Followers

Tuesday, April 27, 2010

Alhamdulillah

Broommm..Broommm by LittleGurl
Berkat keberkatan-Nya,aku masih lagi tersenyum. Tersenyum disisi teman,disisi keluarga yang tercinta.Terima kasih Ya-Allah kerana memberikan kekuatan ini kepadaku. Hanya pada-Mu aku berserah. Hanya Engkau yang sentiasa disisi disaat aku menderita,di saat aku sakit dan terluka. Kejamnya aku Ya-Allah, kerana hamba-Mu ini seringkali mengecewakan-Mu. Menyakiti hati-Mu. Mungkin ini adalah dugaan-Mu terhadapku yang lemah ini. Ampunkan aku Ya-Allah dan aku bersyukur pada-Mu kerana sering menduga aku dan menyedarkan aku dalam kealpaan aku sendiri.

Andaikata kami terpisah,pisahkan lah kami dalam ikatan yang baik. Andaikata kami disatukan,satukan lah kami dalam ikatan yang sempurna dan sah. Ya-Allah,dugaan ini terlalu berat untuk aku tanggung seorang diri. Hamba-Mu ini terlalu lemah. Kadang kala aku sering terfikir,mengapa dugaan begini sering kali menimpaku. Adakah aku antara insan-insan yang terpilih,yang mampu menghadapi cabaran yang sebegini rupa? Ya mungkin.

Ya-Allah, demi cintaku pada-Mu,aku akan hadapi segalanya dengan penuh sabar. Diri-Mu adalah kekuatanku Ya-Allah. Aku masih teringat kata-kata arwah datuk saudaraku yang mengatakan ‘Sebagai seorang perempuan,setialah. Biarlah apa saja orang lain lakukan terhadap diri kita,hati kita,setia kepadanya. Andaikata dia tidak jujur dan tidak mampu setia pada kita sebagaimana kesetiaan kita padanya,senyumlah. Kerana Allah S.W.T lebih tahu apa yang terbaik buat kita.’ Allah S.W.T Maha Agung,Dia akan lindungi aku dari kekejaman manusia lain.

Hidupku bersama cinta-Nya lebih agung dari cintaku yang bersamamu yang tidak dihargai. Terima kasih atas segalanya. Alhamdulillah.
www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting