Followers

Wednesday, March 30, 2011

Bila diri disayangi

Broommm..Broommm by LittleGurl 1 comments

Rasa kembung semacam akhir akhir ne. Petanda penuaan atau terlebih makan? Atau pula kurang makan? T_T. Tadi baru je lepas makan dengan budak budak bilik. Menu maggi, roti dan air milo. Itu je termampu. Padahal memang tu je kot makanan hari hari sejak diploma lagi. HAHA. bajet nak sedih la pulak.

Agak sedih la jugak rasanya sebab poket dan bank sudah kering kontang. Kalau awal awal dulu bukan main shopping sakan, makan best best, pegi situ sini kan. Sekarang ne kau ternganga je la tengok orang pakai baju baru, makan lazat lazat macam Big Apple dan Pizza Hut kegemaran kau tu. Eh sejak bile pulak suke Big Apple ne? =.=


sedapnye hingga menjilat kuku jari T_T

Shopping?Jalan jalan? Makan makan? Cuba cakap ape yang aku beli awal awal semester haritu? Cuba cakap mane aku pergi awal semester haritu? Cuba cakap makanan ape aku makan awal awal semester haritu? Tade ape yang aku beli pon. Ok tipu la kan. Sabun, bedak, deadorant tu ape? Perlu beli jugak kan? Jalan jalan? Setakat pergi PKNS, Seksyen 2 untuk beli makanan. Tak pon pergi JJ Bukit Raja, tu pun x kuar duit sebab ditanggung sepenuhnya oleh Encik Fafau. Makan? Ade la sekali dua makan kfc pastu chicken cop berharga RM12.90. Mahal gile T_T. Tu je la. Laen laen? Takkan nak list satu satu kan.

Itu bermakna duit ne macam air mengalir je. Walaupun kita tade guna banyak pon, tapi lame lame duit dalam purse dah nipis semacam. And honest semester kali ne LG rasa macam berjimat gile kot. Mane tak nya gara gara thesis tercinta, LG kena jaga duet sikit la. Sebab kena kuar pergi site, pergi interview, pergi setelkan hal hal case study. Tambang kereta sewa, tambang bas, tambang train. Tu sume kena ambek soal. Even total tambang korang cuma RM10/day, cuba kira kalau hari hari keluar pergi setel kan thesis tu. Mau da RM70 dalam masa seminggu. No wonder la kan mane semua duit tu pergi. T_T

Sebenarnya, saat kita rasa kekurangan, Allah s.w.t sentiasa melihat kita, bahkan setiap masa. Ketika kita senang, ketika kita susah. Dia ada menemani kita. Dan LG sebenarnya begitu bersyukur, kerana setiap kesusahan yang LG lalui, telah berjaya LG tempuhi dengan sebaiknya. Alhamdulillah.

Allah s.w.t cuma memberi ujian pada kita. Samaada kita mampu menghadapi semuanya dengan tabah dan sabar atau pun tidak. Percayalah, setiap ujian itu akan memberi sesuatu yang baik kepada kita.

Pernah satu ketika, bayangkan suatu ketika semasa LG di UiTM Perak, LG menangis dan rasa sedih sangat sebab duit dalam bank hampir da tinggal zero. Dalam dompet apatah lagi kan. Waktu tu hampir hampir da nak habes semester. Nak mintak ngan akak, memang segan sangat. Nak mintak ngan abang, dia pon masa tu dalam proses nak kumpul duet. Nak mintak dengan umi, memang LG takan mintak. Sebab umi da bersara, tak kerja macam dulu da. Cuma menjahit je. Apatah lagi, Hanya umi sorang saja yang ada. Jarang sekali LG mintak duet dengan umi sejak masuk universiti. Nak dijadikan cerita, LG dapat panggilan dari mak saudara LG yang memang tinggal berdekatan dengan UiTM.


Auntie : Azy kat mana?

Aku : Azy kat hostel. Nape suta (panggilan manja kat auntie bongsu LG)?


Auntie : Minggu ne datang la rumah suta. Kita pergi berfoya foya. Nanti syabil suta letak kat rumah pengasuh. Budak budak ade aktiviti kat sekolah. Pak Su pergi KL, ade kena hantar barang seramik dia. Nanti suta ambek Azy.


Aku : yeke. hehehe. boley jugak.


Ayat tak leh bla nak pergi berfoya foya kan. Bukan bermaksud pergi club ke ape tau. Maknanya pergi jalan jalan la. So, hari minggu tu LG tido rumah auntie LG. Dia bawak LG jalan jalan sekitar Manjung, Ipoh, Sitiawan, Lumut, Teluk Batik. Pastu makan chicken cop, McD, and bla bla. Memang macam di layan seperti puteri kot. Padahal tade LG mitak ape ape pom. But she really treat me like her own daughter. Memang terharu gile. Then, masa nak balik UiTM, auntie sempat hulur sesuatu kat LG. And sangat surprise dia hulurkan LG duit. Masa tu jugak rasa macam nak terus buat sujud syukur. T_T Tak terkata sangat.

Pernah sekali masa dah hampir nak habes cuti semester, LG tade duet nak beli tiket bas. So, LG mitak akak masukkan duit untuk beli tiket bas. Bile LG pergi bank, LG pelik sebab tiba tiba ade 4 angka duit LG. Padahal dalam tu tinggal cipot je kot. LG call tanya umi, tanya akak, kot kot tersilap bank in.

Umi : ke duit zakat adik dah masuk?

Adik : Eh, tade la. Dah 3 bulan apply, macam tak dapat je.

Umi : Cuba tanya kat unit zakat tu. Mana tau rezeki kan

Adik : Hmmm,ye kot. Ok nanti adik tanya.

Esokkan pergi kat unit zakat, memang ye, nama LG terpampang kat board luar unit zakat. Tersenyum lebar sampai ke telinga walaupun dapat time nak dekat cuti semester dah pun. Duit zakat tu LG ade apply masa awal awal semester 3. Saje la mintak sebab sape sape pom boley apply kan. Sebab UiTM memang ada peruntukan untuk biasiswa pelajar. Dalam masa 3 bulan tuh, lame da tunggu, ingatkan memang tade rezeki da, tapi Alhamdulillah. Itulah balasan jika kita bersabar. Dan dengan penuh rasa bersyukur, LG sumbangkan duet tu dengan buat majlis makan makan kat rumah. Jemput sedara, jiran jiran, kawan kawan. Bukan sebab bangga, tapi sebab rasa rezeki tu patut dikongsikan bersama. Sampai ada yang tanya...


"Mok long wat balik menantu ko ne?"

Mentang mentang i yang sponsor, teros cakap pasal kawen.

T_T

Dan dah banyak kali bile di saat LG rasa macam tak mampu nak tanggung diri, ne pon berkaitan dengan duet jugak, ade saja sumbangan tiba tiba muncul.

"Tape la hari ni saya bayar"

"Jom nak belanja ne"

"Mari bilik make, ado makane banyok neh"

"Nak ikut tak?Along aku nak blanja makan."

"Adik da makan?Abe nak gi Shah Alam ne."

"Nah, pendrive 8gb"

"Ambil duet ne buat blanja"


T_T


Memang benar, Allah S.W.T Yang Maha Adil terhadap makhluknya. Dia hanya inginkan kesabaran hati kita terhadap setiap dugaan yang diberi. Dan balasan yang baik akan kita dapat andai ketabahan itu menjadi sebati dengan diri kita. Rezeki itu datang dari Yang Maha Esa, andai kita tidak bersyukur, bila bila masa Dia akan tarik balik rezeki kita. Dan andai kata kita bersyukur, rezeki itu akan dilipat gandakan.

ALHAMDULILLAH kerana aku masih dikelilingi dengan keluarga yang tersayang, insan yang tercinta dan rakan rakan yang sentiasa ada disisi untuk membantu.

For the rest of my life.


p/s: nak sedih sedih mesti bab 
makan je kan T_T
p/s/s:  tq along!muah!











Sila klik jika sudi =)

www.tips-fb.com

dah hilang gemuruh di jiwa

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Mari bertepuk tangan sama sama 
Sambil tersenyum lebar hingga ke lubang cacing telinga.

Semalam telah berakhir nya pembentangan dan dalam bahasa English dikenali sebagai Presentation yang melibatkan pelajar QS Part 6.
Pembentangan ini berjudul : Presentation Applied Studies
Tajuk memang selalu mantap. =.=

Bermula dari awal semester hingga la semalam, kami dipaksa terpaksa membanting tulang (betol ke ayat aku ne?) menyiapkan semua report dan juga slide serta ilmu di dada. Setiap pelajar akan mempunyai group masing masing.Group kami adalah seramai 11 orang. 
Dah boleh tubuhkan player bola sepak.
Dan saya adalah goalkeepernya, sehebat Khairul Fahmi yang muka ala ala korea itu.
Eh ape ne tiba tiba menyebut nama apek pulak.
Ok fine.


Patutnya ade sorang lagi, si hafiz. Tapi kerana ade masalah kucing beranak, jadi dia xdapat bergambar bersama sama. 



Pendek gile haku. haha. Lepastu bahu macam pemain besbol. Besar gedabak sebab ade span. 
Biasa la baju pinjam sebab tade colour biru. T_T


Supervisor kami adalah Puan Afzan, yang cantik dan sehalus bayi. Sangat baik dan sentiasa memberi tunjuk ajar dan juga nasihat tanpa jemu. Banyak sangat ilmu dan tidak lokek nak kongsi sama sama. Terharu sangat.
^.^

Semalam, 2 orang panel berdiriduduk megah di atas kerusi. Puan Afzan dan juga Puan Khairani (Pn K),seorang penulis skrip buku yang terkenal di kalangan orang orang bangsawan construction. 
Buku beliau yang saya tengah guna sekarang adalah berjudul Pak Pandir dan Mak Mandir.
ok tak lawak langsung.

Construction Economics
tapi saya pakai version lame. Sekarang da ade version baru. Tunggu duet lain nak beli.
Padahal memang tak beli da kot. haha

Alhamdulillah setelah bertungkus lumus dengan ahli kumpulan saya menyiapkan 1 project mix development yang mengandungi isi isi penting tersebut:

company profile
developer profile
market survey
development process
feasibility study
financial

akhirnya, tamat lah sudah pembentangan kami. Walaupun ade kekurangan dan kelemahan, sekurangnya kami telah buat yang terbaik. Sayang gile kat korang!tetibe


ok gambar blur tetap nak letak sebab ade yang ne je time makan makan. Kat Seksyen 7. Tapi lupa name ape da restoren ne. Hahaha. Tapi dekat dengan HAKIM. Hakim kedai makan bukan hakim kat mahkamah majestret.


Semangat makin pulih bile dengar Puan K bagi sedikit brainwash  nasihat memandangkan kami di semester akhir sekarang. Risau tak yah cakap lar sebab memikirkan ape la naseb kami selepas ini. 

Sume orang akan tanya:

"eh bile abes blaja?"

"ne semester last kan?"

"wah best la pasni dah boleh keje. da apply?"

"keje kat mana lepas ne?"

"keje KL ke balek kampung?"

dan soalan yang paling kerap ditanya adalah....









"da abes blaja teros kawen ek?"







T_T

p/s: mood keje tros meningkat ke 58%
eh sikit nye T_T




Sila klik jika sudi =)

www.tips-fb.com

Sunday, March 27, 2011

Peraduan : Entry bulanan terbaik anda dari FARISZ@AZ.Com

Broommm..Broommm by LittleGurl 5 comments
Assalamualaikum w.b.t


Terlebih dahulu LG nak ucapkan ribuan terima kasih kat Encik Farisz sebab sudi datang promot LG join this contest. Ini contest beliau ye kawan kawan. Sebenarnya da berulang kali LG asyik tengok je link contest beliau. Cuma tak berkesempatan je nak join. Kali ni,saya sahut cabaran. Sekadar suka suka sahaja. Apa guna menjadi blogger kalau bukan kita yg support rakan rakan blogger yang lain kan? Lagipun Encik Farisz nak promot belog kite. Suka suka suka.

LG sebenarnya nak berkongsi entry LG. Entry ne terbaru la jugak dalam bulan Mac ne. Mungkin ceritanya orang ramai da tau, tapi apa yang LG nak kongsikan bersama,adalah sesuatu yang boleh kita ambil iktibar.


Mungkin tak ramai sebenarnya yang tau lebih details tentang hukum membunuh diri. Melalui entry ini, sedikit sebanyak LG telah kongsikan bersama dari sumber yang boley dipercayai. Harap entry tersebut bukan sahaja menang contest ne, tetapi sebenarnya lebih kepada teladan dan ilmu untuk kita bersama.

Ok,LG tagged mereka:



Nak tau lebih details,sila ke Farisz.com

p/s: akhir akhir ne rasa macam banyak 
je entry guna ayat skema.
buang tabiat agaknya. T_T







Sila klik jika sudi =)

www.tips-fb.com

Sisa sisa kegembiraan sebelum menjelang bulan Mei

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Hari berlalu dengan pantasnya tanpa disedari. Dan tiba saatnya pula berpisah dengan yang tercinta.
Kecintaan yang ku puja,yang kudamba.

 Eh apa melalut ni.

Bukan entry tentang cinta lah!

Entry tentang classmates versi QS Student. apakah?

Jumaat lepas adalah hari perlawanan futsal antara pelajar part 6 QS Uitm Shah Alam di Sport Planet, Shah Alam. Kalau bukan kerana LG jarang join class punya trip@aktiviti ( terasa sedih disitu T_T ) dan juga kalau bukan kerana kak dee yang mengoffer diri untuk naek kereta bersama sama, LG mungkin xjoin da sport event kali ne. Naseb baek berpeluang bagi semangat dan support kat kawan kawan. 

Go B go!
Go go go abes dengan player sekali masok goal.
haiyaaa~


Tengok la betapa anggunnya saya memakai jersi class ne. Boleh pakai nak pergi dinner nanti. =.=


Nampak tak colour hijau selembut rumput di ladang tuh? Team kami la tu. First game dah mula bersemangat gile. Dan kitorang pasukan sorak terkinja kinja di luar jaringan lokap tersebut. Rasa macam nak masuk maen jugak. Tapi apakan daya. Futsal wanita tade. So,kau jerit je la kuat kuat kat team kesayangan tuh T_T


Sape la tu yang terlampau ketot a.k.a kecik. HAHAHA. Ingat da cukup tinggi, rupanya memang tak T_T. Tapi saya tetap suke no 8 tu. Awak suke tak?



Jejaka rupawan di dalam pagar. Ambil bola tolong tunjukkan. 
Dia budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan.
Hai goalkeeper. Apa peace peace? Bajet macam Khairul Fahmi yang hensem plus terror reject bola tuh. 
Ok la ok la, awak pon hebat juge ^.^ tetibe


 Jejaka jelita keletihan setelah bertungkus lumus di medan perang.


 Gadis kacak sedang bergumbira sambil bersorak menjerit keseronokan.



Mereka di atas ne selalu buat bising dalam class. Suara sorang sorang macam speker dalam dewan senat. Saya pom sama. Mengalahkan suara kakak Anuar Zain. 
pengsan.

Apa yang menyedihkan, ketiga tiga perlawanan kalah. Pengadil tidak adil dan pihak lawan bertindak kasar.
Tengok, saya cuba menyalahkan orang yang tak bersalah.
HAHAHA
Tape la kalah menang kan adat pertandingan. 
Habes degree nanti jangan lupa, kita berentap lagi!


TATA


p/s: tak sabar nak ambek gambar futsal ngan Raff T_T


www.tips-fb.com

Friday, March 25, 2011

Hukum membunuh diri

Broommm..Broommm by LittleGurl 8 comments
Akhir akhir ne terlalu banyak berita tentang kematian. Kematian yang tak disangka sangka dan ianya adalah ketentuan dari Yang Maha Esa.Tapi yang peliknya ada pulak yang nak bunuh diri.



KOTA BHARU: Sekeping tilam yang dipinjam dari premis berdekatan memisahkan seorang gadis berusia lingkungan 20-an dengan maut selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, gadis berkenaan yang memakai baju-T putih dan berseluar jeans biru, sempat mengacukan pisau kepada anggota bomba yang cuba menghalangnya dari terjun dari ketinggian kira-kira 30 meter.

Difahamkan, gadis itu cuba membunuh diri kerana menghadapi masalah cinta dengan teman lelakinya.

Saksi kejadian, Mohd Syah Azrul Afandi Yusof, 25, berkata, sebelum menyaksikan aksi mendebarkan itu, dia melihat gadis berkenaan mundar-mandir di tingkat berkenaan dan terkejut apabila dia cuba mengelar lengannya dengan pisau.


“Sebelum jam 4 petang, saya lihat dia di berlegar-legar di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall. Dia juga dilihat cuba mengelar leher dan lengannya.


Untuk keterangan lebih lanjut : mymetro

Apa kes?Orang lain berdoa nak panjang umur,dia boleh pulak senang senang cari inisiatif untuk pendekkan umur.Ya Allah.Jauhkanlah kami dari cetekan emosi begini.Kawan kawan please jangan buat begini ok.Walau ape pom yang berlaku dalaam hidup kalian,bersabar adalah tunggak utama.Ada hikmah disebalik semua tu.Jangan hanya kerana ujian kecil dari Yang Maha Esa,kita mencari jalan penyelesaian singkat.Tak bagus tau.LG nak berkongsi ngan korang sume tentang hukum membunuh diri.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.
Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.
مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ ‏ ‏تَحَسَّى ‏ ‏سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا

Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Thabit bin Dhohak R.A. (ثابت بن الضحاك), sabda Nabi S.A.W.:
مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَيْءٍ فِيْ الدُّنْيَا عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (جندب بن عبد الله), katanya Nabi S.A.W. bersabda:
‏كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ بِهِ جُرْحٌ فَجَزِعَ فَأَخَذَ سِكِّينًا فَحَزَّ بِهَا يَدَهُ فَمَا ‏ ‏ رَقَأَ ‏ ‏ الدَّمُ حَتَّى مَاتَ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى ‏ ‏بَادَرَنِي عَبْدِي بِنَفْسِهِ حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)

Hukum Orang Bunuh Diri
Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.

Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.

Daripada Jabir bin Samurah (جابر بن سمرة) R.A. katanya:
‏أُتِيَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ ‏ ‏بِمَشَاقِصَ ‏ ‏فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ
Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.”(Muslim)

Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut:
“Hadith ini menjadi dalil bagi ulama yang berpendapat tidak disembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dia lakukan, inilah mazhab ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz dan al-Auza’ie. Manakal al-Hasan, al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie dan kebanyakan ulama berpendapat: Disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri. (Jumhur) kebanyakan ulama ini menjawab tentang hadith ini yang baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu disembahyangkan oleh para sahabat…”


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Oleh itu,jangan terlalu ambil ringan hal macam ni.Biar apapun dugaan dan cabaran yang kita tanggung,sama samalah kita bersabar dan mencari jalan penyelesaian sebaiknya.Bagi adik adik yang baru sahaja mendapat keputusan SPM,jangan bersedih ok kalau result tak sebagus rakan rakan yang lain.Kita sudah cuba yang terbaik.Percayalah akak cakap,dunia baru adik baru sahaja bermula.Banyak lagi peluang lain yang adik adik akan tempuhi.Jadikan pengalaman itu satu perkara yang membuatkan kita tegar dalam kehidupan.Sedih sangat bila mendengar berita tentang kematian seorang pelajar beberapa tahun yang lepas kerana membunuh diri.Sanggup lakukan apa saja hanya kerana kecewa dengan keputusan UPSR.Kita perlu tau,Yang Maha Esa sudah menyediakan sesuatu untuk kita sebenarnya.Dia sayangkan kita.Dia tau apa yang terbaik untuk kita.Jadi sama sama kita renungkan.Wahhulam.

p/s: percayalah,sesuatu yang hilang 
akan digantikan sesuatu yang baru
yang lebih baik


www.tips-fb.com

Thursday, March 24, 2011

tak sabar nak tunggu esok!

Broommm..Broommm by LittleGurl 4 comments
Class kitorang memang dah biasa buat aktiviti beramai ramai.Sebagai contoh,bowling,karoeke,jalan jalan,and yang paling best adalah FUTSAL. yes memang la kaum wanita tak join pom game ne. T_T tersengih saje la kau duduk atas kerusi tengok hero hero macho berentap. naseb baek tade popomm girl. Kalau tak memang masak la.Tak jadi keje nak maen futsal asyik tengop gadis gadis rupawan terkinja kinja.=.= 

Esok hari Jumaat. Again,perlawanan futsal akan berlangsung di Sport Planet, Shah Alam.Weeeee.Tak sabar sangat rasa sebab lama dah batch kitorang tak buat aktiviti macam ne.Almaklum da hampir da nak jadik student graduate ne,auwwwwww,so haruslah berhibur seketika sebelom final exam bermula.

Hey guys,tadi LG dapat jersi tu. Jersi tu la....

JERSI CLASS QS6B

Perhatian : Segmen kali ini bukan untuk sesi jual beli. Harap maklum.

Bawah ne jersi class LG. Baru je dapat tadi. Lame da nak buat jersi ade nama sendiri.Teruja gile taw!



Simple but nice. =.=



Simple but hot sebab ade name LG disitu.Tak sabar nak pakai esok.eeee


p/s: Korang tau player ape no 8? 
LG just pilih je no tu sebab 
suke ^.^



www.tips-fb.com

1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin

Broommm..Broommm by LittleGurl 3 comments
2 3 hari ni hidup seakan akan macam dah tak tau nak buat apa. Err,i means  berkaitan dengan akademik. Konon la tade keje padahal malas nak buat. HAHA. eh tak la. Bukan malas cuma,memang da berkurang sedikit kerja lepas berakhirnya proses penyiapan THESIS baru baru ne. Ouh sudah sudah la sebut pasal thesis. Alergik! T_T

Meh nak habaq mai. Ceq masok contest lagi! 
"1st Contest Dari xyber : Pose Depan Cermin"
Ne encik Amri punya contest.


ok gambar di atas adalah banner untuk contest ne. Gadis gadis shantek jangan pandang lame lame kat jejaka di atas. Nanti pengsan. T_T

Di bawah adalah taruhan saya!


Biapom tidak sekacak mereka mereka di atas,biapom tidak secomelan gadis gadis di luar sana , saya tetap nak join! ^.^
Tambahan pula, contest ini dijemput jemput  oleh tuan blog sendiri. Terharu mak. T_T
Lagipun saya jarang join contest contest segala bagai ne.
Tambah nilai lagi, saya sudah punya waktu terluang sekarang. 
Lagipun..........
Barangkali....
Hatta.....
Dah dah jangan terover over.

LG tag mereka
lost kitty
qis
hajar
nana

psst..psst...
Nanti saya belanja Encik Amri yang kacak bergaya ABC Fradoo kat Shah Alam ne. erk! tetibe =.=


p/s: Sape nak duit mari ikut saya join contest ini. 
Anda pasti teruja.

p/s/s: tengkiu Encik Amri kerana invite 
LG untuk join contest ne!
 "__________"


www.tips-fb.com

Wednesday, March 23, 2011

Cik Epal Contest

Broommm..Broommm by LittleGurl 4 comments

First thanks to Cik Wanie sebab tag LG harini!
Happy happy happy day~
Tambah pulak harini tade class so boley menggodek godek blog kesayangan and also blogwalking.
Hey,contest CIK EPAL ne! excited LOL~
lame da usha cik epal ne sebab dye howt and sempoi.
maseh setia menanti tunggu cik epal visit my belog. T_T

Yea!yea!nak join nak join!

LG kasik cik epal gambar ne! bia tak somel mane pom tetap nak letak gamba ne! LOL



Saya membaca blog cik epal kerana

Cik epal sangat sempoi!First time mula mula terjah cik epal punya belog memang teruja. Tambah plak bile tengop banyak gambar gambar cik epal dengan bloggers laen. yes!masa tu baru LG taw yang cik epal ne memang howt howt spicy! Teruja tengop cik epal dengan bloggers laen join gathering. And one more thing! i think u are fashionable person. Cik epal look confident and always be cool whenever ade anoy yang memang menjeleskan diri. Hey u know why i love blogging? Sebab bloggers macam cik epal la. yang always bagi tips hangat and sangat sporting! i love to being part of bloggers community! and i jeles tengop cik epal selalu berkepit dengan Kak Heliza tu T_T. pengsan


LG nak tag mereka kat bawah ne....



Jom ramai ramai join contest menarik ne!
Jangan lepaskan peluang,mari kite pau cik epal sementara cik epal tengah kaya. kikiki~
GOOD LUCK semua!
peace!

p/s: always tade masa nak join banyak2 contest 
sob sob T_T


www.tips-fb.com

Tuesday, March 22, 2011

Al-Fatihah

Broommm..Broommm by LittleGurl 4 comments
Kata orang, yang baik itulah yang selalu mendapat ujian.
Kata orang, yang baik itulah yang sentiasa mendapat kebahagiaan.
Kata orang, yang baik itulah yang menjadi kesayangan Yang Maha Esa.
Kata orang, yang baik itulah yang akan meninggalkan kita.

Al-Fatihah buat Hasmah Idrus, 28, Shaibah Che Danial, 24 dan Siti Aminah.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dari Yang Maha Esa.


Saat menulis ini, air mata mengalir ke pipi. Mengimbas kembali kejadian semalam yang saya sangkakan hanyalah kemalangan biasa. Ternyata, kejadian semalam meragut 3 nyawa sekaligus di depan mata saya sendiri. Tepat jam 9 malam saya bersama abang,kakak ipar, dan adik kakak ipar saya bergerak menuju ke KL dari Kota Bharu. Hujan hanya renyai renyai dan jalan langsung x jem berbanding macam biasa. Hairan jugak sebab biasanya cuti sekolah, jalan di kelantan memang penuh sesak. 

Sampai sahaj di R&R Gua Musang, kami berhenti sekejap. Dan beberapa minit kemudian terus meneruskan perjalanan ke KL. Memang teruja bile tengok kereta dan bas dijalan raya. Laju sangat memandangkan jalan tak sesak. Dan Kelisa arwah juga kelihatan memecut di belakang bas. Perjalanan macam biasa. Dan saya juga hampir tak perasan semua kenderaan di depan kami hilang sekelip mata. Sangat laju. Dalam 10/15 minit kemudian (anggaran saya), tiba tiba jalan jem. Dan kami sedar ada kemalangan di depan. Hanya berjarakkan 4 buah kenderaan dari depan. Semua penumpang turun melihat kejadian. Abang cuma bertanyakan khabar dari jauh. Menyangkakan hanyalah kemalangan biasa. Saya dan yang lain hanya menunggu di dalam sambil menjenguk dari dalam kereta. Ikutkan hati memang nak lihat sendiri. Tapi kawasan sangat gelap dan ramai penumpang penumpang lelaki yang keluar untuk memberi pertolongan. Untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku, jadi saya batalkan hasrat itu.

Menurut salah seorang penumpang yang melihat kemalangan tu, Kelisa memotong dan berlanggar dengan Pajero. Seorang terdampar di jalan dan mangsa yang lain tersepit melibatkan 4 orang perempuan dan salah seorang adalah pekerja di RHB Bank. Pajero cuba mengelak dan masuk ke dalam longkang. Memang macam tak percaya, hati meronta ronta nak keluar dan lihat sendiri keadaan tu. Bayangkan, kami langsung tak dengar apa apa hentakan atau dentuman yang kuat. Ingatkan kemalangan biasa, tapi rupanya tak. Astagfirullah al azim. Kami juga diberitahu bahawa kereta Kelisa milik arwah memecut laju dan memotong banyak kereta lain sebelum kemalangan.

Dalam beberapa minit, polis, ambulan dan bomba datang. Mangsa yang terdampar di atas jalan terus di bawa ke hospital dan mangsa tersepit dikeluarkan dengan bantuan bomba. Dan ape yang memeranjatkan saya, semasa kren yang membawa kereta Kelisa yang remuk tu lalu disebelah kereta kami, Ya-Allah, selamatkah semua penumpang dalam kereta? Dalam hati hanya Tuhan yang tau. Saya dan kakak ipar saling berpandangan. Hilang kata-kata. Kereta Kelisa remuk sampai ke tengah. Tak dapat dibayangkan.

Hampir 2 jam kami berada dalam sesakan jem. Atas jalan berderet deret kenderaan dari KL-KB dan KB-KL. Alhamdulillah kami selamat sampai ke Shah Alam. Tapi peristiwa semalam masih menghantui diri. Balek UiTM Shah Alam, terus saya ceritakan tentang kemalangan tersebut kepada roomate kesayangan. Dan secara tak langsung semasa saya blogwalking, saya terbaca entry kak ain. Ya-Allah, cerita kak ain lebih kurang sama dengan apa yang saya lihat semalam. Ini bermakna kami berkongsi kejadian yang sama. Dan paling menyayat hati, arwah adalah kenalan kak ain. Rasa sebak dalam hati memikirkan orang yang kita rapat dan kenal pergi meninggalkan kita buat selamanya. Dan rupa rupanya bukan sahaja sorang yang maut seperti yang dikhabarkan semalam, tapi melibatkan 3 orang sekaligus. Innalillah. Kak ain, bersabarlah. Allah s.w.t lebih menyayanginya. Kita sama sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka.

AL-FATIHAH

Untuk berita lebih lanjut,sila layari mymetro 

  

www.tips-fb.com

Tuesday, March 15, 2011

Molek Kelantanese Delicious

Broommm..Broommm by LittleGurl 0 comments


Lama da tak makan kat luar. Tapi kali ne kami bertiga je. Biasa kan sekali kuar mesti cukup kuota 8 orang. Malam ne masing masing ade keje kena setel so, bertiga sajela. No hal la kan. Janji perot penuh. HAHA

Kali ne nak pergi makan kat Molek Kelantanese Delicious plak. Dulu rajin jugak datang sini. Tapi akhir akhir ne banyak pergi kat foodcourt kat Sek 2 or kat D'Seven or Bamboo. 
So kali ne datang sini plak.
Yes memang originally masakan Kelantan 100%.
Kat restoren Kelantan biasanya lau bukan orang Kelantan yang masak, orang Kelantan Thai yang akan conquer. Memang da jadi biasa pom kan. Tapi honest, makanan sedap!

Sori LG akhir akhir ne jarang ambek pix sangat. Pix makanan pom hampir terlupa. Lapo lapo T_T


Jalan kat belakang tu la tempat kejadian. Di mana ade sekumpulan anjing liar berkeliaran. LG rase macam pucat gile kot muka. Nyaris nyaris nak kena kejar. Ee....i hate dog!

^Double Pinky Gurl^
I love pink.LOL~




Saya nak lagi air bandung tu T_T

Kalau sape sape nak datang makan kat sini boley la. Sedap and puas hati. Roti bakar dye pom best. HAHA. macam tempat laen tade roti bakar je. ades~!
Harga berpatutan dan masakan best. 
Nak datang jangan lupa PM ek,nak ikot tapi korang blanja. huahuahua
^.^



BUBYE!

p/s: taw tak cane nak prevent diri dari kena 
serang anjing? tak suke la. takot. T_T








www.tips-fb.com

hidup kadang kena berfoya foya

Broommm..Broommm by LittleGurl 0 comments
Cerita Jumaat lepas...

Apa lagi kerjanya bile da anta dissert ne, Mesti la kua berfoya berjoget bersama teman teman. Habes anta dissert, solat then terbongkang atas katil. Pastu kui 5 baru la terhegeh hegeh bangon solat mandi then bersiap nak kua. Otak maseh viol viol lagi pening sangat. Yela, semalam tak tido kan. So,konon nak cover balik tido tuh. Tapi tak jadi.

Jom maen bowling? Kite berentap!

Sebelom tu kite makan dulu. Tempat biasa kami adalah seksyen 2, Sri Bunga. Ne memang port klang biasa la  bile jadi student UiTM Shah Alam. Tempat paling murah, tapi sedap woo! Tak caya, meh cni meh. Kasi korang terangkat cikit. heh*


Menu budak kecip adalah nasi goreng pattaya. Lau tempat laen tataw la kan camne dia punya service. Tapi kat area sini, nasi goreng pattaya ade letak daging masak merah. Just RM3.50. Murah kan?



Miss Liling v.s Miss Yuya
Ahli ahli Black Metal sedunia
T_T



Cik bie memang pantang nampak camera. =.=

Peyot da kenyang gile, jom la kite pegi tempat biasa untuk berhibur. Maaf la kali ne xbanyak pix yang amek. Biasa la kan terlalu excited nak berhibur so gambar pom x sempat nak snap. Hohoho..

Naek bas U80 untuk ke KL Central @ PKNS @ PAS @ SACC Mall.
Tapi kami pegi PKNS @ PAS saje T_T

Apalagi tak banyak cakap terus terjah bowling. Lame sangat tak maen ok. Terketaq ketaq tangan ne sebelom nak maen. Risau la kan kot kot asik masok longkang ta pasal pasal. T_T
Tapi tape la, datang tok release kan tension. Kite enjoy!!!!


Kat bowling bersama Cik Bie


Menanti giliran. 
Sila jangan mengorat sebab sume kat atas suda berpunya. ohok ohok T_T



Aku pom nak! HAHA


Korang nampak tak? Nampak tak sape yang maen tuh? Artis wey...artis. HAHA. LG punya tu yang bwh skali. Ella stand for my name>Ila.
Bajet la kan macam artis. pfffff.....
And u know what?
I won the game! 115 total mark. Macam tak percaya je sebab lau kua maen dengan Encik Fafau mesti dia dapat more than 120 point and saya hanya dapat below than 100 point. T_T
Tapi kali ne saya berjaya! puas ati walaupom maen macam hape je pom.  HAHA


Sori gambar tak jelas Sebab tangan shaking tetiba excited nak maen kreta. HAHA
Tade plak pix LG dalam neh sebab LG terlampau semangat wei nak maen kereta idaman tuh. Dapat lumba haram ngan Fizah, pastu maen lak kereta laen. Memang tibe tibe berperangai macam keanak anakan. Excited sangat sampai tak peduli orang laen da. Pastu maen game yang kite masok 1 token pastu boley pilih anak patung kecik tomei tomei tuh. PENIPU! LG tak dapat ape pom. Machine tu pegang doll tu tak kuat pom. Eee.. geram geram! Laen kali tak nak maen da pilih pilih doll tu. Nak maen kete je T_T

Sangat puas hati.
Sebab dapat release tension dengan BFF tersayangs. 
Next week kite pegi karoeke lak ok.
^.^
Mari tersenyum kegembiraan



p/s: Happy la. ehm ehm




www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting