, January 17, 2012

Hari ini dalam sejarah

Broommm..Broommm by LittleGurl 10 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hari semalam adalah sangat seronok. Semangat bukan main. Huha sana huha sini. Sampai tido pun boleh awal sedikit jam 12.00 a.m. Sedangkan sebelum ni hingga mencecah angka 2. Selagi tak habes cerita best selagi tu dok tercongok depan tivi tanpa rasa bersalah. Tak pon berborak mengilai dengan adik beradik dan umi yang comel. Setiap malam tak pernah kering gusi dok ketawa terbahak-bahak. Sebab itu angka 2 setiap pagi aku rasa macam singkat sangat untuk tido hahahaha ok tak lawak -_-'

Tapi semalam demi kepentingan untuk hari ini, aku berjaya menidurkan mata lebih awal. Wahwahwah bangga nih. Tapi bangun lepas solat subuh sempat lagi buat taik mata sekejap 15minit. Hmmmm itukah akibatnya dan kesan musibab yang terjadi pada hari ini? Tido selepas solat subuh, ohhhh mungkin ini kesilapan utama T_T

Hari ini dalam sejarah, detik ini, waktu ini, aku failed dalam ujian memandu (test jpj). Hoiiiii malu tau tak? The first candidate dalam ratusan orang tadi, sampai-sampai kat atas bukit punya semangat nak terus pemanduan ke arah parking dan 3 penjuru rupanya hanya impian anganku musnah belaka. Tiba-tiba pulak kereta terundur belakang, bukan 1 inci je derrrrr tapi dah sedepa dah. Eh boleh pulak aku tak perasan dah jauh ke belakang aku undur. Ingat masih dalam garisan kuning. 

'Ok awak jauh sangat ke belakang tu, boleh turun'

Aku? tersengih macam kerang bushuk meh. hahahaha! Macam takde perasaan je. Weh weh kau failed tahu?

T____T

Tetiba baru sedar yang failed terus kol cikgu memandu.

'Ok tape, awak buat jalan raya pulak jap lagi'

'Ok' (nada gembira)

Nasib baik jalan raya orait. Nampak gayanya aku cuma mahir dok atas jalan, kalau aku nak naik bukit nampaknya memang takkan ke depan kot asyik ke belakang muahahaha! Hoiiii kutuk diri sendiri nampak? 

Aku rasa banyak faktor terjadi derita pada aku hari ini :

1. First candidate, padahal nombor aku 32. Tuptup panggil random, aku baru bersenang lenang nak tengok candidate nombor 1-31 buat dulu tiba-tiba aku dipanggil untuk menunjukkan kehebatan yang tak patut aku tonjol awal-awal. 
2. 3jam,8jam,2jam belajar aku rasa tak cukup. Jadi aku belum cukup confident.
3. Seram sejuk tengok orang lain relaks. Aku? Nak terkencing weh.
4. Lapar. Aku minum air milo panas plus roti dua keping. But still lapar.

Hahaha kemain nak list satu-satu. Rasanya kalau lulus takdenya nak beralasan begitu -_-'
Ok tutup hidung malu sebab failed
 >.<

Biasalah budak baru belajar ;)) Next test please, try my best cayok cayok!!!!!
Pray for me ye semua si comels si kacaks! ^^









Pssttt pssttt korang dulu mesti sekali test je kan? 
Malunyaaaa i -_-'




www.tips-fb.com

Friday, December 23, 2011

have a nice weekend ;)

Broommm..Broommm by LittleGurl 4 comments
Assalamualaikum w.b.t


Hello si kacaks and si cantiks ;)

What a lovely day today isn't it? Aku tak sabar-sabar nak tunggu on 'that day' whoaaaaaaaaaa something will happen eeheeeee. Ok stop. Benda ni adalah rahsia huahuahua! rahsia pon sebok nak cite jugak kan dush!

Eventhough lately hidup aku macam TERtekan sikit (eceh) but i still go through my life with a wonderful moments ;) Oh well, aku kan jenis malas nak kisah ape-ape problems, ehm padahal tiap-tiap malam melayan lagu ombak rindu haha! Alah, pompuan normal macamni biasalah kan sekejap nak emo sekejap boleh pulak nak happy go lucky teeeheeeee 

Bytheway, last month result UPSR dah keluar. And you guess what, memang betol orang cakap setiap doa budak-budak sentiasa termakbul. Sebab anak sedara aku, Athirah dapat 5A then dia pernah suggest nak mintak sambung belajar dekat Kelantan. Phewwwwwww memang majoriti anak-anak sedara aku nak sambung belajar dekat Kelantan teeeheee. Yelah, sebab atok, nenek mak-mak sedara pon duduk sini kan mestilah semangat sikit nak sambung sini jugak ;D

2 days ago masa aku ade class driving, along aku called bagitau yang Athirah dapat SMKA Naim Lilbanat dekat Kelantan waahhh wahhh wahhh!!! Aku pulak gembira rasa nak terloncat sana sini hikhikhikhik. Alhamdulillah finally ;) Memang doa tu termakbul. So nanti boleh la along and family selalu balek kelantan kan kan ^.^ Bestnye!

By mid year nanti baru result MARA akan keluar. Kalau lah anak sedara aku dapat MARA Jeli, ehm ehm senang lah sikit aku nak brief ape-ape sebab tu my ex-school time form 4/5 dulu ;) Whoaaaaaaa tiba-tiba rindu gila zaman sekolah, serius! T.T

Oh nanti by january pula InsyaAllah aku da dapat lesen, itupun kalau lepas test jpj tu wuuu wuuu cuak gila! Parking and bukit tu i need more practices grrrrrr!! Asyik terlepas clac lepastu mati. Hmmmm memang normal eh kalau mula-mula belajar jadi macamtu? sedeyy aaa camni T.T

Ok guysssss have a nice day okay! ;)

Sorry nanti aku dah ade masa betul-betul lapang, aku start blogwalking and terjah korang eaaa. Sekarang ni sibuk sikit, biasalah dah jadi suri rumah haha. I loikeee ;)




Have a nice holiday for Christmas sooner ;)





www.tips-fb.com

Friday, December 16, 2011

Bergotong royong makang sugha

Broommm..Broommm by LittleGurl 6 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hai semua! ;) Selamat Hari Ibu segala hari untuk harini. How's your day today? Mesti seghonok kan? Oh just make it fun babeh! ;) Even mood aku bukan mood fun sangat pon harini hahaha sebab jiwa & lara tengah bergaduh ish ish lepastu jiwa dok kata lara manja asyik nak melara je kan lepastu lara dok kata jiwa tu kaki jiwang haaa tu sebab aku rasa tak stabil sikit harini. But don't worrylah babeh, abaikan si jiwa & lara tu kite just enjoy our day! ;))

Psstttt aku tak penah seumur hidop tengok orang buat bubur as-syura. Ceh panggil bubur as-syura tu. Padahal kat kampung aku panggil sugha je haha. Senang nak sebut, senang nak ingat teeeheeeee. Aku sebut sugha je ea korang tak kesah kan? Ok thanks ;)

2 hari lepas umi aku dapat jemputan untuk join program memasak bubur as-syura ni. Umi dah offer aku suruh ikut dia join lagipun program ni program rukun tetangga sebab umi aku ajk kat kampung ni. Aku 2 3 kali jugak pikir nak pi ke tak hahahahahaha. Kemain siap pikir tu cis. Nampak sangat aku ni malas tahap ape entah. Padahal duduk rumah melagha buat benda tak pekdah. So aku buat keputusan nak ikut umi harini, lagipun aku tak pernah langsung tengok proses macam mana sugha dibuat eeeheeee. Aku kan tengah mengumpul ilmu masakan untuk bakal suami tercinta kahkahkahkah. Bagos tak bagos tak? Pehlissss semua cakap aku bagos! ^^


 Pukul 8.30 pagi dah terpacak kat rumah salah sorang ajk. Memandangkan rumah dia ada kawasan luas lepastu ade pulak tempat parking lepastu bahan-bahan nak buat sugha semua dah ade rumah dia, memang sesuai sangat program ni buat kat situ. Alhamdulillah cuaca sungguh baik ehmm ehmm bukanlah baik sangat pun tapi bersyukurlah sebab tade ribut. Hujan tetap ada. Memang dah musim kan wuuu wuuu.


Disebabkan niat aku baik harini, korang bayangkan aku tak mengalami sebarang kesakitan dibahagian pinggang atau belakang disebabkan terbongkok mengupas bawang, daging, apatah lagi dibahagian perut. Dibahagian perut tu aku memang dah agak dah sebab dah sarapan pagi kat rumah dengan nasi lemak yang berlemak. Biasanya waktu makan tengahari aku jam 12 tengahari hingga 2 petang je. Kalau makan selepas waktu tersebut alamatnya berkeronconglah dan sakitlah perut gua minta diisi walaupun sesuap nasi. Ceh. Nasi je beb, benda lain takleh masuk wakakakaka. Memang kampung betullah gua. Tapi tadi hidangan untuk PEMBUAT sugha waktu tengahari adalah laksa. Laksa pon aku makan dalam 10 sudu. Eh banyakkkk tu. Tapi laksa beb, perut aku mana bleh masuk laksa waktu tengahari. Tapi gumbira sungguh hati sebab tadi perut dah boleh menerima laksa dengan jayanya tanpa halangan. Yehhuuuuuu!!!


Inilah sebahagian ajk yang join! Dorang sangat sporting memang hingaq betoi la suasana. Memang tak rugi aku ikut kan dari dok ternganga sorang-sorang kat rumah dan melayan jiwa & lara tuuuuuuu. 

Pagi tadi memang kalut kot sebab bayangkan nak carik-carik daging 30kg pon tadi, nak kupas bawang berbakul-bakul pon tadi, nak goreng kelapa pon tadi, nak rendam kacang pon tadi, nak blander itu ini semua tadi. Fuhhh memang tak menang tangan betol. Sampai ada sorang pakcik tu kata nampaknya sugha kita siap subuh esok hahaha wah wah wahhhhh pakcik buat saya kecut perut tau T.T

Tapi Alhamdulillah setelah berpenat lelah walaupun tukang masak, tukang pengacau dan mengacau (pon ade?) tak ramai pon, finally berjaya jugak masak bubur as-syura sedap hingga menjilat jiwa & lara huahuahuahuahuahua!!!!
Ini umi gua tengah beristirehat sambil berkata no komen no komen kihkihkih!





Kadang seghonok jugak join program macamni. Lebih-lebih lagi kalau ada pangkat makcik-pakcik macam tadi teeeeeheeeeee. Bising kemain, bergurau senda mengalahkan orang muda. Sporting sangat! Errrr boleh la belajar sikit-sikit macam mana nak bercakap dengan orang lebih tua ni ehmm ehmmm. Practices make perfect huahuahua!



Psstttt orang asyik dok tanya aku bila nak kawen ni camne? T.T







www.tips-fb.com

Tuesday, December 13, 2011

how to increase your confident level?

Broommm..Broommm by LittleGurl 11 comments
Assalamualaikum w.b.t




Hello! How's your life? Mine was awesome everyday! ;) Alhamdulillah. I just came back from town with mom ;) I tade beli apepom just bought remover make up. Ish ish jangan ingat i make up terlebih pulak. Pakai compact powder pon perlu remover tau. It's good for your skin girls ;) Padahal skin aku kering kot hahaha

Pernah tak kawan mak ayah korang penah cakap camni 

'olohhhh comel lote anok demo ni. hok ore doh ko?' (olololo cantiknya anak kamu. dah berpunya ke?)
'comel la anok demo supo demo zame mudo mudo' (cantiknya anak kamu macam kamu zaman muda dulu)

ehm ehm

Mesti pernah kan? Apa perasaan korang? Euwwww rasa nak terbang tinggi-tinggi macam awan dania ;) kembang kuncup hidung macam fahrin ahmad tu. selalu bangga sebab kawan mak dia pon suka puji kata dia hensem. fine. fine.

Sebenarnya, ayat-ayat positif tu walaupun sengaja atau tak sengaja kita menerima pujian, sebenarnya benda tu dah menambahkan tahap keyakinan dalam diri tahu?

Aku ada sedikit tips macam mana nak tambahkan keyakinan dalam diri ;) Ini melalu pengalaman je, even aku tak bagos pon tahap confident level but tak salah kan kalau nak berkongsi? Sebab ini semua atas permintaan a few peoples pangkat adik-adik, yang baru habes upsr, pmr, and spm ;)

1) Introduce yourself 

Ramai yang taktau sebenarnya bila kita mula introduce diri sendiri kat orang yang kita tak kenal, sebenarnya tu salah satu meningkatkan keyakinan dalam diri. Perkenalkan diri bukan bermakna kau dok ceghita hal keluarga sampai nenek moyang pon nak gtau jugak (first meet). Maksud disini, kalau berada dalam sesebuah kumpulan, macam modul atau apa-apa program, apa salahnya kita yang mulakan salam perkenalan, ye dak? ;) 

'hai, saya salima gomjez. awak?'

Kakak (omaigod i dah jadi kakak phewwww) rasa mesti semua akan cakap 'eh baiknya dia ni' betul tak? eeeeeheeeeee

2) Berkomunikasi

Ok ini adalah sangat penting. Cuba generate banyak idea untuk berborak dengan kawan-kawan baru atau lama. Dan perlu tahu, setiap orang mempunyai cara yang berlainan. Sebagai contoh, jangan nak bercakap terlalu terus terang.

'eh kau ni dah la buruk, teruk pulak tu'

Agak-agak la kan. Mungkin ada sesetengah orang boleh terima gurauan (ke?) macamtu, tapi tak semua. Kalau sejuta orang tu, maybe sorang je yang ade. Cuba berkomunikasi dengan cara yang baik. Nak tegur bergurau ada caranya yang berbeza ;) Bagus jugak kalau kita berkomunikasi dengan ramai orang, secara tak langsung, kita boleh nilai yang mana baik dan buruk. 

3) Rajin bertanya 

Malu bertanya sesat jalan. Pernah dengar kan? Memang tepat. Orang yang berlagak pandai je yang takde perasaan nak bertanya sesuatu. Padahal dalam kepala banyak betol tanda (?) kan. Apa kata kita ubah cara kita. Tanyalah sebanyak mana yang boleh, walaupun soalan tu padahal orang lain dah tau jawapan tapi kita masih tak paham atau taktau jawapannya. Who's care right? Asalkan kita bertanya then dapat jawapan yang kita nak, it is a good thing for us ;)

4) Berani 

Bila adanya berani mestilah yakin pon ikot sekali kan? ;) Berani menyahut cabaran, berani bertanya, berani melakukan aktiviti lasak, berani memberi dan menerima pendapat, berani menghadapi dugaan besar/kecil, beranilah dalam apepom asalkan semuanya positif. jangan dok tunjuk berani sangat nak terjun bangunan, haaaa try try kalau rasa nak hidup singkat teeeheeeee. Bila kita berani buat sesuatu, dan yakin pon turut serta, hasilnya kita akan berjaya mencapai ape yang kita nak. Kalau berani je tapi yakin takdak, itu bukan berani tuh, itu perahsan berani je ekeekkeeke!

5) Jangan berputus asa

Jangan mudah nak cakap 'tak boleh' padahal satu apepom tak cuba lagik. Aku pon sama jugak ne kadang-kadang eeeheeeeee. Belom buat apepom mula nak kata eh boleh ke tak ni. Eh macam xleh je. Hmmm, sikap macamni memang buat keyakinan jatuh merundum. Macam mana nak yakin dengan diri sendiri asyik dok kata tak boleh sampai ke sudah. Sebenarnya, apa yang kita fikir tu penyebab anggota badan dan fizikal kita berfungsi atau tidak. Otak dah kata 'jangan' so tangan kaki pon tak gerak. Otak kata boleh tetiba tangan pon terangkat ke atas (macam gaya bila dengar merdeka merdeka merdeka tu). Cuba sematkan dalam hati yang kita boleh buat. Biarlah macam xleh pon, tapi yakin jugak boleh ;)

6) Sentiasa berfikiran positif

Jangan asyik dok fikir bukan-bukan samada terhadap diri sendiri atau orang lain. Itu akan membuatkan kita rasa tak selesa, rasa macam dihimpit masalah berganda-ganda. Padahal diri sendiri tuh, asyik dok pikir benda tak penting. Cuba semaikan diri dengan perasaan kasih sayang. Selalu berfikiran yang baik-baik je. Jangan sebab masalah seciput, habes satu dunia nak mengamuk bagai kan. Ish ish memang tak bagos macamtu. Otak jadi tak aktif badan pon jadi lemau semacam. Cuba ceriakan diri dan berbuat baik dengan semua orang ;) 

7) Love yourself 

Berapa ramai orang yang sayang diri sendiri lebih? Sila angkat tangan semua. Ok satu... dua... tiga... limaribusembilanratusempatpulohenamribujuta orang bagos! Apa saja orang bercakap pasal kita sila abaikan. Benda-benda negatif macamtu lah buat confident level kita runtuh tahu? Aku paling tak suka kalau orang yang suka kutuk-kutuk orang lain, especially kalau bab fizikal. Tapi don't worry babeh, korang nak sakit hati buat ape kan? Kita terima diri kita seadanya. Percayalah, sebenarnya orang yang mengutuk kita tu darling-darling sekalian, dorang jeles jelah. So just chill chill and anggap korang adalah insan yang bertuah di alam semesta. ;) Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Kita bersyukur dengan setiap kesempurnaan yang kita ada. Setiap kita, ada kelebihan sendiri tahu? Cuba cek cepat-cepat apa kelebihan korang ;) And serius, korang semua adalah si cantik dan si kacak! ^^

Mari amalkan doa ini ;)



8) Pakai pakaian yang berwarna warni!

My mom always said, 'pakailah baju lain, asyik pakai baju hitam.'. Majoriti zaman sekolah dulu suka pakai warna hitam atau putih. Betul? Aku pun tak pasti kenapa haha. Maybe dulu sebab aktif taekwondo and kadet polis so konon macam hebak pakai kaler yang suram-suram ish ish. Padahal serius aku tak gheti nak dressing. Alah zaman sekolah je pun. But hello pretty! hello handsome! Start from today, sila pakai pakaian yang berwarna warna sikit ;) Kalau tak silap aku kan ada hari-hari tertentu untuk kaler ape sebab ape kan. Semua tu sebenarnya melibatkan confident level kita! ;) Jangan fikir nak bergaya sakan pulak. Beli baju mahal-mahal semata-mata nak nampak hangat. Tu bukan hangat tu namanya hangit. Hangit duit hahaha. Pakai pakaian murah-murah pon tape, asalkan nampak kemas. Warna itu memberi semangat baru dalam hidup tahu? Kita nak jadi cantik kan? Cantik macam pelangi ;)

nak semua kat atas ni boleh?


Itu saja kot. Selamat beramal ;)



Kita tak sempurna kan? Tapi ketidaksempurnaan itu kebahagiaan bagi kita (fahrin ahmad,2009). 
^^






www.tips-fb.com

Sunday, December 11, 2011

Hello haters!!!!!!

Broommm..Broommm by LittleGurl 7 comments
Assalamualaikum w.b.t

Bersyukur kan dapat hirup udara segar lagi untuk pagi ini? Alhamdulillah. Eh, i think bukan pagi dah tapi dah masuk waktu zohor teeeheeee dah boleh pegi ambek wuduk cepat-cepat ;)

Entry kali ni mungkin pendek atau mungkin panjang sikit kot ehmm ehmm. Serius i takde mood nak berceloteh buat masa sekarang. But i need to share you about something. I don't want to focus to someone (eh?) tapi entry ni khas buat semua yang berilmu (eceh). 

I don't know (donno lagi haish) why peoples love to talk about a bad things about me yeaahhh. That's the point. And tetibe i realize, ini sebab ade blog ke? Heloooooo haters, do you know anything about blog? Kalau rasa anda cik-cik anoy (anonymous) taktau ape itu blog boleh bukak google sekarang juga. -_-'

Anda pernah bukak blog orang lain tak? Fatin Liyana, Cik Epal, Hanis Zalikha, Kak Ain Gojes, Abang Ben, Kembatolo? Mesti tak pernah dengar kan? Yang you dengar cuma blog littlegurlpunyeblog yang ohsem ini hahahaha! Yeah sebab tu tetibe je nak benci dengan i tanpa sebab. Sedih aaa camni. Haters, kalau you bukak their blog, oh kompen hidup you sampai bila-bila dok maki hamun orang sebab satu benda je, YOU JELOUS. Jeles sebab dorang lagik comel, baik and hensem dari you. teeeheeeee

To haters,

I don't know why you hate me, eh tapi i tak benci you pon. But i am glad sebab you sanggup bukak and view my blog whoaaaaaa terharunye sobsob. Yelah even you hate me a lot (maybe), tapi you bukak jugak kan kan. Even sambil bukak tapi mulut buat muncung itik sedepa and mengomel pulak ish ish.

FYI, da masuk 3 years i ade blog. And FYI again, i created a blog bukan sebab nak cari publisiti or nak syok sendiri ohhhh bukan-bukan. I suka menulis apa yang i rasa, apa yang i alami tapi tak pernah mengaitkan orang lain. Blog ni kira macam diary lah cik anoy. Sama je i punya matlamat, dengan bloggers lain punya matlamat. I takde nak cerita pasal orang, apatah lagi mengutuk mengata orang lain bukan-bukan tanpa berfikir panjang. That is not me. Please take note. I menulis dalam blog semua yang berkaitan dengan my life, and not yours. I pegi makan kat mana, i pegi jalan mana, i lepak dengan kawan-kawan kat mana, i pegi dating kat mana, it's all about my life baby. Again, it's not yours.

I takde pon niat nak menunjuk-nunjuk tapi i cuma nak share my sweet moment to everyone especially my family yang dok jauh dari i, bestfriend, all of my friends zaman tadika zaman sekolah zaman campus, lover, and also the best bloggers yang selalu support i since i dengan blog. And one more things, i tepek gambar berjutalemon pon i don't care sebab i bukan nak jaja muka because i know i am not pretty or handsome just like you. Muka i buruk yes i know. Sobsob. Tapi i just saje-saje, just like you jugak kan tepek your own pictures dalam facebook. Yeah, i know that ;)

If you want to view my blog sebab nak kutuk mengata i, i think you should stay away la cik anoy. I don't need you here. Ohhhhhh i rasa tetiba macam blogger femes pulak kan sebab dah ade haters kahkahkahkah! 

I tak pernah gentar langsung sebab you haters. Sebab i tahu apa yang i buat and selama hidup i tak pernah nak mencaci other peoples di depan atau belakang sekalipun. Sebab it's not me la nak maki hamun orang tanpa sebab. I just talk about my own life. Lain lah kalau i seorang blogger yang suka merepek merapu lepastu mengutuk orang lain termasuk you kan. Tapi i tak buat macam tu pon. So, why do you hate me? Kalau you rasa i macam syok sendiri, thanks a lot! Nasiblah i tak pretty or handsome macam you kan sebab kalau muka i macam jessica alba, i rasa you mungkin siap datang bunuh i sebab over jeles bhahahaha! Thanks haters! I love you! (sambil kenyit-kenyit mata) Apa salahnya you terima i dalam hidup you kan (eh?). 

Honestly, dalam hidup ni jangan mudah sangat nampak orang lain buruk dan kita sempurna. Padahal yang kita nampak buruk itulah yang lebih sempurna dari kita. Cubalah terima orang lain sebagaimana orang lain terima kita ye dak? Buat apa nak sakit hati dengan orang tanpa sebab. Do you know kalau kita selalu ada perasaan benci kat seseorang, hidup kita tak kan aman? Tiap tiap hari tengok muka dia, tiap tiap harilah dok sakit hati makan peparu sendiri tau? Eeeeeeeee mesti tanak kan? ;) Padahal orang tu setiap hari happy go lucky and enjoying her/his life with family and friends (i lettewwwww)! 

Just live life with happiness. Saya bangga ada keluarga, kekasih dan kawan-kawan yang saya sayangi sentiasa ada disisi saya. Alhamdulillah. Allah s.w.t memberikan kebahagiaan yang tidak putus-putus. Awak pon akan dapat kebahagiaan yang sama cik anoy. Cuma awak kena buang perasaan negatif tu. Tak baik kata orang macam-macam padahal awak tak kenal pon orang tu ;)

Kita adalah orang-orang yang berilmu. Gunakan ilmu kita dengan sebaik-baiknya, bukan bersangka buruk kepada orang lain.



Imam Al-Ghazali berkata :
“perbuatan maki, caci, kutuk, mencela dan memfitnah orang lain itu perbuatan orang fasik ”. 


Firman Allah S.W.T yang bermaksud: 
...dan ingatlah (angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh...(al-Baqarah: 191).





^^







still hate me cik anoy? hahahahaa i don't care! ;P





www.tips-fb.com

Wednesday, December 7, 2011

Nasib baik tak terbang tinggi-tinggi

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Assalamualaikum w.b.t

  Can you see the happiness on my face sweety?

Ini adalah semalam, selepas berjaya lulus dengan 45/50 markah dalam penilaian undang-undang. Dem. Study kemain sampai pukul 3 pagi tapi hasilnya tak dapat 50/50 hahaha. Tambah pula takleh nak tido hammboiiiiiiiii nak ambek lesen punye pasal, hidup macam tak tenteram betol. Tak suka perasaan macam ni tau. But Alhamdulillah 45 pon markah dah baik kata cikgu i semalam. Thanks cikgu! Lega toksah cerita semalam, lega sangat!

Can you see the double triple happiness on my face handsome?

Yeah, just now i baru balik dari latihan memandu eeeeheeeeee. What? I dah pandai memandu ewaahh ewaahhhh kembang kuncup hidung padahal baru pandai pegang stereng je wakakakaka. Nasib baik betol dapat cikgu driver yang baik gila! Dah la cakap berlembut lembut tenung tenung mata pulak adoiiiiii. Hahahaha. Tapi overall cikgu best, tanye ape apepom memang semua dijawab, and aku takde rasa gugup gugup langsung cuma kadang terlepas clac tu biasalah kan first time ekekeekekeke. Wahhhh tak sabar nak proceed for another step. 

Aku kan first time sentuh stereng errr means that aku first time boleh drive. Gear,handbreak,break,clac tu memang dah kenal sebab akak & fahrin ahmad selalu ajar aku sikit-sikit. Thanks to them! Hehehehe. Masa drive tadi aku paling takut terlepas clac je ayoyoyoyo kalau terlepas clac mau melayang terbang kereta cikgu hahaha. Serius, tadi sejam naik rasa macam ehh cikgu kite dah habes eh? Nak pusing naik bukit lagi boleh tak? -_-' Takleh kena tunggu datang esok pula. Ok fine. fine.


Eh, tetibe aku heran dengan diri sendiri ni apehal eh? Sebelom ne langsung takde mood nak keje or ambek lesen pon. But now aku rasa macam berkobar sangat neh! Faktor penuaan dan kematangan ke? If YES, i am so glad! I dah dewasa ngehngehngeh (macamlah umur semalam 12 tahun, harini jadi 23 tahun pulak kan).

Aku akan proceed for another step sebelum dapat lesen P. So esok nak start belajar lagi, lagi dan lagi sampai dah pandai ;) Oh rasa macam back to old skool dimana kanak-kanak riang baru nak belajar ABC. hahaha!

Hey peoples, wish me luck! Biar i sentiasa dalam keadaan berani, yakin dan yang paling penting, berusaha!

Amin.





www.tips-fb.com

Monday, December 5, 2011

pegang itu tak kena, pegang ini tak kena

Broommm..Broommm by LittleGurl 14 comments
Assalamualaikum w.b.t

Yeah, tetibe gundah gulana semacam. Ish ish. Jantung dah dupdapdupdap sejak dua hari lepas lagi. Padahal nak kata nak mengadap final exam, bukan. Sebab aku dah graduate (alhamdulillah) bulan september lagi. Nak kata ade interview hmmmmm memang taklah sebab lepas interview tempoh haritu aku terus tade apply mane-mane tempat pon lagi. Bukan malas, cuma perlukan persediaan sebab ade a lil bit probs sikit. Eh ke sebab akak aku dah kawen tapi aku sorang je bujang lagi tak kawen ni jiwa jadi tak tenang camni? hahahaa ambooiihhh tak kan sebab tu pon nak gundah gulana cis.

Sebenarnya hari sabtu lepas aku masuk bengkel akademi memandu ehmm ehmm. Nak belajar kereta ni oiiii! Dah besau (ke???) cemgini baru sibuk nak ambek kan. Haiii nak buat camne sebelom ne TERbusy sangat focus dengan study. Mane layan lesen-lesen ni muahahahahaha. Ayat nak sedap je. Haish

Dah setel 5jam masuk bengkel toksah cerita bosan tahap maksimum, akhirnya esok tarikh tetap untuk aku ambek test computer pulak. Eh eh eh sebab tu je ke jiwa jadi tak tenteram ni? 

Malunyaaaa -_-'

Nak ambek test computer pon jadi gundah gulana. Rasanya masa nak ambek final exam dulu tadelah macamni wuuu wuuuu. Over kau nyahhhhhh! Yelah, dah lame kot tinggal zaman belajar. 5 bulan tu lama tahu? So test untuk esok pon aku rasa dah semacam ni. Haiiiiiiii.

Ok nak pi buat latihan 500 soalan dalam buku ni. Hahaha takleh blah buat latihan tu ;D



Wish me luck si comel & si kacak ;)






www.tips-fb.com

wow makan FREE!

Broommm..Broommm by LittleGurl 6 comments
Assalamualaikum w.b.t

Helo!
Helo!

Budak malas dah muncul kembali untuk edisi yang ke enampulohribu!

Annoying gila budak malas ni. Dah la malas hupdet, lepastu annoying kemain. Hmm.

Tiba-tiba rasa mood berblog dah berkurang lately apehal eh? Sebab laptop rosak? BUKAN. Sebab line slow? BUKAN JUGAK. Sebab blog takleh bukak eh? BUKAN BUKAN.

Macam aku selalu cakaplah, mood ni macam chipsmore. Kalau sedap, cepat habes. Kalau dah lemau, lagi lambat nak habes. Sama jugak kalau blog ne. Kalau blogger tak tegar macam aku ni malas kemain, maka secara tak langsung blog pon bersawang dari hari ke hari tanpa rasa bersalah langsung -_-' tapi kalau RAJIN hhhmmmmmmmmm takyah nak tegor pon terus bersemangat nak hapdet sampai sepoloh sekaligus entry satu hari. Nampak tak ape yang aku nak sampaikan? Mood ni boleh cepat berubah. Kadang-kadang je pon malas sebab boleh back to normal jadi rajin balek teeheeee.

Well, a week ago akak aku dah langsungkan perkahwinan dengan jejaka hati pengarang jantung. Yes, sape-sape yang selalu (ehhm ehhm) view blog aku akan tau akan perkara ini. Means that tinggal aku sorang je masih berstatus Dara.com. But don't worry, even semua dah kawin pon, aku tak berseorangan sebab aku bersama kekasih hati tersayang iaitu umi yang comel double triple! 

After wedding day haritu, semua dah berpusu-pusu balik ke tempat asal. Tinggal aku, umi, akak, abang & isteri dan brother in law saja kat rumah. Hmmm, nama pulak pengantin baru kan, so dorang telah volunteer untuk membuat amal kebajikan belanja makan yay! ;D Aku kalau bab makan memang laju muahahaha!



Tempat favourite : Juara Ikan Bakar, Kubang Kerian
Menu : Sup tulang, kailan ikan masin, telur dadar, sotong celop tepung, ikan sambal (eh?)

Menu simple. Tapi rasa kenyang mengalahkan ular sawa telan kambing biri-biri sekor (amboih macam pernah makan kambing sekor). Inilah namanya keberkatan. ;) Lagi-lagi kalau pengantin baru yang belanja kan kan kan.
Abeja, my new brother in law piwittttttttttt 

Mulut ternganga itu adalah si pengantin baru. Eh mulut ternganga tu bukan maksud makan dengan 
lahapnya, tapi tengah mengunyah sambil bersembang. muahaha 

Ini pula abang kesayangan. Sebelah tu kakak ipar gua. Dah jadi macam kakak kandung, 
mulut potpetpotpet juga, satu kepala. 

Kat sini aku paling suka SOTONG CELUP TEPUNG. oh sedapnya panas-panas. 

Jom singgah sini ;) 

Umi comel gua dengan kakak gua, si pengantin baru berusia 1 minggu haha 

Ini gua yang serabai, pemilik blog. 

Ini pengantin lama hahahaha!

Eh tetibe nampak PUAN ni macam berseri-seri. Sebelum ni macam kusam je (kahkahkah). 
Oh inilah orang kata seri pengantin kan kan. ^^

Burrpppppp Alhamdulillah kenyang dah boleh balik dengan hati girang sebab ular sawa dah boleh terbongkang depan tibi dengan tenang ngehngehngeh!

Eh, korang non-kelantan (ade eh camtu?) boleh contact aku kalau nak tau lokasi makanan sedap dan berkhasiat dekat kelantan. Pasti menjilat jari! 




bubui!






Psstt psstt, ape?
Gambar majlis perkahwinan mane? Ohhh gambar pengantin ye.
Lupe nak gitau, all the pictures dalam process. 
Tapi yang aku ade cuma a few, sebab photographer punya kerja je bertugas waktu tu. 
Sabaq naaa....Encik E-share pon suh banyak2 sabar teeeheeeee ^^









www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting