Followers

Showing posts with label Femeli Sygs. Show all posts
Showing posts with label Femeli Sygs. Show all posts

Thursday, November 28, 2013

Syawal

Broommm..Broommm by LittleGurl 0 comments
Assalamualaikum w.b.t

Tahun baru 2014 bakal menjelma, tapi baru nak ceghita event basi raya sebelum ni. Basi tak basi kalau bab raya tahun 2000 pun tetap kekal dalam fikiran. Punya seghonok kalau ceghita bab raya. Raya puasa dan raya haji aku kemain meriah tahun ni sebab cuti seminggu. Horay! Bukan senang nak ambek cuti, pulak tu cuti aku dah hangus, so kira UL. Sedih tau camni. 
Duit raya tahun ni pun kira duit bajet. Tapi Alhamdulillah rezeki halal dari Allah s.w.t sudah cukup buat anak-anak sedara senyum lebaq tahun ni. ‘Ok ucu tahun depan RM100 sorang!’ Menggigil 20 saat sambil tangan dok kira jumlah anak buah. Aiseyman.
Pagi-pagi raya macam biasa solat sunat Hari Raya beserta kemaafan dipinta dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Tapi rasanya tiap tahun kalau salam hari raya ni macam kelam kabut semacam. Kira budak-budak je salam parents or tokmi dorang kat kusi, formal gitu. Yang anak dara ni sorang (ehm ehm) dah entah kemana, lengan tangan baju kurung dah singsing sampai ke siku, pungpangpungpang kat dapur. Kemain kau. Tak pun tengah memegang camera besau sibuk nak snap happy moment time raya. Olololo macam sweet je.





Alhamdulillah keluarga makin bahagia dengan kehadiran cucu-cucu tokmi yang riuh macam pasar malam. Yang dulunya kecit kenot je sekarang masing-masing dah besau panjang. Ucu memang dah sedia kalah kalau nak ukur tahap ketinggian. Oh sedih kalau nak ceghita bab ketinggian ni haha.
Alhamdulillah juga rezeki masing-masing makin melimpah, dugaan yang dulunya sentiasa membuatkan kita rebah tapi rupanya sebagai teguran supaya kita bangun bangkit terus berjuang. Syukur diberi peluang untuk mencari rezeki yang halal dengan kesihatan yang baik. Subhanallah rezeki yang tak terduga. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Kalau tiba musim raya, menu special yang selalu ada mesti nasi himpit. Coklat kek kegemaranku juga sepatutnya wajib setiap tahun, tapi malas punya pasal tahun ni terus tak jadi buat. Tapi tiba-tiba teringin nak buat tart nenas sendiri. Dah aku ni kenapa?
Nanti aku share resepi tart nenas ni pulak. Lama tak share resepi ni sejak busy memanjang teeheee. Till then, jumpa next entry for Hari Raya Aidiladha pulak! Adududu ceghita dah basi la bro.LOL

Bye!






Terima kasih sudi baca! 
www.tips-fb.com

Tuesday, January 10, 2012

Sister's wedding (PICTURES)

Broommm..Broommm by LittleGurl 15 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hello comel!!!! 

Fuuhhhhhhhhhhhhh kesat peluh sekejap.

Ok dari semalam dok pilih gambar satu-satu sebab nak upload dalam blog dan facebook (sure!). Sebenarnya pictures macam dah basi sebab pengantin dah menjangkau usia sebulan dah hahaha. Tapi all the pictures adalah FRESH dari ladang weh. Jangan ingat gambar dah ade sebelum ni cuma aku je malas nak update kan. All the pictures adalah dari photographer terhebak di dunia (Nasrul Hisham Nasir) *sambil kenyit-kenyit mata konon time wedding aku nanti dapat 50% discount* haha hammboi! 

Encik Esham ini baru je pos segala story book yang besar gedabak beserta frame gambar includes photo besar gedabak juga plus lagi dengan cd untuk tontonan umum. Means that hampir sebulan juga menantikan mimik muka family aku masing-masing untuk menonton seketul-seketul gambar yang telah diambil. Berpuas hati atau enggak ya pak, ya buk?

And guess what?

Anda sungguh ohsem wahai Encik Esham!!Oh Encik Hisham gambar-gambar yang anda ambek sungguh cool sekali macam anda juga (sambil laga-laga pipi)!

Weh, over apehal?

*nyorok bawah katil sobsob

Tanpa membuang lemak dan masa, ayuh kita saksikan. 
Sang Cinta bertemu Sang Kasih. Eh boleh? -_-'





Ini aku gatal edit combined sebab tu gambar kecik. Tak reti nak kasi jadi besar bila masuk blog. 
Kalau buat mesti jadi pecah-pecah. Ada solution tak?  












Nak tengok lagi banyak gambar? Click SINI (eh ini bukan advertisement tau, ini folder kawen dalam facebook i je jangan risau teeeheeee)

Enjoy stalking pictures wakakaka! ;P







www.tips-fb.com

Monday, January 9, 2012

back to school ;))

Broommm..Broommm by LittleGurl 4 comments
Assalamualaikum w.b.t

Orang kata hidup di asrama boleh jadi lebih berdikari. Yes memang betul. Aku masa kat asrama dulu memang berdikari 100% sebab dah tak duduk dibawah ketiak umi dah. Semua keje buat sendiri bangun dari tido sampai malam tido balik. Bagi aku tu semua takde hal (hamboi kau cakap besar haha) sebab kat rumah memang rendam baju sendiri, makan cedok sendiri, memang takde hal. Tapi yang jadi hal berat bagi aku nak sesuaikan diri dengan kawan-kawan baru. I guess semua orang macamtu kot. Sebab masuk sekolah baru then akan jumpa kawan baru, roomate baru dan classmate baru. Risau takut orang taknak kawan dengan aku yang comot ini. Serius, takde kawan memang tak cool langsung. 

But i am so glad sebab mempunyai tahap percakapan yang amat tinggi. Err, maksud disini aku bukan dilahirkan sebagai budak pendiam pun. Tapi dilahirkan sebagai seorang yang mempunyai nafsu untuk bercakap yang berganda-ganda sejak dari kecil. Yeaahh bercakap memang taksah potpetpotpet tak henti sampai sekarang. Oleh sebab itu, Alhamdulillah sejak aku sekolah memang ada ramai kawan yang semua sporting and baik hati ;)) Bila masuk universiti (Uitm), lagilah ramai member yang aku jumpa/kenal sebab dah involved macam-macam program dan aktiviti. Memang best! ;))

Itu sebab orang kata waktu sekolah dan belajar adalah nikmat hidup yang paling besar bukan? 

Ok nangis sekejap *rindu nih

T.T




However, luckily anak sedara aku dapat masuk SMKA Naim Lilbanat dekat kelantan.
Dekat sini hoiiii mana aku tak gembira kan eeeheee. Yelah, parent dia pon beria sangat nak hantar dekat kelantan sebab dekat dengan atok nenek dia. 
Tambah pulak ade auntie comel dia kat sini aaucchhhhhhhh comel? *pang sepoloh kali nak?*
Means that tiap-tiap minggu aku boleh lepaskan rindu aku tengok asrama budak ni hahaha. Hamboi kau over betul. Mentang-mentang dah 6 tahun tinggal sekolah nak lepas rindu tengok asrama orang pulak kan. ;D Seriously, asrama zaman sekolah tak sama dengan hostel budak U (bila masuk U terus panggil hostel tak panggil asrama kahkahkahkah). Tapi dulu aku punya asrama kat MARA Jeli adalah seketul bilik bukan dorm. Bilik empat orang je bukan dorm nak dekat duapuluhorang boleh? T.T

Tapi okla jugak asrama kat sekolah Naim ni. Cuma bagi aku yang tak best langsung takde meja tulis eh eh pelik kan? Aku kalau masuk asrama meja tulis yang paling best. Sebab boleh nak design segala bagai, nak balut meja la nak hias board la eeheee. Kalau tak silap aku semua asrama perabot yang dapat adalah katil, loker dan juga meja tulis. Tapi kat sini takde apehal eh?
Hmmmm, masa aku dengar taklimat untuk budak-budak tingkatan satu haritu, memang dia da bagitau yang waktu prep hanya boleh berada di sekolah untuk belajar. Ooooo kiranya tak boleh nak belajar dalam bilik lettew kan. Tu sebab takde meja tulis -_-' 
Since anak sedara aku, Athirah ni dapat duduk asrama, pulak tu jauh dari umi abah dia kat KL, memang bertalu-talu soalan aku dapat. 

'Ucu, ucu dulu basuh baju pakai tangan eh?'
'Ucu, prep tu ape?'
'Ucu, ituuu, ucu, iniiiiiii'
mari berjimba-jimba ke tesco sebelum menghantar ini budak pergi berjuang oyeeaahhhh  ^^ 
(padahal dalam hati sedih kau!)

Hmmmm, nasib baik aku dah pernah mengalami situasi dok asrama, jadi tak kekok nak berhujah memberikan jawapan yang terbaik. Fuhhhhh. Nasib baik kan. Kalau tak mau ternganga jugak aku nak jawab. Harini dah masuk hari ke 6 dia kat asrama. Tapi semalam kot baru pegi balik asrama semula sebab warden kasi balik kerap sikit tiap-tiap minggu (hari khamis boleh balik yeaaaa). Budak-budak baru kan, takut homesick gila-gila punya sampai meraung tak ke susah warden nak pujuk sorang-sorang. 
Alhamdulillah setakat ni kakak (Athirah) dok ceghita benda-benda baik belaka, bermakna dia seghonok la dapat sekolah kat sana. Kawan pon dah ramai dah. Budak-budak dorm pon aku tengok semua baik la, suci bersih je muka kan sebab sekolah agama ;) Lepastu kakak banyak dok tanya macam-macam la sebab semua kena buat sendiri. Cuma masih dalam minggu orientasi lagi sampai minggu depan. Aku pun tumpang gembira jugak, setiap ceghita dia membuatkan aku bertambah rindu zaman cenenot aku kat asrama. Ish ish 
Good luck untuk kakak. Tahniah juga untuk kejayaan memperoleh 5A UPSR yang lepas. Ini adalah impian kakak sendiri untuk bersekolah di sekolah agama dekat sini. Buktikan kepada Umi  & Abah yang kakak mampu memperoleh kejayaan yang lebih besar. Take care my dear. I love you ;)






Tiap-tiap minggu kakak balik ucu buat spagetti, makan sampai muak ahahahaha! ;D
eh spagetti je kau reti buat? $#%$#^*&*@#$





www.tips-fb.com

Tuesday, December 20, 2011

it's 19122011! happy birthday to you

Broommm..Broommm by LittleGurl 14 comments
Assalamualaikum w.b.t

Ini adalah hari kejadian ;D bergegas ke bandar untuk mencari sesuap nasi. eh bukan bukan untuk mencari seketol hadiah untuk budak tu. budak? *pang* ehm ehm hari kejadian baru nak pegi cari hadiah hahaha


Ehm ehm

Awak.

Ini untuk awak.

Awak, terima kasih sebab selalu ada dekat dengan saya, sebab waktu awak ada, sedih saya mesti hilang ;)
Awak, terima kasih sebab selalu kutuk-kutuk saya, sebab bila awak kutuk saya jadi lagi kuat ;)
Awak, terima kasih sebab selalu nasihat saya, sebab nasihat awak tu selalu saya ingat ;)
Awak, terima kasih sebab selalu tegur saya, sebab bila awak tegur barulah saya tau ohh saya silap rupanya ;)
Awak, terima kasih sebab selalu paksa nangis depan awak, sebab bila saya nangis saya rasa dah hilang beban tu ;)
Awak, terima kasih sebab sentiasa bagi sokongan dekat saya, sokongan awak buat saya rasa meronta-ronta nak terus berjaya ;)
Awak, terima kasih sebab selalu bagi duit dekat saya, sebab setiap apa yang saya pakai makan dari duit awak adalah satu keberkatan ;)
Awak, terima kasih sebab restu bila saya cakap saya dah ade boyfriend ( hihihihi ), sebab bila awak restu saya rasa dunia saya berwarna warni macam pelangi ;)
Awak, terima kasih sebab selalu melayan karenah saya, sebab awak pun tau saya selalu jugak layan karenah awak ;)
Awak, terima kasih sebab selalu bawak saya jalan-jalan, sebab awaklah saya dah tak sesat ;)
Awak, terima kasih sebab selalu marah saya bangun lambat, sebab bila awak marah baru saya sedar satu masa nanti sayakan nak jadi isteri dan ibu yang baik ;)
Awak, terima kasih sebab sayangkan saya, sebab saya tau AWAK KAN KAKAK ;)


I love you more and more. Happy birthday sister !!






Nota kaki : 
kepala dan tangan wajib diberikan seni lukisan terhebak. eh tiba tiba tangan macam takde errrr -_-'







www.tips-fb.com

Monday, December 5, 2011

wow makan FREE!

Broommm..Broommm by LittleGurl 6 comments
Assalamualaikum w.b.t

Helo!
Helo!

Budak malas dah muncul kembali untuk edisi yang ke enampulohribu!

Annoying gila budak malas ni. Dah la malas hupdet, lepastu annoying kemain. Hmm.

Tiba-tiba rasa mood berblog dah berkurang lately apehal eh? Sebab laptop rosak? BUKAN. Sebab line slow? BUKAN JUGAK. Sebab blog takleh bukak eh? BUKAN BUKAN.

Macam aku selalu cakaplah, mood ni macam chipsmore. Kalau sedap, cepat habes. Kalau dah lemau, lagi lambat nak habes. Sama jugak kalau blog ne. Kalau blogger tak tegar macam aku ni malas kemain, maka secara tak langsung blog pon bersawang dari hari ke hari tanpa rasa bersalah langsung -_-' tapi kalau RAJIN hhhmmmmmmmmm takyah nak tegor pon terus bersemangat nak hapdet sampai sepoloh sekaligus entry satu hari. Nampak tak ape yang aku nak sampaikan? Mood ni boleh cepat berubah. Kadang-kadang je pon malas sebab boleh back to normal jadi rajin balek teeheeee.

Well, a week ago akak aku dah langsungkan perkahwinan dengan jejaka hati pengarang jantung. Yes, sape-sape yang selalu (ehhm ehhm) view blog aku akan tau akan perkara ini. Means that tinggal aku sorang je masih berstatus Dara.com. But don't worry, even semua dah kawin pon, aku tak berseorangan sebab aku bersama kekasih hati tersayang iaitu umi yang comel double triple! 

After wedding day haritu, semua dah berpusu-pusu balik ke tempat asal. Tinggal aku, umi, akak, abang & isteri dan brother in law saja kat rumah. Hmmm, nama pulak pengantin baru kan, so dorang telah volunteer untuk membuat amal kebajikan belanja makan yay! ;D Aku kalau bab makan memang laju muahahaha!



Tempat favourite : Juara Ikan Bakar, Kubang Kerian
Menu : Sup tulang, kailan ikan masin, telur dadar, sotong celop tepung, ikan sambal (eh?)

Menu simple. Tapi rasa kenyang mengalahkan ular sawa telan kambing biri-biri sekor (amboih macam pernah makan kambing sekor). Inilah namanya keberkatan. ;) Lagi-lagi kalau pengantin baru yang belanja kan kan kan.
Abeja, my new brother in law piwittttttttttt 

Mulut ternganga itu adalah si pengantin baru. Eh mulut ternganga tu bukan maksud makan dengan 
lahapnya, tapi tengah mengunyah sambil bersembang. muahaha 

Ini pula abang kesayangan. Sebelah tu kakak ipar gua. Dah jadi macam kakak kandung, 
mulut potpetpotpet juga, satu kepala. 

Kat sini aku paling suka SOTONG CELUP TEPUNG. oh sedapnya panas-panas. 

Jom singgah sini ;) 

Umi comel gua dengan kakak gua, si pengantin baru berusia 1 minggu haha 

Ini gua yang serabai, pemilik blog. 

Ini pengantin lama hahahaha!

Eh tetibe nampak PUAN ni macam berseri-seri. Sebelum ni macam kusam je (kahkahkah). 
Oh inilah orang kata seri pengantin kan kan. ^^

Burrpppppp Alhamdulillah kenyang dah boleh balik dengan hati girang sebab ular sawa dah boleh terbongkang depan tibi dengan tenang ngehngehngeh!

Eh, korang non-kelantan (ade eh camtu?) boleh contact aku kalau nak tau lokasi makanan sedap dan berkhasiat dekat kelantan. Pasti menjilat jari! 




bubui!






Psstt psstt, ape?
Gambar majlis perkahwinan mane? Ohhh gambar pengantin ye.
Lupe nak gitau, all the pictures dalam process. 
Tapi yang aku ade cuma a few, sebab photographer punya kerja je bertugas waktu tu. 
Sabaq naaa....Encik E-share pon suh banyak2 sabar teeeheeeee ^^









www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting