Followers

Wednesday, February 24, 2010

im getting older

Broommm..Broommm by LittleGurl 0 comments


Sedar xsedar,umur da berganjak ke 22 tahun. Macam xpcaya je maken berumur da aku tp perangai ttp xubah2. 2 tandanya masih blum matang. eh,yeke? Matang pemikiran tp bukan attitude . Kerana attitude itu adlh pengenalan diri kita yg sebenarnya. Baru2 ne,si yana shomel member aku baru je tegur.. 'ila lau time mkn mesti nmpak sopan,xkira la kt mana2 pn'...hahahha..sopan ke yana oii??tapape jew ase..urmm...mungkin yew,tp time mkn jew la kot..hahaha...Walau apa pun attitude kite,janji x melanggar ape2 yg patot. 2 yg penting,trust urself,be urself.
Ape yg aku melalut neh???urmm...

Syurga di bawah tapak kaki ibu..

Itulah yang sering terngiang ditelinga,bisikan yang sering ku dengar sejak dr zmn knk2 lg. Lahir dari kluarga yg sederhana,benar-benar mengajar aku erti kehidupan yg sebenar. Kesusahan,penderitaan itu adalah lumrah biasa. Kepayahan itulah yang akan menyumbang satu semangat yang sukar dicari oleh orang lain yg mampu idup senang,lebih dr kami sekeluarga. Kta kakak,abang..dlu kami selalu berpindah,mengikut ayahanda yg bekerja sebagai DJ. Aku xsempat menikmati kehidupan seperti itu,melihat umi bertungkus lumus bekerja dengan membuka kedai mkn berhampiran dgn rumah. Crita lalu hanya didengar dr kakak dn abg sja. Saat aku membesar, aku sudah menetap lama di Kota Bharu, kota raya yang penuh ketenangan.


Namun, apa kn daya, belum sempat bermanja, dan melihat aku membesar sperti skrg, ketua keluarga yg dahulu kami bergantung harap,akhirnya menyepi. Ah! Keadaan ini benar2 membuat aku tidak slesa. Bukan kerana ketiadaannya, tp setiap kali ke sekolah, ade saja tohmahan yg diberi. Aku masih ingat cikgu yg selalu bertanyakan hal ayahanda dengan nada dan kata2 yg sinis. Ye memang aku ank bongsu yg manja. Sering menangis setiap kali pulang ke rumah. Manakan tidak, ada saje yg tak kena di mata cikgu ******** (nama dirahsiakn) itu setiap kali aku menjejakkan kaki ke sekolah. Naik muak rasanya ble memandang muka cikgu yg selalu menyakitkan ati. Tapi Alhamdulillah, segala keperitan yg aku tanggung, tidak membawa aku ke dunia yang terpesong. Aku masih lg berada dalam kluarga yang bahagia dan serba hidup dalam kesederhaan. Telinga aku sudah lali dan terbiasa dengan setiap kta-kta manusia yg berperasaan kurang selesa dengn keadaan kami sekeluarga yg serba kekurangan. Keadaan ini menjadikan aku lebih matang dari usia yang sebenar. Pemikiran aku lebih kpd kepentingan kekeluargaan dan kasih sayang. Allah s.w.t Maha Adil dan Saksama, berkat usaha dan doa guru-guru serta keluarga, aku memperolehi 5A dalam UPSR. Erfan dan Zunawanis,teman seperjuangn yg juga memperoleh keputusan yg sama,kini menetap di Egypt, bersama-sama mengejar impian yg sama sbagai doktor. Tahniah utk kwn2 semua…


Umi….




satu nama yg tidak asing lagi dalam diari hidupku. Bertugas sebagai guru tadika dan dalam masa yg sama menjahit, bkn menjadi satu bebanan bagi umi sebagai seorang ibu dan sekaligus bertindak sebagai ketua keluarga. Kata orang, sekali kita berbakti pada orang, sampai ble2 kita akan dikenang. Ye mmg benar. Umi disanjung,dikenali tidak kira tua atau muda,wlaupun hanya knk2 berusia linkungan 4 tahun,semua knl umi. Sebagai seorang guru tadika yg tegas, namun umi tetap petah berbicara dan mmbuatkan pelajar tidak malu utk bertanya. Aku masih terkenangkan saat-saat di tadika, bersama tmn2 yg ntah ble bole bjmpa smula. Smasa di tadika, aku lah org yg plg gembira dan excited sbb dapat tolong umi dan pembantu utk hidang mknn utk kwn2. Cekodok,bihun goring,nasi goring…itu adalah menu kegemaranku smsa di tadika dlu. Jelas akan terukir senyuman dibibir ble terkenangkan sume ini. Aku pasti, ramai yg turut merasai kenangan semasa dlu,kn?

Bertindak sebagai anak bongsu dlm keluarga, aku sering dibuli oleh abg2 dn kakak2…ahh~lumrah biasa sebagai adik beradik. Pantang berpluang,ade saje perkara yg x kena. Along, K.cik, A.min, A.man, K.ura…adik rindukan kenangan lalu sebelum masing2 berumah tangga.
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting